12

817 102 0
                                    

◇◇◇◇◇

Keesokannya
06. 20 am—

Eunha pov

Sampai-sampai sahaja aku di sekolah, aku segera menuju ke arah locker milikku yang berada di tingkat dua.

Bukan apa, aku terlupa mahu membawa balik latihan matematik tambahan yang perlu dihantar hari ini.

Semalam, dengan senang hatinya aku balik ke rumah karana sedar tiada kerja rumah yang diberikan oleh guru. Malangnya, malam semalam pukul 10.46 malam, secara tiba-tiba satu notifikasi daripada Chaerin membuatkan hatiku berdebar-debar dilanda rasa risau dan gundah-gulana.

Flashback—

You got a new message from Bestie❤

Aku yang sedang bersenang-lenang di atas katil segera membuka mesej yang dikirimkan oleh Chaerin.

Weh add math dah siap? Aku tak
Tau doh😩

Mesej itu aku membaca berulang-kali.

Dalam kepala pasti memikirkan perkara apa yang sedang dikatakan oleh Chaerin sekarang ini.

Kerja apa?

Mesej itu aku hantar, dan pada masa yang sama hati aku berasa berdebar-debar. Sudah pasti aku risau, Lee Songsaenim itu boleh tahan garangnya. Lagi-lagi apabila melibatkan kerja sekolah.

Pasti sahaja dia akan mengamuk sekiranya dia tahu anak muridnya tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan.

Ting-//

Mesej baru daripada Chaerin aku buka.

Kau lupa ke atau nyanyuk?
Ada kerja sekolah lah gila!

Dan mesej itu membuatkan hidup aku dilanda tsunami. Hati aku tidak tenang walaupun sesaat. Mahu sahaja aku kembali ke sekolah dan mengambil kerja matematik tambahan dan menyiapkan malam ini juga. Tetapi, malam sudah pekat sudah tentu omma dan appa tidak membenarkan diriku keluar daripada rumah.

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk datang awal ke sekolah keesokan harinya.

End of flashback—

Keadaan sekolah yang sangat sunyi aku hiraukan. Macamlah tiada orang dekat sekolah ni pagi-pagi buta. Actually, aku ada selalu nampak cleaner cuci tandas sekolah pagi-pagi buta, sebab tu tandas sekolah ni wangi walaupun masuk sebelum waktu pengajaran dan pembelajaran bermula.

Locker milikku yang berkunci aku buka dengan kunci yang aku miliki. Dan, apabila pintu locker terbuka, sepucuk surat terjatuh dari situ.

Aku membelek luaran surat tersebut, malangnya tiada nama pengirim mahupun tajuk yang tertulis di situ.

“ surat apa ni? Takkan daripada peminat Jinhyuk sunbae

Aku menggeleng kepala perlahan. Surat itu aku tenung lama. Takut sekiranya surat itu mempunyai kata-kata kesat di dalamnya.

“ huishh addmath tak siap lagi. Better aku pergi siapkan cepat! ”

Monologku sendirian apabila tersedar daripada realiti. Surat tersebut aku simpan di dalam beg sekolahku. Kemudian, buku teks serta buku latihan matematik tambahan aku keluarkan dari locker.

Buku matematik tambahan aku pegang dengan erat sambil berjalan menuju ke arah kelas.

——

[C] Trash | X1 EunsangWhere stories live. Discover now