19

758 88 0
                                    

◇◇◇◇◇

Kantin

perempuan tu tak habis-habis nak bercinta dengan orang kacak dekat sekolah kita ni! ”

HAHAAH perempuan murah memang perangai macam tu! ”

tak dapat abang, nak adik pulak? ”

perempuan tamak mana cukup seorang lelaki! ”

Aku memejamkan mataku rapat ketika mendengar kata-kata yang amat menyakitkan hatiku.

“ Eunha, gwenchanha?

Dengan prihatin Chaerin menyoal. Aku hanya mengangguk lemah menandakan aku tidak apa-apa. Sedangkan, jiwa dan hati sudah lemah.

“ Chaerin, aku tak ada selera nak makan. Kalau kau lapar pergilah makan aku nak duduk dalam kelas je, ”

Lemah sekali aku berkata. Tanpa menunggu balasan daripada Chaerin, aku melangkah keluar daripada kawasan kantin yang sesak dengan pelajar.

Tidak cukup dengan pembulian mental diterimaku sebentar tadi di kantin, kini beg sekolahku menjadi mangsa apabila buku-buku tulis dan teks berselerak di atas meja.

Tidak lupa juga beg galasku sudah berada di atas lantai dan penuh dengan kesan tapak kaki.

Yahh Kim Eunha, tak sangka perempuan macam kau masih boleh dapat surat cinta daripada Eunsang! ”

Secara tiba-tiba Yuri dan rakannya muncul daripada belakang. Aku menundukkan wajahku menekur lantai. Walaupun aku menyerang sekarang, pastinya aku akan kalah kerana mereka berjumlah tiga orang.

satu lawan tiga? Pastinya tiga yang menang. Jadi, aku mengambil langkah yang lebih selamat iaitu mendiamkan diri.

“ kau suka Eunsang Eunha? ”

Kepalaku ditonjol oleh Yuri dengan kasar. Manakala dua orang lagi rakannya tersenyum sinis apabila kepalaku ditonjol.

“ jawablah Kim Eunha! Dah bisu ke?! ”

Yuri semakin berang apabila soalannya tidak berjawab. Aku menggengam tanganku dengan kuat bagi memberikan semangat buat diriku.

Eh, perempuan ni aku tanya jawablah! ”

Yuri meninggikan suara ke arahku.

Aku menarik nafas dengan kasar, menyuruh hati agar bersabar dengan perlakuan Yuri.

“ kau marah? Jadi lepaskan kemarahan kau dekat aku sekarang Kim Eunha! ”

“ Lepaskan kemarahan kau Kim Eunha! ”

Yuri memprovok aku untuk mencederakannya.

“ Kim Eunha—”

Yuri-shii daripada awak risau Eunsang dan saya bercinta, lebih baik awak risau kalau saya rampas Jinhyuk sunbae daripada awak ”

Secara tiba-tiba keberanian aku muncul. Aku memotong percakapan Yuri dan mengangkat wajahku untuk memandang kedua matanya sambil memberikan amaran.

Bahunya aku tolak dengan kuat. Aku tersenyum sinis apabila dia seperti berada di dalam ketakutan.

Jaket sekolah yang dipakainya aku cengkam dengan kuat. Buku lima siap sedia untuk aku hayunkan ke arah wajah Yuri sebelum—

Kim Eunha what are you doing?! ”

——

Sengaja saya bagi korang suspens. ☺

[C] Trash | X1 EunsangWhere stories live. Discover now