Bab 36

17.8K 852 18
                                    

"Sir!" Eian dan Hara yang sedang menuju ke dewan kuliah mematikan langkah mereka. Terpacul wajah Farah di hadapan mereka.nHara sudah menjeling tajam ke arah Farah yang turut sama menjelingnya.

"Saya nak jumpa Sir Eian kejap boleh?"

Hara menjulingkan matanya apabila mendengar suara gedik gadis itu. Mahu sahaja dia lempang wajah yang bersolek tebal itu.

Eian garu keningnya sebelum dia memandang isterinya di sebelah. Bukan dia tidak nampak wajah cemberut itu.

"You nak buat apa jumpa I? Kita ada class kan sekejap lagi?" Soal Eian sambil memandang kosong Farah.

"Saya nak tanya, malam semalam saya ada Whatsapp sir tapi sir tak reply. Kenapa? Sir okay ke?"

Rahang Eian dan Hara hampir terngadah mendengar soalan kurang bijak daripada gadis itu.

"You tahan I semata-mata nak tanya soalan tu, Farah? Huh!" Eian menggeleng kepala.

"Cuba you check balik apa benda yang you Whatsapp tu. Setakat nak tanya I dah dinner ke belum, I think there's not use untuk I reply. I ada wife I, tahulah dia nak jaga makan minum I. You tak perlu sibuk!"

Terkulat-kulat Farah apabila dia ditinggalkan seperti itu. Eian tanpa menoleh terus menarik tangan Hara untuk menuju ke dewan kuliah.

"Amboi, Hara tak tahu pula abang ada penjaga baru."

Eian menoleh.

Hatinya agak tercuit apabila wajah isterinya masam mencuka. Akal nakal mula ingin mengusik isterinya.

"Well, nak buat macam mana. My wife malam tadi sibuk duk mengulit anak angkat dia. Sampai I lapar pun dia buat tak kisah. I ajak tidur pun sibuk nak temankan anak angkat dia tengok TV."

Eian menoleh ke belakang apabila tangan yang dipegang tadi dileraikan oleh Hara.

"Lah, ni dah kenapa pula?"

"Hara minta maaf..." Hara menunduk menekur lantai. Mujur mereka belum sampai di dewan kuliah lagi.

Eian memasukkan tangannya ke dalam poket seluar sebelum sebelah tangan menggosok belakang tengkuk. Dia tidak faham.

"Hara minta maaf sebab abaikan abang semalam. Hara tak sengaja, Hara kan dah ajak abang dinner semalam. Tapi abang yang refused. Bukan Hara sengaja tak nak tidur lagi time abang ajak, tapi Hara cuma nak tidurkan Iriz je. Sorry..."

Air liur diteguk kasar oleh Eian. Alamak, niatnya hanya ingin mengusik. Tak tahu pula isterinya mengambil serius.nDia mendekati Hara. Jari telunjuknya mengangkat lembut dagu Hara supaya mata mereka dapat bertatapan.

Sekali lagi dia menelan air liur apabila melihat mata isterinya berkaca. Ah,nsudah!

"Baby, kenapa menangis pula ni? I saja nak usik you lah. Don't take it serious, baby." Eian mengusap kepala isterinya lembut.

"Hara cuma takut disebabkan Hara abaikan abang sesaat, Hara akan kehilangan abang selamanya. Hara sayangkan abang..."

Berdrama pula dekat laluan itu. Nasib baik tiada yang menggunakan laluan itu lagi memandangkan kelas belum bermula.

"Don't talk nonsense, baby. Sepanjang kita kahwin, you tak pernah pun abaikan I. I'm yours, baby. So please, remember that."

Tangan Hara menggosok matanya yang bersisa air mata itu. Dia pandang Eian sebelum mengukir senyuman yang menenangkan jiwa suaminya.

 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 Where stories live. Discover now