◇◇◇◇◇
Sekolah
03.00 pm—Bilik stor yang berada di hadapan mata aku pandang tanpa sebarang perasaan. Aku berdiri di tepi pintu menunggu ketibaan Eunsang.
Memandangkan dia yang memegang kunci bilik stor tersebut, secara tidak langsung aku perlu menunggunya untuk masuk bersama-sama.
“ ishh... Mana Eunsang ni kata lepas sekolah tapi dah 30 minit lepas sekolah habis. Tak sampai-sampai lagi ”Rungutku dengan suara yang kuat. Jam yang berada di pergelangan tangan aku lihat. Sudah hampir pukul tiga lima minit petang tetapi batang hidung Eunsang masih tidak kelihatan.
“ balik jelah ”
Kata hatiku apabila aku sudah penat menunggu. Beg sekolah yang diletakkan di atas lantai mula aku ambil dan menyandangnya di atas bahu.
“ kau nak pergi mana tu? ”
Secara tiba-tiba aku ditegur dengan kasar. Aku menoleh untuk melihat lelaki yang membuatku tertunggu-tunggu sedari tadi.
“ lah... Datang jugak. Ingatkan dah balik ”
Sinis sekali aku memerli Eunsang. Lengan aku silangkan di dada.
“ aku dah sampai kan? Tak payah buat muka. Tak ada masa aku nak pujuk kau ”
Eunsang melangkah ke arah pintu stor dan membuka pintu stor yang terkunci sedari tadi.
“ bila masa pula aku buat muka? ”
Bibir aku cebik. Protes!
“ okay, okay. Kau tak buat muka. Silakan masuk tuan puteri, ”
Eunsang membuka pintu stor dengan luas selepas dia membuka suis lampu dan kipas.
“ biar pintu tu terbuka luas. Tak adalah nanti kita berdua terperangkap satu malam kat sini. Cliche sangat ”
Arahku kepada Eunsang apabila lelaki itu mahu menutup pintu stor yang sedang terbuka luas.
Eunsang menuruti arahanku. Dia kemudiannya, melangkah menjauhi pintu.
“ nak buat apa ni? ”
“ tu kemas! ”
Jari telunjuknya tepat mengarah ke arah barang-barang yang penuh dengan habuk.
“ kau buat lawak kan? ”
Kepala aku gelengkan beberapa kali.
“ tak, KEMAS sekarang! ”
Tegas sekali Eunsang memberikan arahan.
“ benda tu berhabuk. Aku tak boleh kena habuklah! ”
Aku menolak arahan tersebut. Tangan aku silangkan ke dada. Tidak mahu langsung mahu menyentuh barang-barang yang dilitupi dengan habuk.
“ dah tu? ”
“ kau nak aku yang buat? Memang tak lah. Kau ada dekat sini untuk buat kerja tu ”
Angkuh sekali Eunsang membidas. Dia memandang aku dengan tajam sebelum memberikan jelingan maut ke arahku.
“ dah, aku nak balik! ”
Aku berura-ura ingin beredar pergi dari sini. Beg sekolah sudah aku sandang di bahu.
“ ok, fine. Tapi ingat, bila kau susahkan aku, aku akan susahkan hidup kau! ”
Aku mengendahkan amaran yang diberikan oleh Eunsang. Dengan lagaknya, aku berjalan melintasinya dan keluar dari situ.
“ dia yang susahkan hidup aku dulu ”
Omelku sendirian. Meluahkan perasaan yang terbuku di dalam hati.
———
![](https://img.wattpad.com/cover/194723298-288-k474790.jpg)
YOU ARE READING
[C] Trash | X1 Eunsang
Fanfiction❝ Men are trash! ❞ Kisah aku yang asyik ditinggalkan lelaki. •Lee Eunsang •Short Part Start: 03.08.19 End: 05.11.19