11

825 101 4
                                    

◇◇◇◇◇

Author pov

Perlawanan bola keranjang di antara pasukan tahun akhir dan batch Eunha diakhiri dengan kemenangan pasukan tahun akhir.

Mata akhir kedua-dua hampir sama dan mempunyai beza hanya dua mata.

“ mesti Eunsang kecewa ”

Chaerin berbisik dengan Eunha. Tempat duduk penonton yang sedari tadi penuh mulai berkurang secara perlahan-lahan.

“ kalau ya pun kenapa?  Adat perlawanan pasti ada yang kalah dan menang ”

Eunha membalas dengan kasar. Dia rimas apabila Chaerin asyik berkata tentang Eunsang.

“ taulah kau tak suka dia tapi boleh pura-pura kau suka dia tak? ”

Chaerin mula membuat muka.

“ aku? Berpura-pura?  Memang tak lah ”

Jari telunjuk Eunha menunjuk dirinya sendiri sebelum menggelengkan kepalanya.

“ kau benci abang dia je kan. Takkan dengan adik dia sekali kau benci  ”

“ aku bukan benci abang dia tapi aku benci makhluk ciptaan Tuhan yang dikenali sebagai LELAKI! ”

Perkataan lelaki sengaja ditekankan sebutannya. Biar Chaerin faham akan subjek yang dibencinya.

ish, aku tahu kau tak faham perasaan aku tapi kalau aku benci dia dengan Eunsang sekali a— ”

eh, Eunsang awak buat apa dekat sini? ”

Pertanyaan daripada Chaerin membuatkan Eunha terpaku.

“ apa yang kau merepek ni Chaerin? ”

Eunha cuba untuk berkomunikasi dengan Chaerin. Tetapi malangnya, mata kawannya itu sudah digam untuk melihat wajah Eunsang.

Eunha cuba memberikan isyarat kepada Chaerin agar memberitahunya perkara yang sedang berlaku. Tetapi cara itu juga tidak berkesan.

Akhirnya dengan tidak rela, Eunha perlahan-lahan memusingkan badannya kebelakang bagi melihat Eunsang.

“ kenapa kau sebut nama aku tadi? ”

Wajah beku lelaki itu bertanya. Anak matanya setia menatap kedua mata Eunha tanpa berkelip.

Manakala Eunha, sehabis mungkin untuk memaniskan mukanya semasa menatap wajah Eunsang.

“ kau benci siapa Kim Eunha sampai melibatkan nama aku ni? ”

Sekali lagi lelaki itu menyoal. Wajahnya yang penuh dengan peluh kering akibat bermain bola keranjang sebentar tadi ditatap oleh Eunha.

oohh, aku nak cakap kalau aku benci sampah Eunsang pun mesti bencikan sampah. Kan Chaerin? ”

Eunha menyiku-yiku lengan kawannya untuk membuatkan Chaerin tersedar daripada realiti.

Wanita itu kelihatan tersentak sebelum menjawab, “ ha, betullah apa yang Eun cakap tu ”

Eunha menarik nafas kelegaan kerana Chaerin menyebelahinya. Kalau tidak, mesti naya dirinya disoal jawab oleh Eunsang.

hurm, okey ”

Pendek lelaki itu berkata sebelum berlalu pergi dari situ.

“ kau masih angau kat dia Chaerin? ”

Soal Eunha di dalam hati. Tidak perlu rasanya dia kecoh tentang hal remeh sebegini.

——

[C] Trash | X1 EunsangWhere stories live. Discover now