◇◇◇◇◇
Koridor—
“ mi—mianhae ”
Aku gugup apabila berhadapan dengan adik Jinhyuk sunbae.
Dia tersenyum seraya membalas.
“ salah aku juga sebab tak tengok jalan ”
Jawapan balas daripadanya dapat membuatkan aku tersenyum kembali.
“ buat apa kat sini? Bukan kelas kau arah bertentangan am I right? ”
Dia dengan prihatinnya bertanya ke arahku.
“ ya, tapi aku nak pergi tandas jadi— ”
Aku serba-salah untuk meminta diri. Mataku liar memandang kawasan sekeliling. Tidak lupa juga aku menjeling jam yang dipakai olehku.
“ ouh, okey ”
Dia yang faham akan situasiku mula memberikan laluan kepadaku.
“ thanks Eunsang ”
Tanpa memandang ke arahnya, aku mengucapkan terima kasih. Perasaan janggal di antara perbualan kami berdua sebentar tadi dapat aku rasai. Mana taknya, aku adalah ex-girlfriend Jinhyuk aka abang kandung Eunsang.
—
“ mianhae songsaenim saya lambat ”
Ucapku selepas kembalinya aku dari tandas. Badanku aku tunduk serendah yang boleh. Wajahku menunjukkan aku berasa sangat bersalah.
Sepuluh minit aku lewat ke kelas. Jadi itu memang satu kesalahan yang sangat besar bagi ku.
“ gwenchana, ”
Kata guru muda itu pendek sebelum mendekatiku dan membuatkan ku berdiri dengan tegak semula. Bahuku ditepuknya perlahan.
“ awak boleh duduk di tempat awak ”
Katanya perlahan dan kembali menyambung sesi pengajaran dan pembelajaran yang diganggu oleh aku sebentar tadi.
Aku menunduk di hadapannya seraya mengambil tempat dudukku bersebelahan dengan Chaerin.
“ Psst! Lama kau pergi tandas, kau buat apa? ”
Chaerin yang terkenal dengan perangai penyibuknya mula bertanya. Pada masa yang sama, dia sedaya upaya mengawal nada suaranya dengan harapan guru yang sedang mengajar tidak mendengar perbualan mereka.
“ aku terlanggar Eunsang tadi ”
Jawabku pendek sambil menyalin nota yang berada di papan putih. Tangan bergerak dengan laju untuk menyalin nota yang diberikan oleh Jeong Songsaenim.
“ Eunsang?! Lelaki paling hensem kat batch kita ni? ”
Nada suara Chaerin menguat apabila nama Eunsang disebut. Manakan tidak, lelaki itu merupakan salah seorang lelaki yang paling popular dalam batch kami.
Dan dia tidak mempunyai teman wanita. Jadi, semua pelajar perempuan mempunyai peluang untuk bercinta dengannya.
“ yang di belakang tu kenapa menjerit?! ”
Akibat jeritan Chaerin, Jeong songsaenim sedar akan perbualan kami.
“ ada nyamuk dekat sini Songsaenim. Chaerin tak suka nyamuk ”
Dengan pantas dan lantang aku menjawab. Tangan juga aku libas ke kiri dan kanan membuktikan ada nyamuk yang berterbangan di sekeliling kami.
Jeong Songsaenim mengangguk dan kembali meneruskan sesi pengajarannya.
Manakala aku, menarik nafas kelegaan. Lega apabila Jeong Songsaenim tidak bertanya dengan lebih lanjut.“ kau kalau suka sangat si Eunsang tu boleh tak jangan jerit tiba-tiba ”
Aku menjeling ke arah Chaerin yang sedang tersengih-sengih.
Suka lah tu bila orang cover dia!
Humph!
——
YOU ARE READING
[C] Trash | X1 Eunsang
Fanfiction❝ Men are trash! ❞ Kisah aku yang asyik ditinggalkan lelaki. •Lee Eunsang •Short Part Start: 03.08.19 End: 05.11.19