◇◇◇◇◇
Keesokannya—
08.15Aku berjalan masuk ke dalan kawasan sekolah dengan tenang. Aku melihat persekitaran kawasan pagar sekolah yang sarat dengan pelajar sekolah.
“ Eunha! ”
Tepat pada masanya untuk Chaerin memanggil namaku. Aku menunggu Chaerin melangkah ke arahku sambil melambai ke arahnya.
“ Eun, kau dengan Eunsang ke petang semalam? ”
Chaerin menyoal sesampainya dia dihadapan aku. Wajahnya kelihatan resah.
“ ya ” dengan tenang aku menjawab.
“ jadi ni kau ke? ”
Chaerin mengeluarkan telefon pintarnya dari poket seluar dan menunjukkan skrin telefon yang bernyala ke arahku.
Aku menatap skrin telefon milik Chaerin dengan sekali imbas.
“ aku tak rasa ada benda pelik dalam gambar ni ”
Terus-terang aku berkata apabila selesai menatap gambar tersebut.
“ Eunsang dah ada girlfriend eh? Baguslah tak ada lah dia kacau aku lagi ”
Sambung aku lagi apabila melihat Chaerin masih berdiri dengan statik.
“ yah Kim Eunha ni kaulah! ”
Aku terperanjat apabila Chaerin menjerit ke arahku secara tiba-tiba. Telefon pintar Chaerin segera aku rampas dan menatap skrin telefon pintar yang memaparkan gambar Eunsang dan aku(?)
“ kau dengan Eunsang kiss semalam? ”
Bisik Chaerin kepadaku.
“ siapa yang tangkap gambar ni? ”
Soalan Chaerin aku biarkan sepi. Aku memandang ke arah Chaerin bersilih-ganti dengan telefon pintar milik Chaerin yang berada di dalam genggaman ku.
“ molla. Tapi kau okey ke tak ni? Gambar ni aku dapat dari kumpulan perbualan secara atas talian. Aku rasa satu sekolah dah tahu— ”
Aku segera meninggalkan Chaerin yang sedang memberikan penerangan di mana dia mendapat gambar di antara aku dan Eunsang.
Fokus aku sekarang ni, ingin mencari Eunsang dan membuat lelaki itu berterus-terang kepada semua pelajar yang kami tidak bercinta.
Aku menuju ke arah pintu pagar sekolah, tempat di mana dia bertugas.
“ Lee Eunsang we need to talk! ”
Arahku kepada Eunsang apabila aku menjumpai lelaki itu. Suara aku tekankan.
Pada masa yang sama, pelajar yang baru memasuki kawasan sekolah sekali-sekala memandang ke arah kami.
“ kau tak nampak ke aku sedang bertugas? ”
Acuh tidak acuh sahaja lelaki itu menjawab. Dia memandang aku sekilas sebelum membelek buku nota yang berada di tangan.
Aku menarik nafas dengan tenang sebelum menyuakan telefon pintar Chaerin yang sedang bernyala.
“ kau tau tak apa yang sedang berlaku sekarang ni? ”
Eunsang melihat skrin telefon pintar Chaerin sebelum menjawab, “ ya aku tau ”
Dia menjongketkan sebelah keningnya dan tersenyum sinis.
“ kau tau dan tak buat apa-apa pun? ”
“ ya, itu semua ada rancangan Jinhyuk hyung untuk jatuhkan kau Kim Eunha. Kau tak kenal siapa Jinhyuk hyung yang sebenar. Bila dia benci kau, dia akan buat kau jatuh sehingga tak boleh bangun lagi ”
Aku tergamam apabila mendengar kata-kata Eunsang. Tanganku aku genggam dengan kuat melempiaskan perasaan geram yang terbuku di dalam hati.
“ tapi aku akan cuba untuk lindungi kau. If you want to cry, tolong menangis di bahu aku. Aku tak nak orang lain lihat kau tu seorang yang lemah. Kau kena tunjukkan dekat Jinhyuk hyung yang kau tu seorang yang kuat! ”
Aku berasa terharu apabila Eunsang memberikan sedikit semangat kepadaku.
“ this is your phone. So good luck Kim Eunha! ”
Eunsang menyerahkan telefon pintar Chaerin kepadaku seraya tersenyum. Wajahnya bertukar riak sesaat selepas itu. Dan dia tidak lagi memandang ke arahku yang masih berdiri di tepinya.
Dia seperti ingin menyorokkan hubungan baik kami kepada seseorang.
——
Hi! I am back. Jadi mulai sekarang saya akan cuba update ff ni sekerap yang mungkin.
YOU ARE READING
[C] Trash | X1 Eunsang
Fanfiction❝ Men are trash! ❞ Kisah aku yang asyik ditinggalkan lelaki. •Lee Eunsang •Short Part Start: 03.08.19 End: 05.11.19