◇◇◇◇◇
Basketball court
02.45 pm—Setelah dipaksa oleh Chaerin, di sinilah aku berada— basketball court.
“ Eun palliwa!”
Chaerin memanggilku sambil tangannya digoyangkan menyuruh membututi langkahnya.
Dengan perasaan malas aku melangkah juga ke arah tempat duduk yang telah dijaga oleh Chaerin.
“ nasib kita sempat, kalau tak mesti tempat ni diambil orang ”
Dalam diam aku juga mengiyakan kata-kata Chaerin. Mana tidaknya, tempat duduk di barisan hadapan sudah hampir penuh. Jadi kami berdua amat bernasib baik apabila menjadi individu yang terpilih untuk duduk di tempat istimewa ini.
Chaerin memandang ke arah pemain bola keranjang yang sedang memanaskan badan.
“ woah! Eusang hensemm ”
Terganga mulut Chaerin apabila melihat Eunsang.
“ celah mana yang hensemnya Chaerin? ”
Tanpa perasaan aku bertanya.
Lelaki muka jambu tu hensem? Euww!
“ kau kalau benci lelaki pun jangan hina pujaan hati aku boleh? ”
Chaerin menjeling aku sekilas sebelum menyambung melihat kelibat Eunsang.
“ Eunsang oppa hensemm! ”
“ alangkah indah dia menjadi milikku ”
“ wahh my eyess ”
“ my crush i will love you forever ”
Nak termuntah aku apabila mendengar segala pujian yang ditujukan buat lelaki jambu itu.
Aku menjulingkan mata ke atas. Tidak tahan mendengar pujian khas buat Eunsang.
“ kau dah kenapa? ”
Chaerin menegur perbuatanku.
“ buruklah! ”
Dia menyambung.
“ aku— tak— suka— lelaki! ”
Satu persatu perkataan aku sebut dengan jelas.
“ jadi? ”
Soalnya dengan pendek. Aku membuat muka seperti tidak percaya.
“ aku rasa menyampah bila ramai orang puji lelaki jambu tu ”
Kataku dengan terus-terang.
“ muka jambu kau panggil dia? ”
Chaerin menjengilkan mata ke arahku. Gamaknya marah apabila aku menghina pujaan hatinya.
“ ya muka jambu. Kan rambut dia warna merah. Jadi aku panggil dia lelaki jambu ”
Jawabku dengan tenang. Pandangan kemarahan yang diberikan oleh Chaerin kepadaku aku hiraukan.
Perasaan benci kepada lelaki dalam diriku lebih kuat berbanding menjaga hati rakanku yang sedang menyanjungi lelaki.
——
YOU ARE READING
[C] Trash | X1 Eunsang
Fanfiction❝ Men are trash! ❞ Kisah aku yang asyik ditinggalkan lelaki. •Lee Eunsang •Short Part Start: 03.08.19 End: 05.11.19