Bab 27

19K 925 10
                                    

"Kau macam mana sekarang? Dah sihat?"

Hara mengangguk sambil memandang wajah kedua-dua kawan baiknya, Balqis dan Yana.  Mereka sempat meluangkan masa di cafeteria pada pagi itu memandangkan kelas belum bermula lagi.

"So boleh lah kau join lawatan ke Terengganu lusa?"

"Eh? Aku tak tahu pun pasal lawatan ni. Benda ni under siapa?"

Balqis dan Yana memandang antara satu sama lain sebelum beralih ke Hara yang berkerut itu.

"Sir Eian lah. Takkan husband kau tak cakap apa-apa?"

Gelengan pantas diberi.

"Ramai ke yang join?"

"Boleh dikatakan ramai juga lah. Lebih kurang dua bas kalau tak silap aku."

"Ala aku pun nak ikut kau orang juga." Hara mengeluh.

"Nanti kau tanyalah husband kau. Aku rasa ada lagi tempat kosong. But better kau cepat-cepat bagi nama." Saran Balqis.

"Hm ada lagi gosip panas tau Hara! Lupa pula aku nak share."

Hara mengangkat wajah memandang Yana yang beriak teruja itu. Balqis turut sama beriak sama seperti Yana.

"Satu U dah tahu yang kau dengan Sir Eian dah kahwin!"

"What?!" Hara tidak dapat menyembunyikan wajah terkejutnya. Sudah tidak dihiraukan mata-mata yang memandangnya.

"Macam mana semua boleh tahu ni?"

"Kau kenalkan budak satu class dengan kau. Apa nama dia tu, Yana?"

"Farah."

Sebaris nama itu membuatkan Hara sebal.

Perempuan ni memang nak kena dengan aku lah! Laki aku kau kacau, ni berita aku kahwin dengan Eian pun kau nak sebarkan.

"No wonder lah pagi tadi semua pandang aku dengan Eian lain macam." Hara menepuk dahi.

"Oh kau pagi tadi datang dengan sir Eian ke?"

Hara cuma mengangguk.

"Kau dengan si..." Ayat Yana tergantung. Lidahnya kelu berbicara dengan matanya yang terpaku dengan figura yang sedang berjalan masuk ke dalam cafeteria itu.

"Hoi! Kau dah kenapa Yana?" Balqis menjentik dahi Yana.

Yana menyeringai.

"Kenapalah lelaki sekacak tu dah kahwin? Aku baru nak try."

Hara pelik.

"Kau cerita pasal siapa?"

Yana tidak menjawab sebaliknya bibir dimuncungkan ke arah pintu cafeteria. Hara pusingkan tubuhnya untuk melihat sebelum dia memandang tajam wajah kawan baiknya.

"Laki aku pun kau nak try, Yana?"

Yana tersengih.

"Aku gurau jelah, Hara. Tapi betullah, mesti semua frust bila dapat tahu sir Eian dah kahwin."

"Eloklah tu, yang perempuan frust bila tahu sir Eian dah kahwin. Lelaki dekat U ni pula makan hati bila gadis pujaan mereka dah jadi hak orang."

Sambung Balqis pula. Hara cuma diam sahaja.

"Eh apa kata kau try tanya sir Eian pasal lawatan tu? Dia pun tengah makan je."

 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang