Tak nak sambal udang?" Eian menghulurkan mangkuk kaca berisi lauk kegemarannya kepada Hara yang duduk di sisi.
Hara menolak lembut.
"Isteri Eian mana lah nak makan udang. Dia malas nak kopek kulit udang tu."
Hara hanya tersengih cuma mendengar bicara Datuk Hassan.
"Oh macam tu ke daddy? Patutlah Hara tak pernah makan udang langsung."
Tidak berapa lama selepas itu, Hara memandang wajah suaminya apabila dia melihat beberapa ekor udang yang sudah dikopek kulit dalam pinggannya. Eian beriak selamba sambil tangan ligat mengopek kulit udang.
Meskipun menggunakan sudu dan garpu, namun Eian kelihatan cekap menguruskannya. Hara tidak terkata apa.
"Kamu berdua tidur sini ke?"
Soalan dari Datin Kirana membuatkan Hara memandang suaminya di sisi.
Eian angkat muka. Kemudian dia mengangguk.
"Dah lama tak tidur rumah mummy." Eian sengih.
"Baguslah kalau macam tu. Bolehlah mummy ajar isteri kamu ni memasak."
Eian cuma mengiakan sebelum makan tengah hari mereka diisi dengan suasana ceria. Sudah lama tidak bertemu, pasti ada sahaja cerita yang ingin dikongsi.
Deringan iphone kepunyaan Eian membuatkan Hara menoleh ke meja tepi katil miliknya.
Melina?
Untuk apa perempuan tu call suami aku?
Hara memandang bilik air yang sedang digunakan oleh Eian. Matanya dikecilkan seolah-olah sedang berfikir sesuatu.
Ke...Eian tak putus lagi dengan Melina?
Eh tak mungkin lah! Eian cakap dia sayang aku.
Satu sudut hatinya mula memangkah bicaranya.
Kau pasti ke Hara?
"Hara!"
Bahu Hara terhinjut apabila disergah.
"You fikir apa ni sampai I baring sebelah you pun you tak perasan?"
Hara menggeleng laju.
"Mana ada, Hara cuma teringat dekat mama je."
Sorry, abang. Ni last Hara tipu abang.
Tawa Eian meletus.
"Alahai, baru tak jumpa sehari dengan mama dah rindu ke sayang?"
Hara tidak menjawab sebaliknya dia membetulkan pembaringannya.
"You, tolong pass kan phone I."
Hara mengetap lembut bibirnya. Dengan teragak-agak dia menghulurkan telefon milik suaminya. Setelah itu dia membetulkan pembaringannya.
"Sayang..." Eian meraih pinggang isterinya sebaik sahaja dia memeriksa telefonnya tadi. Notifikasi yang tertera menunjukkan Melina menghubunginya. Pasti Hara berfikir yang bukan-bukan.
Hara diam.
"Sayang, pandanglah I kejap hm." Sebelah lagi tangan Eian memegang dagu isterinya supaya mata mereka bertatapan.
"Look, I tak tahu why so sudden she called me."
Jeda.
Eian menghela nafas berat.
"You tak percaya I ke? To be honest I dah lama tak berhubung dengan Mel. Please, baby.. Trust me, hm?"
Tangan Hara menolak lembut tangan suaminya yang masih berada di dagu dan pinggangnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚
Short Story"𝙈𝙤𝙜𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧𝙣𝙮𝙖." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Eian Wazif | Ledy Hara