Bab 47

25.6K 899 44
                                    

Sudah hampir beberapa hari air matanya kering, hari ini dia tidak mampu lagi untuk menahan hatinya yang pilu. Air mata yang jatuh menimpa bumi dibiarkan tanpa ada niat untuk dikesat. Esakan ditahan. Entah apa yang merasuki dirinya taktala ini, pisau di tangan dilarikan atas lengan berurat suaminya.

Eian jelas tergamam namun dia tidak cuba untuk menarik lengannya. Bibir diketap menahan ngilu yang mencengkam saat pisau semakin dilarikan sehingga ke pelipat siku.

"Sakit?" Hara bertanya tanpa nada.

"Sakit ni baru sikit kalau nak dibandingkan dengan apa yang saya rasa. Pedih yang awak rasa sekarang ni tak seteruk apa yang saya alami." Air mata jatuh di atas garis halus yang mula dicemari dengan darah di lengan itu.

Semakin pedih!

Eian menyeringai dalam diam.

Hara melihat pisau berkilat dengan wajah suaminya bersilih ganti. Sesaat dia terdiam sebelum mencampakkan pisau ke atas meja. Kaki dihala ke dapur. Eian memerhatikan gerak geri itu bersama kerutan di dahi. Dia cuba untuk menahan sakit dan pedih yang dia rasai kini. Matanya menangkap sebuah kotak kecil berwarna putih dan berlambang merah di tangan isterinya. Hara kembali duduk di sebelah dia.

"Bagitahu saya, apa lagi yang awak nak dari saya? Saya sakitkan awak tapi saya juga yang ubati awak. Saya marah dengan awak tapi saya sendiri yang pujuk hati saya. Saya sayang awak tapi hati saya yang dilukai. Saya hormat awak tapi maruah diri saya yang dipijak."

Tangan dia tangkas membalut lengan itu dengan kain kasa setelah dibersihkan dan diletakkan ubat pada luka itu. Tak dalam mana pun luka yang dialami oleh Eian kalau nak dibandingkan luka yang dia rasai.

"...Bagitahu saya, Eian. Apa yang awak tak cukup?" Mata Hara naik memandang wajah suaminya. Hati dia sedikit sebanyak berasa bersalah kerana mencederakan suaminya secara fizikal. Dia sudah melampaui batas.

Eian geleng sebelum tangan dilekapkan pada pipi isterinya. Dia cuba menahan pedih taktala tangan yang luka itu diangkat.

"Abang tak perlukan apa-apa selain Hara. Cukuplah Hara ada dengan abang setiap kali abang hela nafas abang. Cukuplah Hara dengan abang sama-sama jaga dan besarkan anak kita. Itu saja yang abang minta, Hara..." Jarinya bertindak untuk mengesat air mata yang mengalir di pipi mulus itu.

Hara menolak tangan itu perlahan.

"I wish I can do as what you want. Tak mudah untuk saya terima semua ni lagi lagi sekarang saya tengah mengandungkan anak awak. Saya takut setiap kali anak ni menendang, saya akan teringat balik memori pahit saya dengan awak. I just can't."

"No, Hara! I know you was so happy when the doctor mentioned that you are pregnant. Don't lie yourself, Hara. Hara tak kesian ke dengan anak kita? He knows nothing! Dia tak terlibat langsung dengan semua masalah kita ni. Why should you be unfair to him?"

"Awak tak layak untuk tanya soalan tu dekat saya! You are not even in my shoes! Pernah tak awak fikir sama ada saya ni dilayan dengan adil ke tak?Tak, Eian. Apa yang awak tahu, apa awak nak awak akan dapat. Tanpa pedulikan perasaan orang lain."

Eian meraup wajahnya kasar. Dia hela nafas berat.

"Sampai bila kita nak macam ni?Sampai anak kita lahir? Tu yang Hara nak?"

"Anak yang saya kandung sekarang, saya tak boleh jamin akan lahir dekat dunia ni." Bagai tiada pedoman dia berkata seperti itu.

Eian mengucap dalam hati.

Tuhan, janganlah Engkau biarkan isteriku bertindak luar jangkaan.

"Hara bagitahu abang apa yang Hara nak. Abang akan bagi tapi tolong." Eian capai tangan isterinya sebelum digenggam. Mata mereka beradu lama. Dia bagaikan tidak dapat melihat sinar di mata isterinya. Yang ada kini hanyalah layar derita.

