Pang!
Kepalanya terteleng ke belah kiri. Lidah digerakkan dalam ruang mulutnya. Perit. Namun dia tahan rasa sakit itu.
"Cari Hara sampai jumpa!"
Datin Kirana menenangkan Puan Mariam di ruang tamu mewah itu. Awal pagi lagi dia menerima panggilan dari besannya. Tahu-tahu sahaja dia lihat menantunya keseorangan tanpa Hara.
"Malu mama dengan mummy dan daddy Hara! Tak cukup lagi ke didikan mama dengan papa selama ni untuk kamu?! Kenapa kamu sanggup buat isteri kamu macam tu? Mana belas ikhsan kamu ni Eian?! Buta sangat ke kamu ni sampai tak nampak kebaikan dekat Hara?! Jawablah, Eian Wazif!!"
"Sabar, Mariam..." Datin Kirana menggosok lembut lengan Puan Mariam yang mengamuk sakan itu. Meskipun anaknya yang melarikan diri, dia tidak mahu bersikap huru-hara. Bukan dia tidak risau, tapi kalau panik macam mana nak selesaikan masalah?
"Macam mana saya nak sabar, Ana?Mana saya nak letak muka saya depan awak dengan Hassan?"
"Mama!" Eian melutut di hadapan mamanya. Terketar-ketar dia mencapai tangan yang berada di riba itu.
"Maafkan Eian...Ei..Eian pun tak sangka benda ni akan jadi. Eian dah cuba halang Hara, tapi dia nakkan masa." Tangan yang dia genggam tadi terasa direntap kuat. Dia mendongak memandang mamanya yang sudah berdiri.
"Yang patut maafkan Eian tu bukan mama. Tapi Hara! Dan mummy dan daddy Hara! Sanggup Eian buat anak dia orang macam tu kan? Mama kecewa sangat dengan Eian!"
Dr.Jamaluddin segera merapati isterinya. Bahu itu diusap lembut sebelum dibisikkan kata-kata penenang.
"Mummy...daddy..." Eian menunduk di hadapan kedua-dua mentuanya.
"Kenapa Eian buat Hara macam tu, hm?Kalau Eian tak nak dekat Hara lagi, serahkan balik anak daddy tu. Macam mana Eian ambil dia dulu, macan tu lah Eian kena pulangkan Hara. Bukan macam ni caranya." Datuk Hassan mengusap perlahan bahu menantunya. Dia tidak marah, cuma dia terkilan. Terkilan mengetahui bagaimana menantunya melayan Hara. Anak kesayangan mereka.
"Tak, daddy! Tak!" Eian memandang wajah Datin Kirana dan Datuk Hassan bersilih ganti. Kepala digeleng berkali-kali.
"Eian sayangkan Hara, Eian cintakan isteri Eian. Cuma..." Dia menarik nafas berat. Saat ini sesal mula menyelebungi dirinya.
"...cuma Eian yang takut nak berterus terang. Eian rasa tak layan untuk jadi suami Hara. Hara terlalu baik, mummy, daddy... Terlalu baik sampai Eian rasa malu untuk terima cinta dia. Dah banyak air mata dia mengalir sebab Eian, mummy. Dah banyak..." Suara Eian mula perlahan dan lirih di hujung bicaranya.
"Maafkan Eian...Maa..maafkan Eian.." Dia memejamkan matanya.
Seketika cuma, pipinya terasa dipegang agar kepala dapat didongakkan. Senyuman dari ibu mentuanya ditatap.
"Mummy tak marah Eian. Sikit pun tak. Semua manusia pernah buat silap, Eian. Lega hati mummy bila mummy tahu yang kamu cintakan Hara. Selama ni dia takut sangat kalau kamu bencikan dia." Tangannya mengusap lembut kepala suami kepada anaknya.
"Mama tak kira, Eian cari Hara dan bawa dia balik sini!" Suara Puan Mariam kembali memenuhi ruang tamu rumah anaknya.
"Mama, susah Eian nak cari Hara. Lagipun cuti sem dah start, lagi susah untuk Eian jumpa Hara. Eian dah try call banyak kali tapi dia tak jawab."
"Mama tak nak dengar semua tu. Pandai buat pandai tanggung! Apa yang mama tahu, Hara ada depan mata mama. Jangan harap kamu akan jumpa mama kalau kamu tak bawa balik Hara!" Beg tangannya dicapai sebelum dia meminta diri.
