01

1.8K 138 5
                                    

◇◇◇◇◇

Short and simple story

◇◇◇◇◇

Cast:

Lee Eunsang
Lee Jinhyuk
Kim Eunha

Watak lain akan menyusul

◇◇◇◇◇

3!
2!
1!

And

Start!

---

You got one new messange from Jinhyuk oppa!

Eun kita putus.

Jinhyuk oppa waeyoApa salah Eun?

Oppa dah bosan dengan Eun

Aku menelan liurku dengan kasar. Tidak percaya dengan realiti yang sedang aku alami.

Jinhyuk oppa Eun sayangkan oppa.
Jangan buat Eun macam ni!

Seen

Aku menarik nafas dengan kasar. Mesej balas ku hanya dibaca oleh kekasihku— silap bekas kekasihku.

Aku merenung profile picture whatsapps milik Jinhyuk, gambar dia bersama denganku diganti dengan gambar dia seorang diri.

Aku kemudiannya, beralih pula melihat
Status dirinya—

Single

Satu patah perkataan itu sudah cukup untuk merobekkan hatiku. Air mata cuba aku tahan sebaik mungkin. Mana mungkin aku mahu menangis disebabkan sampah

Sampah yang digelar lelaki.

Aku tersenyum sinis. Dulu bukan main dia berkata bekas teman lelaki ku hanya sampah tetapi akhirnya dia juga menjadi sampah di dalam hidupku.

Aku membaca kembali mesej yang dikirimkan Jinhyuk buatku. Tanpa alasan munasabah dia terusan meminta untuk memutuskan hubungan dengan diriku.

Kalau itu yang awak nak, baik kita putus.
Jangan menyesal dengan perkara yang
Sedang awak lakukan Lee Jinhyuk.

Awak membuktikan semua lelaki
Di dunia ini adalah sampah yang akan
Memusnahkan hati wanita.

Mesej yang aku kirim hanya mendapat satu tick sahaja sedangkan Jinhyuk berada di atas talian.

Nampaknya awak sudah block saya Lee Jinhyuk. Jadi saya juga perlulah buang sampah yang menganggu ketenteraman hidup saya kan?

——

Saya harap korang enjoy!

Tangan gatal nak publish hurm.

[C] Trash | X1 EunsangWhere stories live. Discover now