"...Jaga anak kita baik-baik..Hara mesti tak sabar nak dukung baby kan?.Nanti anak kita dah besar sikit, for sure mulut dia non-stop panggil Hara mama. Bila Hara merajuk, mesti anak kita akan peluk Hara. Bila Hara sedih, abang akan ajar anak kita untuk lapkan air mata isteri abang ni. Mesti Hara tak sabar kan semua tu?"

Tutur baris itu membuatkan hati Hara bagaikan disentuh. Bagaikan disiram dengan air sejuk. Nyaman dan tenang!Spontan, fikiran mula terbayangkan dia bersama anak mereka.

"I can't wait to see our child. Abang teringin sangat nak anak kita panggil abang baba. Sounds cute! Kan, sayang?"

Mati lamunan Hara dibuatnya. Segera wajah menjadi beku kembali.

"Saya nakkan masa. Jangan ganggu saya dan biarkan saya nak buat apa. Jangan sibuk dan jangan ambil tahu."

Eian mengangguk faham.

"Abang takkan ganggu Hara, abang ikut syarat Hara tu. As long as Hara ada dengan abang and Hara jaga anak kita baik-baik, tu pun dah cukup untuk abang."

"Saya tak nak tidur dalam bilik tu. Saya jijik." Selamba.

Eian hilang kosa kata. Tipulah kalau dia kata tak terasa. Namun, apa yang dia boleh lakukan saat ini?

"Kita tidur bilik lain. Boleh?"

Hara menikam tajam wajah suaminya.

"Tak faham ke yang saya nak masa? So saya nak tidur tanpa awak. Kalau rasa saya ni isteri derhaka, tak perlulah izinkan saya untuk pisahkan tempat tidur."

Eian terdiam sebelum dia mengeluh perlahan.

"Abang izinkan Hara tidur bilik lain tanpa abang. Cuma, benarkan abang teman Hara setiap malam sebelum tidur."

Dia hampa saat menerima gelengan daripada isterinya.

"Saya tak nak. Saya rasa rimas bila tengok muka awak."

Makin senget bahu kiri Hara.

Eian terpaksa menelan kata-kata itu.

"Pergi U dengan abang okay? Sayang baru first trimester, tak elok kalau lasak sangat. Don't drive your car for now, will you?"

"No. Saya ada kaki dan tangan sendiri. Saya boleh bergerak tanpa awak. Pandai-pandailah saya jaga anak dalam perut ni."

Tuhan, degilnya Hara yang kini! Dia semakin buntu bagaimana mahu berunding dengan Hara. Semua yang dia kata dibantah keras oleh isterinya.

"Sayang...Jangan degil, doktor sendiri dah pesan jangan lasak sangat. Anything could happen kalau sayang terlebih aktif awal-awal ni."

"Apa akan jadi? Gugur? Tu maksud awak? Huh, kalau Allah nak bagi, Dia akan bagi. Kalau nak ditakdirkan bukan rezeki kita, elak macam mana pun benda akan jadi."

"Hara, abang dah makin tak kenal siapa Hara sekarang ni. You looks different and I have to admit yang abang tak suka dengan perubahan Hara." Sedikit sebanyak Eian berasa kesal dengan isterinya.

Bibir Hara menjungkit senyum.

"Tak payah kenal pun Hara yang sekarang sebab awak takkan dapat untuk jinakkan dia. Cukuplah awak tahu yang saya bukan Hara yang dulu. Yang sesuka hati boleh dipijak kepala. No and never."

Eian berdiri di hadapan isterinya.

"I'm your husband, do you realise that?Abang tak marah Hara, dan abang sentiasa maafkan apa yang keluar dari mulut Hara. Tapi Hara, kawal kemarahan tu. Hukum Allah tu wujud, sayang. Allah murka bila seorang isteri meninggikan suara depan suaminya. Ingat tak dulu mummy cakap apa dekat sayang?"

Hara diam.

"...Wanita paling senang nak masuk syurga dengan hanya taat pada suami."

Taktala itu, hati Hara sebak. Dia sedar dia sudah banyak berdosa dengan suaminya hari ini. Dia termakan dengan bisikan syaitan.

Ya Allah!

 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang