◇◇◇◇◇
Keesokannya—
“ aku dah berjaya buat semua orang tutup mulut, jadi aku nak ganjaran aku ”
Masuk-masuk sahaja aku di kawasan sekolah Eunsang terus menyerangku dengan lagaknya.
Dia memeluk tubuh sambil bersandar di pintu pagar sekolah.
“ bukti? ”
Sepatah aku menyoal sambil tersenyum sinis.
“ kau tak akan dapat tutup mulut mereka semua Eunsang. Ingat tu! ”
Kataku dengan kasar sambil menuding jari tepat ke wajahnya.
“ aku tak dapat tutup mulut mereka? Kau lupa aku siapa? ”
Eunsang menjongketkan keningnya sebelum menyambung.
“ aku anak pengetua sekolah ni. Aku ada kuasa untuk menggugut mereka semua termasuk kau! ”
Giliran Eunsang pula untuk menudingkan jarinya ke arahku.
Aku tergamam melihat perlakuan Eunsang. Tegas sungguh!
Aku mengeluh sebelum bertanya lebih lanjut.
“ macam mana kau boleh tutup mulut semua orang dalam satu hari? ”
“ kau tak perlu tau, yang aku nak tau bila aku boleh dapat ganjaran aku? ”
Aku berpeluk tubuh apabila Eunsang masih berkeras untuk menuntuk hadiahnya.
“ aku tak percaya kau dapat tutup mulut mereka semua ”
Ujarku sinis.
“ gurae, kalau tu yang kau nak ”
Seusai itu, Eunsang secara perlahan-lahan mendekati aku. Tangannya mendakap pinggangku dan mula menarik tubuhku merapati dirinya.
“ Eunsang what are doing? ”
Soalku dengan tegas sambil cuba untuk melepaskan diri daripada dakapan lelaki itu. Kami mula bertentang mata.
“ bukti yang kau mahukan ”
“ kau nak aku cium kau dekat mana? ”
“ pipi? ”
“ dahi? ”
“ atau bibir? ”
Dapat aku lihat lelaki itu menjilat bibirnya apabila menyebut perkataan bibir.
“ gurae, ”
Kata Eunsang secara tiba-tiba apabila aku tidak menjawab soalannya. Perasaan cuak aku semakin menjadi-jadi apabila Eunsang menarikku dan memeluk dengan erat.
Aku memejam mata dengan rapat apabila kami menjadi tumpuan ramai.
“ let me go! ”
Pelukan Eunsang terhadapku menjadi semakin erat apabila aku tidak membalas pelukannya. Apatah lagi, aku menyuruhnya untuk melepaskan aku.
“ balas pelukan aku Kim Eunha, kemudian baru aku akan lepaskan kau ”
Aku mendengus dengan kasar sebelum membalas pelukan Eunsang.
“ satu, dua, tiga ”
Eunsang mengira sehingga mencapai angka tiga dan kemudian melepaskan aku.
“ jaga diri baik-baik Kim Eunha. Jangan rindu aku ”
Kata Eunsang sejurus melepaskan pelukannya terhadapku. Dia tersenyum manis dan mengusap rambutku dengan mesra.
——
YOU ARE READING
[C] Trash | X1 Eunsang
Fanfiction❝ Men are trash! ❞ Kisah aku yang asyik ditinggalkan lelaki. •Lee Eunsang •Short Part Start: 03.08.19 End: 05.11.19