"Alright guys! Give me your attention!"
Eian berdiri di hadapan kesemua pelajarnya yang mengikuti lawatan ini.
"Seperti yang sedia maklum, lawatan kita ni bukan sekadar lawatan.Kita akan adakan aktiviti perkhemahan sebelum kita jalankan aktiviti yang lain. So here, I'm going to call out a few from you. Nama yang dipanggil akan berada bawah jagaan I. Nama yang I tak sebut, you all akan dipantau oleh Encik Jamal."
"Understood?"
Mereka angguk. Namun dalam hati masing-masing tertanya-tanya. Sampai ke tapak perkhemahan Sir Eian bawa aura dia? Tengoklah, mata masing-masing melekat ke arah Eian. Lebih-lebih lagi cara pemakaian Eian agak berbeza kerana dia mengenakan jeans bersama jaket kulit yang menutupi t-shirt berwarna biru. Itu belum cerita yang Eian memakai kaca mata hitam.
Haih, makin kahwin makin tinggi saham Eian.
"And the last is Ahmad Adam. So lagi 40 orang Encik Jamal yang akan handle."
Eian masih memandang kertas yang dipegangnya. Nama Hara tidak kelihatan. Ini bermakna isterinya berada bawah pemantauan Encik Jamal.
"So first thing first get into your group. Ambil peralatan untuk pasang khemah and cari tapak yang sesuai."
Masing-masing mengangguk faham sebelum mereka menubuhkan kumpulan dan mula bergerak untuk memasang khemah.
"Eh, Hara kau okay tak ni? Aku tengok makin teruk gastrik kau."
Hara, Yana dan Balqis masih kekal berada di tempat berkumpul. Hara masih menunduk memegang perutnya yang bagai terasa dicarik.
"Aku pergi panggilkan sir Eian kejap." Baru selangkah Yana mara, Hara menegah.
"Aku under Encik Jamal lah." Hara berkerut sambil bersuara.
Eian dari jauh dapat menangkap tingkahlaku isterinya. Kaki mula mara mendekati tiga orang gadis itu.
"What's going on here, girls?"
Yana dan Balqis mengangkat muka memandang wajah pensyarah mereka. Balqis menggaru keningnya yang tidak gatal sebelum dia bersuara.
"Hara ni gastrik, sir. Itu yang dia tertunduk-tunduk dari tadi."
Eian menjatuhkan pandangannya ke Hara yang berkerut menahan sakit. Dia menghela nafas.
"I dah cakap kan...You kena janji yang you akan okay bila dekat sini. See, look at you right now. Baru sehari dah gastrik. Suka buat hati I tak senang kan." Dia memaut bahu Hara untuk memapahnya. Dia memandang ke arah dua orang sahabat isterinya.
"You all boleh pergi dirikan khemah. Thank you sebab tolong tengokkan Hara."
Dua orang gadis itu tersenyum cuma sebelum mereka berlalu meninggalkan pasangan suami isteri itu.
"I tak boleh nak hantar you ke khemah since your friends pun baru nak dirikan khemah. Come, I hantar you duduk dekat dewan terbuka."
Eian memapah Hara ke dewan terbuka. Dewan itu bukanlah seperti dewan untuk mengadakan kenduri kahwin. Namun, dewan terbuka bagi tempat mereka berkumpul untuk makan, solat dan merehatkan diri.
"Eh Eian, kenapa dengan Hara ni?"
Mereka mengangkat muka memandang Encik Jamal yang sedang beriak risau itu.
"Gastrik. Itu yang saya nak suruh dia rehat dekat sini kejap."
"Lah, kamu ni Hara. Jaga kesihatan kamu betul-betul. Nasiblah suami kamu ada."
YOU ARE READING
𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚
Short Story"𝙈𝙤𝙜𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧𝙣𝙮𝙖." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Eian Wazif | Ledy Hara