Dr.Jamaluddin memeluk anaknya erat.
"Sabar, Eian. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Doa banyak-banyak supaya Allah mudahkan urusan Eian."
"Terima kasih, pa." Tangan itu dikucup lembut.
Selang beberapa minit Puan Mariam dan Dr.Jamaluddin pulang, mentuanya juga meminta diri untuk beransur. Tinggallah dia di sofa itu sendirian.
Mana Hara pergi, sayang?
Andai sahaja dia dapat memutarkan masa, dia pasti sudah melakukannya. Andai sahaja dia mampu menghentikan masa, dia tidak akan sesekali singgah di memori pahitnya.
Andai...
Sudah hampir sebulan dia menghilangkan diri daripada keluarganya. Selama sebulan itu juga dia langsung tidak mendapat apa-apa perkhabaran daripada mereka. Sihatkah? Sakitkah? Semua dia tidak tahu. Entah, mungkin kerana dia takut mummy dan daddy-nya akan memujuk dia untuk pulang ke rumah. Jauh di lubuk hati, dia merindui orang tuanya.
Tak lama lagi semester baru akan bermula. Dia mula mengela nafas berat. Sesak! Bagaimana dia ingin berdepan dengan lelaki itu sedangkan luka di hati masih berdarah? Apa lagi cara agar dia dapat mengubati luka itu? Macam mana lagi dia nak hilangkan parut yang kekal di hatinya? Usah ditanya sakitnya bagaimana kerana tidak ada kata-kata yang mampu terluah untuk menjelaskan betapa sakit yang dia alami.
Lebih-lebih lagi dia...
Langit gelap itu ditenung lama. Angin malam mencengkam tulang membuatkan dia berpeluk tubuh erat. Langit gelap bersama guruh itu seakan-akan mengerti perasaannya.
Hara dah bagi abang banyak peluang. Setiap masa dan setiap saat. Tapi abang tak pernah nak hargai semua tu. Kenapa abang sanggup buat Hara macam ni?Abang memang tak cintakan Hara langsung ke? Memang tak ada ke sekelumit perasaan cinta untuk Hara?
Hara memejam mata.
Ya, mungkin jauh di sudut hati Hara, Hara dah maafkan abang. Tapi untuk terima abang semula, Hara takut. Hara takut layanan Hara terhadap abang berbeza daripada dulu. Dan tu semua akan buat abang kecewa dengan Hara. Hara tak nak abang kecil hati dengan Hara. Biarlah Hara yang tanggung semua kesakitan ni. Sebab Hara tahu kalau abang dekat tempat Hara sekarang, abang takkan mampu hadap semua ni.
Hujan mula menitis menyentuh bumi perlahan sebelum menjadi kian lebat. Dia menutup pintu gelangsar sebelum duduk di birai katil. Telefon dicapai.
"Abang..." Tangan naik mengusap wajah suaminya yang di set sebagai wallpaper.
"Abang jangan risau, cinta Hara akan tetap milik abang. Abang bencilah Hara banyak mana pun, Hara akan tetap memilih untuk cintakan abang."
Don't hate people who did mistakes, do hate their mistakes only.
Senyuman kian pudar. Tangan berhenti mengusap wajah itu.
"Tapi, Hara manusia biasa. Sikit atau banyak, Hara akan tetap ada perasaan kecewa. Hara bukan manusia sempurna yang boleh telan apa yang orang buat dekat Hara. Dan..."
"...Abang berjaya buat Hara kecewa. Terlalu kecewa sampai air mata Hara dah kering untuk abang. Hara sampai tak tahu macam mana nak luahkan kekecewaan tu sampailah satu tahap, hati Hara jadi beku. Hara dah tak kisah apa nak jadi dengan hidup Hara. Hara buatlah apa sekarang ni, semua takkan jadi normal macam dulu. Semua tu takkan kembalikan Ledy yang abang kenal dulu."
Dia genggam tangannya kuat.
"You. hurts. me."
"...A lot and I wish I can heal those pain."
Hara senyum. Penuh kepalsuan.
"Buat sementara je Hara akan padamkan apa yang jadi antara kita. Because I know...To heal the wound, I need stop to touching it."
Saat si hawa sudah tawar hati, apa lagi yang mampu dilakukan untuk mengembalikan semula senyuman di bibirnya?
YOU ARE READING
𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚
Short Story"𝙈𝙤𝙜𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧𝙣𝙮𝙖." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Eian Wazif | Ledy Hara