◇◇◇◇◇
“ Kim Eunha what are you doing? ”
Aku menghembuskan nafas dengan kasar sebelum melepaskan genggaman ku terhadap blazer milik Yuri.
Aku memandang Eunsang yang sedang merenungku tajam.
“ Eunsang-shii dia cuba membuli saya tadi ”
Adu Yuri kepada Eunsang.
“ betul ke Eunha? ”
Eunsang menyoal serius.
“ Eunsang kenapa tak percaya saya? Terang lagi bersuluh perempuan ni sedang menyerang saya tadi! ”
Yuri mengadu kepada Eunsang.
“ buat apa nak tegakkan benang yang sudah basah kan? Jom pergi bilik disiplin. Lagi Bagus kalau aku kena buang sekolah, tak perlu tengok sampah masyarakat lagi ”
Sampukku secara tiba-tiba. Rasa jelik apabila Yuri masih mahu mengatakan dia ialah seorang mangsa buli dan bukannya aku. Tanpa membuang masa, aku berjalan keluar daripada kelas. Destinasi seterusnya ialah bilik disiplin!
“ Eunha tunggu! ”
Eunsang memanggilku dari dalam kelas tetapi aku tidak menghiraukan panggilannya. Sebaliknya, aku terus berjalan laju menuju ke destinasiku.
Secara tiba-tiba lenganku ditarik daripada belakang dan membuatkan aku mengundur dan menyebabkan aku terpeluk Eunsang.
Cepat-cepat aku menolak badan Eunsang dengan pantas supaya menjauhi tubuh badanku.
“ kau nak apa? ”
Soalku dengan kasar.
“ kau blushing ke Eunha? ”
Soalnya kembali sambil tersenyum.
Aku berdecit perlahan menolak sangkaan Eunsang. Walhal pipi sedang terasa panas.
“ kau tak jawab soalan aku lagi Eunsang. What do you want? ”
Aku mengulang soalanku buat kali yang kedua.
Eunsang berdehem perlahan sebelum menjawab, “ aku nak menghentikan kau daripada pergi bilik disiplin. Aku tak boleh tengok kau kena denda apatah lagi kena buang sekolah. Please stay here, ”
Aku tergelak kecil apabila mendengar kata-kata Eunsang. Senyuman sinis aku berikan khas buat Eunsang.
“ Eunsang... Kau suka aku kan? Tapi aku tak suka kau, bagi aku lelaki macam kau dan abang kau ni SAMPAH. Sampah yang sentiasa menyusahkan hidup aku. ”
Aku diam seketika
“ kenapa eh? ”
Sambungku semula.
Eunsang menunduk menekur lantai. Aku menarik nafas dengan kasar sebelum berkata, “ aku mohon dekat kau, jangan kucar-kacirkan hidup aku lagi. Its okay kau nak suka kan aku atau tak. Tapi aku penat lah asyik kena jadi bahan gosip, penat tau tak ”
Ucapku dengan nada yang kecewa.
Aku memusingkan badan ke belakang dan mula melangkah meninggalkan Eunsang.
“ macam mana kalau aku tutup mulut mereka semua? Kau akan terima perasaan aku tak? ”
Aku mengeluh apabila mendengar jawapan balas daripada Eunsang.
Tanpa menoleh aku menjawab, “ cubalah kau tutup mulut semua orang, lepas tu aku akan tunaikan satu permintaan kau ”
Ujarku tanpa menoleh melihat wajah Eunsang. Aku tahu lelaki itu tidak boleh menutup mulut semua orang di sekolah ini dan disebabkan itulah aku memberikan cabaran yang tidak masuk akal buatnya.
Satu permintaan kau tidak dapat aku tunaikan selamanya Lee Eunsang kerana cabaran itu adalah amat mustahil untuk dilakukan.
——
YOU ARE READING
[C] Trash | X1 Eunsang
Fanfiction❝ Men are trash! ❞ Kisah aku yang asyik ditinggalkan lelaki. •Lee Eunsang •Short Part Start: 03.08.19 End: 05.11.19