14

823 102 2
                                    

◇◇◇◇◇

Kelas
07.45 am

“ weh kau dah siap addmathAku nak pinjam, aku tak siap lagi! ”

Itu dia Chaerin. Masuk-masuk saja kelas sudah menjerit meminta pertolongan daripada aku.

“ aku baru siapkan tadi. Nasib semalam kau mesej aku, kalau tak— ”

Aku memberhentikan percakapanku membiarkan Chaerin meneka segala kemungkinan yang akan terjadi apabila dia tidak memesej ku semalam.

“ ya ya ya. Mohon bagi buku addmath. Aku takut kena denda ”

Laju sahaja Chaerin membalas. Aku menjongketkan keningku sebelum mengambil buku latihan matematik tambahan di laci meja.

“ auw, terima kasih ”

Pantas sahaja mulut Chaerin mengucapkan ucapan penghargaan apabila buku latihan matematik tambahan ku sudah berada di tangannya.

“ hurm, penat tau tak aku siapkan latihan ni pagi tadi. Aku datang awal semata-mata benda alah ni ”

Aku mula mengadu kepada Chaerin. Wajahku sengaja dimonyokkan.

“ nasib kan. Kalau tak kita dua kena denda”

Chaerin membalas sambil tangannya laju sahaja menyalin jawapan daripada buku latihanku.

Aku hanya mengangguk setuju dengan apa yang dikatakan oleh Chaerin.

Mataku yang semakin berat membuatkan aku meletakkan kepala di atas meja.

“ kau datang sekolah pukul berapa? ”

“ enam setengah macam tu rasanya. Entah, aku tak tengok jam ”

Aku menjawab mamai. Kelopak mataku tertutup rapat bersedia untuk berehat untuk seketika.

Dan dalam beberapa saat sahaja aku sudah terlelap akibat kepenatan.

Tok! Tok! Tok!

Pintu kelas yang diketuk oleh Eunsang dari luar menarik perhatian semua pelajar yang berada di dalam kelas tersebut

“ weyh kenapa Eunsang datang sini? ”

Chaerin secara tiba-tiba bertanya ke arahku. Tidak berkelip matanya saat memandang ke arah wajah Eunsang.

“ peduli apa aku ”

Jawabku dengan kasar.

“ Kim Eunha, Eunsang nak jumpa dengan awak ”

Namaku yang disebut oleh Song Songsaenim membuat aku terpaku.

“ nama aku ke yang Song Songsaenim panggil tadi ”

Soalku kepada Chaerin. Jari telunjuk ku terarah ke arah diriku.

“ ya, pergi lah cepat. Makin lama kau dekat sini, makin ramai orang yang cemburu dengan kau! ”

“ ya, aku nak pergi lah ni! ”

Jawabku dengan malas. Dengan perlahan aku bangun dari dudukku dan berjalan ke arah Eunsang. Wajah lelaki itu yang sedari tersenyum melihatku membuatkan aku meluat.

“ ha, kau nak apa? ”

Soalku dengan kasar apabila kami sudah berada di luar kelas.

“ pengetua minta kita berdua kemas bilik stor lepas sekolah ”

Eunsang menjawab dengan ringkas.

“ kenapa aku pula kena tolong kau? ”

Terus-terang aku bertanya. Muka sudah berkerut-kerut tidak berpuas hati.

“ pengetua tu omma kau, jadi kenapa kau disuruh kemas bilik stor— dengan aku pula tu ”

Sambungku lagi. Memang tak lah nak berdua-duaan dengan lelaki ni. Nanti timbul gosip lagi, mahu susah hidup aku sekolah dekat sini.

Eunsang mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

“ ini arahan Eunha. By hooked or by crooked kau kena buat juga walaupun tak suka ”

Eunsang berkata dengan serius.

“ jumpa kau lepas sekolah ”

Dia tersenyum sebelum melangkah pergi daripada situ.

Manakala aku, melihat pemergian Eunsang dengan hati yang tidak rela.

Aku?

Berduaan dengan dia?

Kemas bilik stor?

Kegilaan apakah ini?

Haih!

Dan tanpa sedar aku mengeluh.

——

Cuti 2 hari sbb jerebu so boleh update💕

[C] Trash | X1 EunsangWhere stories live. Discover now