◇◇◇◇◇
Aku melihat reaksi pelajar yang berada di sekeliling ku. Tiada perkara luar biasa seperti berbisik-bisik sesama sendiri berlaku di antara mereka.
Betul kata Eunsang bahawa dia telah berjaya menutup mulut semua orang. Perlakuannya dengan memelukku sebentar tadi dijadikan bukti bahawa dia telah memenangi pertaruhan antara aku dengan dia.
“ EUNHA ”
Sergahan Chaerin membuatkan aku tersentak. Aku memandangnya tajam.
“ jangan buat aku terkejut boleh tak? ”
“ hehehe sorry. Excited punya pasal ”
Chaerin tersengih.
“ apa yang buat kau excited pulak ni? ”
Soalku ingin tahu.
“ kawan baik aku tengah bahagia ”
Chaerin sendiri.
“ siapa kawan baik kau tu? ”
Soalku dengan nada tidak senang. Setahu aku, Chaerin tidak ada lagi kawan baik selain diriku.
“ eh dia ni, sudah tahu bertanya pula. Kau lah! ”
Kepalaku ditonjolnya dengan kasar. Aku mengaduh kesakitan.
“ bahagia? Aku tak faham ”
Terus-terang aku berkata.
“ kau kan dah Official dengan Eunsang. Satu sekolah dah tahu kot. And Eunsang siap cakap lagi, kalau dia dengar ada sesiapa yang mengata pasal kau dia akan pastikan orang tu dibuang sekolah ”
Chaerin terdiam sebentar sebelum kembali berkongsi cerita.
“ kau tak rasa ke dia romantik? ”
Chaerin memandangku dengan mata bulat. Berharap aku akan memberikan jawapan kepada soalannya sebentar tadi.
“ otak kau ”
Kataku dengan kasar sebelum berjalan meninggalkan Chaerin.
Bila masa pulak aku dengan Eunsang Official couple pulak ni. Dia ni memang nak orang dengar cakap dia je eh? Menyakitkan hati betullah!
—
“ Eunsang we need to talk! ”
“ kau nak cakap apa? Cakap kat sini tak boleh ke? ”
Kasar sungguh kata-kata yang dibalasnya.
Aku memandang ke arah Jinhyuk dan Yuri yang semeja dengan Eunsang.
“ are you sure? ”
“ okay then ”
“ bila masa aku setuju nak mphmm— ”
Eunsang menekup mulutku untuk menghentikan percakapanku.
Justeru itu, tanganku dipegang dan ditariknya untuk mengikuti langkah dia.
Sesampainya di rooftop Eunsang melepaskan pegangannya terhadap tanganku.
“ kau nak cakap pasal apa? ”
“ bila masa kita Official couple? ”
Terus-terang aku menyoal. Jari telunjukku bergilir-gilir menunjuk diriku dan Eunsang.
Eunsang menoleh dan menjawab. “ sekarang ”
Aku menarik nafas dengan kasar. “ are you kidding me? ”
“ kau yang cakap kalau aku berjaya tutup mulut semua orang, kau akan tunaikan satu permintaan aku ”
Eunsang terdiam sebentar.
“ permintaan aku adalah untuk bercinta dengan kau Kim Eunha ”
“ hahahaahahaa, kau buat lawak eh? ”
Aku tergelak. Tidak masuk akal langsung permintaan si Eunsang ni.
“ aku tak buat lawak ”
Tegas Eunsang berkata.
Aku terkedu. Aku memandangnya seperti tidak percaya.
“ ya, aku sukakan kau sebelum kau bercinta dengan hyung lagi ”
“ tunaikan permintaan aku Eunha? ”
Eunsang memandang mataku dengan penuh berharap. Aku menelan liur dengan kelat.
“ er— ”
Aku tak tahu nak balas apa. Lidah aku kelu untuk memberikan jawapan kepada Eunsang. Bukan aku tak suka Eunsang cuma aku takut perkara yang berlaku sebelum ini berlaku lagi.
“ kalau kau risau pasal hyung dengan yuri jangan risau, aku dah uruskan. Tugas kau hanya untuk mencintai aku sepenuhnya ”
“ Please Kim Eunha ”
“ I will protect you ”
“ okay then, janji kau tak akan jadi lelaki sampah? ”
Akhirnya aku setuju.
“ promise ”
Eunsang berkata dengan teruja.
Aku harap kau tunaikan janji kau Eunsang. Please jangan jadi sampah.
__________
the end❤
YOU ARE READING
[C] Trash | X1 Eunsang
Fanfiction❝ Men are trash! ❞ Kisah aku yang asyik ditinggalkan lelaki. •Lee Eunsang •Short Part Start: 03.08.19 End: 05.11.19