10

822 102 2
                                    

◇◇◇◇◇

Author pov

Perlawanan bola keranjang di antara pelajar tahun akhir dan batch kami sungguh sengit. Apatah lagi apabila Eunsang dan Jinhyuk cuba merampas bola di antara satu sama lain.

Keadaan menjadi semakin kecoh apabila aksi tolak-menolak di antara Jinhyuk dan Eunsang terjadi. Kadang kala, salah seorang daripada mereka akan terjatuh akibat daripada pertempuran tersebut.

Apabila Eunsang menjaringkan bola ke dalam jaring pasukan lawan, pasti sahaja penonton galak bersorak atas kejayaannya menyumbang mata.

Tetapi Eunha tidak gembira dengan keadaan itu—

Eunha pov

“ mata ke 29 berjaya disumbangkan oleh Eunsang! ”

Sorakan dapat didengari daripada pelbagai arah.

“ wei Eunsang pandang sini! ”

Chaerin menjerit keterujaan. Dia menggoncang lengan aku dengan kuat.

“ dah tu? ” tanyaku dengan sambil lewa. Pegangan tangannya yang kuat ke atas lenganku membuat aku rimas. Lantas aku menarik tanganku dengan kasar.

“ wei, kenapa dia tunjuk jari dia dekat kau? ”

“ dia kenyit mata dekat kau ke?! ”

Soalan bertubi-tubi daripada Chaerin dibiarkan tidak berbalas. Memang aku nampak Eunsang mengejutkan matanya ke arahku. Dan itu membuatkan aku terpaku.

“ eun, dia suka kau ke? ”

Chaerin bertanya dengan nada yang bergetar.

“ apa kau merepek ni? ”

Soalku dengan tidak senang. Mukaku berkerut memandang Eunsang. Lelaki itu pastu sahaja sedang menyambung kembali permainan bola keranjang.

“ dia kenyit mata dekat kau Eun. Tak kan kau tak sedar? ”

Chaerin memandang aku tajam.

“ lelaki adalah sampah Chaerin. Ingat tu! ”

Aku mengucapkan pandangan aku terhadap lelaki kepada Chaerin.

“ kau sure? Mana tau dengan sampah tu juga kau bercinta ”

Chaerin cuba bergurau. Wajah masamnya tadi bertukar ceria.

“ kau okey ke tak ni? Tadi kemain frust tapi sekarang— ”

Aku melihatnya dari atas ke bawah. Ingin melihat sebarang perubahan pada Chaerin.

“ aku okey lah. Setakat crush tu aku boleh cari lainlah, lain lah kalau boyfriend ”

“ aku harap kau bahagia dengan dia ”

Ayat terakhir Chaerin membuatkan aku terkedu.

Aku?

Dia?

Bahagia?

Dia merepek apa ni?

——

[C] Trash | X1 EunsangWhere stories live. Discover now