Hampir seminggu Iriz tinggal bersama mereka, Izz Rayyan sudah mengambil anaknya pulang. Kira-kira 30 minit juga Hara terpaksa memujuk anak kecil itu untuk pulang ke rumah. Air mata bertakung hinggalah masuk ke kereta mewah milik daddy-nya. Alahai, comel!
Hara dan Eian juga sudah berpindah ke kondominium milik Eian. Puan Mariam dan Dr.Jamaluddin terpaksa membiarkan anak menantu mereka tinggal berasingan dengan mereka. Ya, mereka harus belajar berdikari untuk menguruskan kehidupan rumah tangga yang baru dibina itu.
"Wah!" Itu perkataan pertama yang meluncur keluar dari bibir mungil Hara. Matanya tidak berkedip melihat setiap pelosok rumah itu.
Tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Namun, susun atur perabot yang menjadikan rumah itu kelihatan moden dan eksklusif!
Eian menarik tangan Hara untuk menapak ke ruang tamu yang dilengkapi dengan sofa baldu berwarna putih itu serta meja berkaca di tengah-tengah ruang. Dinding yang dicat dengan rona kelabu memang padan dengan perabot yang berwarna putih itu.
"Welcome to our house!" Eian menekan suis aircond.
"Cantik rumah abang." Hara melabuhkan punggung di salah sebuah sofa baldu. Beg tangan diletakkan di atas meja kaca. Matanya ligat melihat Eian sedang membuka pintu gelangsar yang memisahkan ruang tamu dan balkoni. Angin petang mula menyerbu masuk ke dalam rumah.
Hara menoleh ke ruang dapur. Pantas, dia bangkit. Matanya sekali lagi bagaikan bersinar apabila melihat ruang dapur itu. Warna dinding yang berona sama seperti di ruang tamu dipadankan dengan set perabot dapur berwarna putih. Jarinya mencalit island kitchen.
Bersih!
Mesti Eian ada mengupah orang untuk membersihkan rumah ini.
Di sebelah peti sejuk terdapat sebuah pintu.Dia menolak perlahan daun pintu itu sebelum matanya melihat mesin basuh. Laundry room!
"Hah!" Bahu Hara terhinjut sebelum dia menarik nafas lega.
"Abang ni! Terkejut Hara." Hara membontoti langkah Eian.
"Come, I nak tunjuk bilik kita." Mereka berjalan di lorong yang menempatkan bilik-bilik di kiri dan kanan. Di hujung sudut itu dia lihat pintu berwarna putih suci. Eian menolak pintu itu sebelum menarik tangan Hara.
"I harap you selesa dengan bilik ni." Hara duduk di birai katil bersama Eian. Hara senyum.
"Tidur dekat gua pun Hara sanggup asalkan abang ada dekat sebelah."
Eian mengecilkan matanya sebelum mencuit hidung isterinya.
"Mulut manis!" Hara ketawa lepas.
Eian menuju ke walk-in closet sebelum dia kembali ke ruang tadi bersama tuala.
"I mandi dulu, sekejap lagi kita keluar beli barang dapur. Then, kita dinner terus dekat luar."
Hara cuma mengangguk sebelum tangannya ligat mengeluarkan pakaian dan keperluan peribadinya. Sementara menanti suaminya siap mandi, lebih baik dia mengemas barang-barangnya.
Eian kalau mandi, paling kejap pun 30 minit huh! Macamlah bila keluar dari toilet tu bertukar jadi Hisyam Hamid!
Eh? Husband Hara lagi handsome okay!
Seronok pula Hara apabila bilik tidur mereka mempunyai meja solek yang agak luas. Baguslah, muat untuk barangnya dan barang Eian.
Ya, Eian pun ada barangnya sendiri. Lihat sahajalah, bersusun pelbagai jenis perfume di atas meja itu. Pomade rambutnya juga tersusun rapi di atas meja itu. Belum cukup itu lagi, ada almari kaca bersaiz sederhana penuh dengan pelbagai jam yang berjenama. Mujur ada ruang untuk Hara meletakkan barang soleknya.
YOU ARE READING
𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚
Short Story"𝙈𝙤𝙜𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧𝙣𝙮𝙖." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Eian Wazif | Ledy Hara