◇◇◇◇◇
Masa rehat—
10.30 amKringg—
Loceng menandakan waktu rehat sudah bermula membuat Lee Songsaenim menghentikan aktiviti pengajarannya.
“ setakat ini sahaja untuk hari ini, awak semua boleh bersurai ”
Sebaris ayat yang dituturkannya membuatkan semua orang tersenyum tetapi bukan aku.
Aku hanya mampu duduk di mejaku dan mengeraskan badan sehingga tinggal aku dan Chaerin sahaja di dalam kelas tersebut. Kawan sekelas yang lain, jangan cakaplah apabila Lee Songsaenim memberikan izin untuk keluar berehat semua berpusu-pusu keluar dari kelas.
“ eun kau tak nak rehat ke? ”
Chaerin menyoal setelah dia selesai mengemas buku di atas mejanya.
“ Ani ”
Pendek aku jawab sambil tersenyum lemah.
Chaerin mencekakkan tangan di pinggangnya tanda tidak puas hati.
“ tak aku tak benarkan kau tak makan. Jom! ”
Seusai itu, dia menarik tanganku dengan sekuat tenaga.
Malang bagi Chaerin apabila aku mampu menahan daya yang dikenakan terhadapku. Akhirnya, kedudukan aku tidak langsung berganjak daripada kerusi.
“ haih, kau tak boleh jadi macam ni Eun. Dulu dengan Yohan sunbae dan Wooseok sunbae kau tak macam ni. Kenapa bila Jinhyuk sunbae kau jadi macam ni? ”
Aku menelan liurku. Gugup apabila disoal dengan pertanyaan yang tidak mampu hati aku sendiri jawab.
“ molla ”
Sambil lewa sahaja aku menjawab.
“ no! Kau kena juga makan. Jom ikut aku! ”
Chaerin memberi kata putus.
“ tapi aku tak lapar”
“ kau sure kau tak lapar? ”
Krukkk—
Dan soalan Chaerin dijawab oleh perutku dengan jujur. Dengan segera, aku menutup perutku berharap bunyi yang datang daripadanya boleh diperlahankan.
“ aku dah dengar Eun ”
“ jadi aku terpaksa lah kan ”
Dan akhirnya aku mengalah disebabkan keperluan yang perlu aku ambil sewaktu rehat.
—
“ psst— tulah ex Jinhyuk oppa ”
“ eww~ pompuan tu? ”
“ tak cantik pun macam mana boleh couple dengan Jinhyuk oppa ”
Kata-kata cacian dan makian sahaja yang mampu aku dengari apabila kakiku melangkah masuk ke kantin.
“ Eun kau tercegat apa lagi kat sini? Waktu rehat tinggal sepuluh minit je lagi ”
Teguran Chaerin menyebabkan aku tersedar daripada realiti. Langkah yang terhenti sebentar tadi disambung kembali menuju ke arah tempat mengambil makanan.
Kemudian, kami berjalan mencari tempat duduk yang kosong.
Dan—
Perkara yang paling aku takuti berlaku.
“ pompuan tu masih berani pandang Jinhyuk oppa ”
“ dah putus tapi kenapa pandangan pompuan tu macam nak get back dengan Jinhyuk oppa ”
Pelbagai spekulasi dapat aku dengar apabila aku berpandangan mata dengan Jinhyuk walaupun hanya sesaat.
Air mata yang hampir menitis aku tahan.
Kau kena kuat Eun! Mereka cuma nak buat kau sengsara. Mereka cemburu sebab kau pernah couple dengan Jinhyuk sunbae itu je!
Kata-kata semangat aku tuturkan di dalam hati. Moga-moga diri aku kuat dengan dugaan yang dihadapiku sekarang ini.
——
YOU ARE READING
[C] Trash | X1 Eunsang
Fanfiction❝ Men are trash! ❞ Kisah aku yang asyik ditinggalkan lelaki. •Lee Eunsang •Short Part Start: 03.08.19 End: 05.11.19