"Ha dah sampai pun budak bertuah ni!Lama mummy dengan maksu tunggu Hara." Suara Datin Kirana menyentuh halwa telinga saat kaki Hara memijak lantai butik pengantin itu.
Hara hanya tersengih sebelum mengucup hormat tangan mummy dan maksunya. Matanya sempat memerhati sekeliling ruang butik itu sambil dia melabuhkan punggung di sofa baldu yang disediakan.
Exclusive! Elegant! Wow!
"Maksu dah pilih ke nak baju yang mana satu? Or maksu nak customade?" Tangan Hara sibuk membelek-belek majalah pengantin di atas meja itu.
Kairin memandang anak tunggal kepada kakaknya itu.
"Maksu ingat nak customade je. Tapi Hara kena tolong maksu. Mana lah tau nanti Hara boleh guna time kahwin nanti. Kan kak?" Kairin menepuk perlahan peha Datin Kirana yang duduk di sebelahnya.
"Betul lah tu. Tapi Rin, agaknya bila lah Hara nak kahwin. Tak pernah pun dia cerita dekat akak or abang Hassan pasal boyfriend dia."
Hara berpura-pura batuk sebelum matanya menangkap figura wanita muda yang sedang berjalan ke arah mereka.
Dia menggamit Datin Kirana sebelum bersuara perlahan.
"Mummy, tu Qahsya Naira kan?"
Datin Kirana menoleh ke arah belakang.
"Haah, dia lah owner butik ni. Sekarang dia dah buka cawangan dekat Melaka."
Hara sememangnya mengagumi wanita itu kerana di usia muda sudah memiliki butik berjenama sendiri malah butiknya bukan calang-calang butik. Lihat sahajalah, rekabentuk butik ini persis cawangan di ibu kota. Butik yang dilengkapi dengan cafe mini, perpustakaan mini dan lorong berkaca yang menempatkan koleksi-koleksi busana mereka.
Pemilik butik itu juga sudah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang merupakan CEO kepada Shane Holding. Suaminya jelas mempunyai pangkat dan bukan orang sembarangan.
"Maaf menunggu, saya ada hal sekejap dekat belakang. Harap datin dan Cik Kairin tak rasa terbeban ya." Qahsya mengambil tempat duduk di sofa baldu yang masih kosong.
"Tak apa, Qahsya."
"Hari ni datin bawa anak datin ya?" Matanya melirik ke arah gadis comel di hadapannya itu.
"Haah, lupa pula saya nak kenalkan. Ni satu-satunya anak saya, Hara."
"Hara tengah belajar lagi ke?" Soal Qahsya kepada Hara.
Gadis itu mengangguk laju.
Baru mereka ingin memulakan perbincangan, pintu berbunyi menandakan ada tetamu masuk ke dalam kawasan bilik khas itu.
"Sayang..."
Semua mata memandang ke arah pintu kaca itu.
"Eh abang." Qahsya segera bangkit.
Lelaki itu mendekati kawasan perbicangan mereka.
"Er, kenalkan ni husband saya. Izz Rayyan Shane." Tidak manis pula jika dia tidak mengenalkan suaminya kepada mereka yang sedang memerhati.
"Selalu juga dengar cerita daripada suami saya. Segak betul suami awak ni ya, Qahsya."
Qahsya dan Izz tergelak kecil mendengar pujian Datin Kirana.
"Sorry ya saya ganggu kejap." Suara husky milik Izz membuatkan Hara terpegun.
Oit Hara! Itu suami orang.
"Abang tak cakap pun nak datang."
Qahsya bersuara perlahan namun masih didengari oleh mereka yang sedang duduk di sofa itu.
YOU ARE READING
𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚
Short Story"𝙈𝙤𝙜𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧𝙣𝙮𝙖." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Eian Wazif | Ledy Hara