Bab 13

14.8K 873 89
                                    

(Ops! Berhenti dekat sini dulu! Jangan baca lagi! Amaran keras! Cerita ni ditulis dulu waktu saya baru berjinak-jinak nak menulis cerita. So kalau banyak kekurangan, maaf ya! Okay dah, boleh sambung! happy reading!)


Hara rasa lain. Kini dia sedang berada di dalam dewan kuliah menanti kedatangan Eian. Keadaan agak bising memandangkan lelaki itu masih belum tiba.

Sedari tadi dia asyik merenung cincin di jari manisnya. Ada juga yang bertanyakan tentang itu, namun dia hanya mengukirkan senyuman sahaja. Dia tidak berniat untuk memberitahu rahsia itu kepada yang lain.

Inikah perasaan menjadi tunangan orang? Meskipun Eian tidak mengetahui, dia tetap gembira. Sungguh Hara merupakan insan yang paling kejam, kan?

"Sorry I'm late about 10 minutes."

Lamunan Hara tersentak. Dia kaku di duduknya sebentar apabila mata mereka bersabung.

Eian berdehem.

"Get into your group. We will start your presentation in just a minute."

Semua pelajar yang berada dalam dewan kuliah itu pantas membentuk ke dalam kumpulan mereka.

Dengan Eian jangan buat main, kau lambat memang kau kena. Nanti mula lah ayat dari mulut M-16 tu memedihkan hati orang.

You ingat I ni boyfriend you ke sampai nak kena tunggu lama untuk you all start present?

Ha! Terkedu juga bila salah satu kumpulan perempuan kena sound dengan Eian macam tu dulu.

Setelah memastikan semua sudah bersedia, Eian kembali bersuara.

"Remember, I will provide you with seven minutes only for present your each topics. Make it short but clear. Understood?"

Pantas kumpulan satu berdiri dan berjalan ke bawah menuju pensyarah mereka. Hara hanya memerhatikan Eian yang beriak serius itu.

Dalam diam, dia tersenyum. Benar, siapa sahaja yang tidak terpikat dengan Eian Wazif? Lihat sahajalah kini, Hara berasa lelaki itu sungguh kacak dengan kemeja berwarna maroon dan dipadankan dengan tali leher berona hitam. Warna itu lagi menyerlahkan kulit putih Eian.

"Stop staring at me. You should prepare yourself for the presentation."

Hara mati kata.

Memang kata-kata itu ditujukan kepadanya memandangkan mata lelaki itu terhala ke arahnya.

Aduh! Malunya aku! Dah lah pakai microphone lagi!

Mujur sahaja yang lain masih tidak mengetahui siapakah gerangan yang merenung lecturer paling hot itu.

Lebih kurang 45 minit selepas itu, Eian memanggil kumpulan seterusnya.

"Hurry up girls. We only have 15 minutes more. The rest who haven't finished yet, we will continue for the next class."

Tergopoh-gopoh kumpulan Hara untuk bersiap sedia.

Kenapa aku nervous pula ni? Huh, relax Hara. Kau kan dah selalu present depan Eian.

Hara menarik nafas panjang sebelum dia menghela perlahan. Pandangannya tidak tertumpu di skrin kerana menjadi kepantangan bagi Eian jika pelajar membentang berpandukan slide. Dia mahu pelajar itu bercakap tentang apa yang mereka faham berdasarkan topik yang dikaji.

Berpeluh juga ketika Hara sedang membentangkan topik mereka kepada Eian. Lebih-lebih lagi lelaki itu memeluk tubuh sambil merenung ke arahnya. Sesekali lelaki itu akan tersenyum apabila merasakan aura kegugupan Hara.

 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 Where stories live. Discover now