"Pergilah naik atas tu, Hara. Tak payah segan, ni dah jadi rumah Hara juga."
Hara yang masih berbaju pengantin itu membuang pandang ke arah ayah mentuanya.
Kedua-dua orang tuanya sudah pulang rumah. Hiba dan sayu hatinya apabila terpaksa berpisah daripada mummy dan daddynya.
"Kejap lagi ya papa, Hara nak tolong dekat dapur. Kesian pula mama dengan makcik-makcik yang lain kena kemas."
"Tak payah, Hara. Hara mesti penat kan dari pagi lagi tetamu datang tak putus-putus. Pergilah, Eian ada dekat atas tu."
Tiba-tiba sahaja Puan Mariam muncul dari belakang.
Hara cuma tersengih sambil meneguk air liur. Macam mana dia ingin menghadapi suaminya itu?
"Kalau macam tu Hara naik dulu ya." Melihat anggukan dari mentuanya, dia terus meniti tangga ke tingkat dua. Bilik paling hujung dituju. Hanya satu sahaja master bedroom di tingkat itu sementara bilik mentuanya pula berada di tingkat tiga. Sebelah bilik Eian tak silap mini library dan bilik yang berhadapan dengan bilik tidur Eian itu adalah surau mini.
Itu pun Puan Mariam yang memaklumkan kepadanya tadi. Kalau tak, mahu dia sesat nak mencari bilik tidur Eian.
Ketukan di pintu dilepaskan sebelum dia melangkah masuk. Kesejukan dari pendingin hawa yang sudah siap terpasang itu mencengkam tulangnya.
Eian ni buka berapa celcius?
Dicari kelibat lelaki itu namun hampa. Mendengar selak salah satu pintu yang terdapat dalam bilik itu membuatkan Hara terkejut. Ya, dalam bilik itu mempunyai dua pintu iaitu pintu bilik air dan juga pintu walk in closet.
Hara cuba beriak selamba di hadapan meja solek dengan membuka pin-pin yang tersemat di selendangnya. Itu kali pertama dia memakai hijab. Dia melihat Eian duduk di birai katil sambil memandang skrin telefon.
Tanpa bicara, Hara mencapai tuala dan baju tidur miliknya seraya terus bergerak masuk ke dalam bilik mandi.
Apabila menyedari Hara sudah menghilang di sebalik pintu marmar itu, Eian kembali meletakkan telefonnya di sisi. Fikiran dan akalnya masih tidak dapat mencerna semua ini. Dia juga tidak berbicara dengan mama dan papanya.
Entah, dia rasa diperkotak-katikkan.
Dia berbaring sambil menanti isterinya yang sedang menunaikan solat isyak itu. Baru sahaja melelapkan mata, deria baunya terhidu bau yang mendamaikan.
Lavender!
Pantas matanya terbuka dan dia melihat Hara sedang berdiri di sisi katil.
Hara menunduk bermain dengan jari. Dia tidak tahu cara panggilan terhadap lelaki yang bergelar pensyarah serta suaminya.
"Don't waste my time. Just talk." Nada itu sudah lain. Tidak seperti dulu. Tiada kemesraan mahupun kelembutan.
"Hara nak tidur dekat mana?"
Soalan itu menyentuh halwa telinga Eian yang sedikitpun tidak mahu menoleh ke arah isterinya.
"Up to you. You loved to decide everything by your own without asking my decision, my opinion and my permission."
Zap!
Ayat itu, sungguh sarkastik!
Hara menelan sebutir-sebutir ayat itu.
"Hara tidur dekat sofa bed abang ya?"
Abang? Hara memanggilnya abang?
Eian tidak menjawab sebaliknya dia terus memejamkan mata. Lampu bilik dimatikan sebelum dia memasang lampu di kepala katil. Akibat keletihan, senang sahaja dia dijemput lena. Tidak dipeduli langsung sama ada isterinya selesa atau pun tidak. Sejuk atau pun tidak.
YOU ARE READING
𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚
Short Story"𝙈𝙤𝙜𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧𝙣𝙮𝙖." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Eian Wazif | Ledy Hara