special part(i)

739 89 1
                                    

14th February—
Eunha's

haihh

Buat seratus kali aku mengeluh. Mana tidaknya Eunsang tidak langsung memberikan aku walaupun sekutum bunga mahupun coklat. Hati gadis mana yang tidak terasa hati apabila tidak diberikan hadiah oleh kekasih hati semasa hari kekasih?

Aku melihat meja kawan sekelasku. Sudah pasti semua meja terisi dengan kad ucapan, coklat dan bunga. Mereka yang masih single juga menerima hadiah-hadiah daripada seseorang yang meminati mereka.

“ Eun tak baik mengeluh ”

Pesan Chaerin yang sedari tadi mencium sekuntum bunga ros yang baru diterimanya daripada junior.

“ kau pun dapat bunga. Bila Eunsang nak bagi aku hadiah? ”

Wajahku mula cemberut apabila melihat tingkah laku Chaerin. Cemburu apabila Chaerin mendapat bunga.

“ nanti Eunsang bagilah tu. Mana tau dia ada hadiah yang lagi istimewa ”

Kata Chaerin cuba memujukku. Bunga yang dipegangnya sedari tadi diletakkan ke tepi.

Wajahku masih masam. Tiada langsung kelibat Eunsang di hadapan kelasku. Selalu pasti dia akan melalui kelasku semata-mata untuk melihat diriku. Tetapi hari ini Eunsang ghaib tanpa jejak. Kami tidak berjumpa langsung hari ini.

“ Eunsang! ”

Jeritku dengan lantang apabila melihat kelibat lelaki itu dari jauh. Aku berlari anak cuba untuk mengejarnya.

Tetapi Eunsang tidak langsung menoleh apatah lagi memberhentikan langkah.

“ Eunsang, jamkkaman! ”

Jeritku lagi cuba untuk mengambil perhatian Eunsang. Tetapi hampa Eunsang tidak mempedulikan panggilanku.

Akhirnya aku berputus asa untuk memanggilnya. Buat apa menyakitkan tekak dengan orang yang tak sudi.

Dengan segera aku menukar haluan. Tidak lagi mahu mengejar Eunsang. Kalau rindu pandai-pandailah dia cari.

Aku menuju ke locker ingin mengambil buku teks untuk membuat kerja sekolah.

Buka sahaja pintu locker sekeping kertas terjatuh secara tiba-tiba. Tanpa membuang masa, aku mengutip kertas tersebut dan membaca isi yang terkandung.

Hi sweetie, jumpa saya di rooftop after school.

From: Lee Eunsang

Heh! Baru sekarang nak bermanis mulut. Tadi orang panggil tak nak dengar. Tunggulah kat bumbung sampai malam!

Aku meronyokkan kertas tersebut dan membuangnya ke dalam tong sampah berdekatan. Protes!

Aku melangkah laju meninggalkan sekolah. Padan muka awak, siapa suruh buat saya macam ni!

——

Disebabkan ramai kata nak special part saya sedang usahakan. Mungkin dlm dua ke tiga part.

[C] Trash | X1 EunsangWhere stories live. Discover now