Hara menoleh sedikit kepala ke arah belakang pembaringannya. Tika itu juga dia mengerling jam dinding.
11 malam.
Eian sudah lengkap berpakaian tidur. Dari pagi dia keluar sampai malam baru balik. Dia tersentak taktala Hara baring merapatinya.
"Abang..." Hara mendongak sedikit untuk memandang suaminya yang turut berbaring di sebelah.
"You love me, right?" Soalan dari mulut isterinya membuatkan Eian terpegun seketika. Badannya mengeras.
Melihat Hara masih memandangnya, dia mengangguk.
"Hara tak nak abang angguk ke geleng. Sebut, abang."
Eian mengeluh kecil sebelum dia tersenyum. Pelik pula isterinya malam ini.
"I sayang you, Hara."
Spontan, Hara menjauhinya sedikit. Dia lihat bibir mungil itu melorek senyum. Namun, bukan senyuman seperti kebiasaan. Itu senyuman saat mereka masih belum berbaik. Mengapa?
"Hara tidur dulu, goodnight." Tidak menanti balasan suaminya seperti kebiasaan, dia memejamkan mata. Eian diburu kehairanan, tidak pernah Hara bersikap seperti ini. Adakah dia tersilap cakap? Atau Hara terasa kerana dia pulang lewat?
Malas mahu menyesakkan fikiran yang sudah sedia serabut sejak berjumpa Melina, dia turut lena di sebelah isterinya. Mendengar dengkuran halus Eian, Hara mencelikkan matanya. Matanya memandang wajah kacak Eian yang kelihatan tenang sewaktu tidur itu.
Persis bayi.
Saat dia merenung wajah itu lama, dia tersenyum kelat.
Sejak kita kahwin, abang tak pernah cakap abang cintakan Hara. In fact, dari awal kita kahwin abang dah marahkan Hara. Tapi Hara tetap sabar sampaikan Allah makbulkan doa Hara. Abang mula terima Hara dalam hidup abang. Abang cakap abang sayang Hara. Tapi, bukan tu yang Hara nak dengar. Malam ni Hara sedar...
Dia menyentuh pipi suaminya. Dielus lembut.
Abang tak cintakan Hara.
Bibirnya tercebik menahan air mata. Mata dikerdip berkali-kali. Namun saat itu juga air matanya mengalir. Sebelah tangan menekup mulut agar esakan tidak bergema dalam bilik itu.
"I sayang you, sayang." Itu apa yang dilafazkan oleh suaminya saat mereka berada di lawatan Terengganu beberapa bulan lepas.
"I sayang you, Hara."
Malam ini, suaminya sekali lagi lafazkan sayang dan bukannya cinta.
Sakit.
Sayang dan cinta bukanlah memberi maksud yang sama. Malam ini dia terluka. Terluka dengan apa yang dia nampak tengah hari tadi dan terluka dengan suaminya. Saat esakan hampir meletus, dia mengetap bibir bawahnya.
Mungkin Hara tak patut paksa abang untuk cintakan Hara. Hara terima semua ni, walaupun menyakitkan.
"Abang..." Eian mendongak sebelum mematikan telefonnya. Dia cuma memandang Hara yang sudah mengambil tempat di sebelahnya bersama beg kertas.
Untuk apa?
"Semalam waktu abang keluar, abang Izz datang hantar barang yang abang kirim dekat Kak Aira." Beg kertas yang dipegang diletakkan di atas riba Eian.
Wajah Eian berubah riak. Saat ini dia rasa berpeluh dan tidak mampu meneguk air liur.
"Hara tak tahu abang buat apa semalam tapi apa yang Hara tahu, abang bukan keluar dengan abang Izz." Hara tidak menoleh sedikit pun ke arah suaminya. Dia sedar Eian sedang memandangnya.
YOU ARE READING
𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚
Short Story"𝙈𝙤𝙜𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧𝙣𝙮𝙖." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Eian Wazif | Ledy Hara