09

848 104 4
                                    

◇◇◇◇◇

Seluruh badanku tiba-tiba sahaja menggigil apabila terlihat tubuh badan Jinhyuk sunbae.

“ Chaerin kenapa Jinhyuk sunbae ada dekat sini? ”

Dengan segera aku bertanya ke arah Chaerin. Lengannya aku goncang dengan kuat ingin menarik perhatiannya daripada memandang Eunsang.

“ dia kan pemain bola keranjang juga ”

Dengan geram Chaerin menjawab. Tangannya ditarik dengan kasar membuatkan tanganku yang bertaut dengannya terputus.

“ aku— nak balik ”

Kataku dengan tergesa-gesa sebelum mengambil beg yang elok terletak di atas lantai.

“ Eun, janganlah pergi. Teman aku pleasee

Chaerin merayu apabila aku berura-ura ingin pergi dari situ.

WOAH!! ”

Secara tiba-tiba keadaan di gelanggang menjadi riuh. Aku kemudiannya mencari perkara yang membuatkan semua pelajar di situ menjerit keterujaan.

Di situlah aku terlihat—

Jinhyuk sunbae dan Yuri sedang berciuman di khayalak ramai. Perasaan sakit hati menguasai diri. Aku terduduk kelemahan.

Heh!

Siapa yang curang sekarang ni?

Mereka tak perasan ke Jinhyuk sunbae sudah ada pengganti walaupun tidak sampai satu hari kami berpisah?

“ kau okey ke tak ni? ”

Dengan prihatin Chaerin bertanya.

Aku mengangguk lemah menandakan aku okey.

“ kalau kau nak balik, jomlah balik ”

Aku memandangnya pelik. Tadi kemain tak nak aku balik, sekarang ni dia yang ajak aku balik.

“ aku takut perasaan kau terguris tengok ex kau ” akhirnya Chaerin memberikan jawapan kepada soalan yang sedari tadi bermain di akal fikirku.

“ tak perlu. Aku nak tunjuk dekat sampah tu yang aku kuat! ” kataku dengan semangat.

Aku kembali mengambil tempat dudukku dan mata masih menatap perbuatan pasangan bercinta itu.

Jinhyuk sunbae kelihatan mengusap ubun-ubun Yuri dan mencium dahi gadis itu lembut. Manakala Yuri tersenyum kecil apabila dahinya dicium oleh Jinhyuk sunbae. Yuri kemudiannya, mengambil tempat duduk di barisan penonton memandangkan permainan akan bermula sebentar lagi.

“ patutlah pompuan tu marah-marah kau bila putus dengan Jinhyuk sunbaerupa-rupanya dia ada simpan perasaan dekat Jinhyuk sunbae

Chaerin berbisik dengan perlahan. Matanya memandang Yuri dengan pandangan yang penuh benci.

“ aku tahu tu ”

Memang tidak dapat disangkal yang aku mengetahui perasaan sebenar Yuri kepada Jinhyuk.

“ kau tahu? ”

Chaerin bertanya dengan nada yang terkejut.

“ ya! ”

Jawabku pendek sebelum wisel dibunyikan menandakan perlawanan sudah dimulakan.

——

[C] Trash | X1 EunsangWhere stories live. Discover now