Home—
19.00Eunha's
Hujan mulai turun dengan lebat membasahi bumi. Aku yang sedang menyiapkan kerja sekolah yang diberikan berhenti seketika.
Ingin melihat keindahan nikmat hujan yang diberikan oleh Tuhan. Aku memeriksa telefon pintarku.
Masih tiada mesej mahupun panggilan yang diterima daripada Eunsang. Hari kekasih sudah hampir tamat, tetapi sebarang hadiah mahupun ucapan daripada Eunsang tidak langsung aku terima.
Haih!
Buat keberatus kalinya aku mengeluh hari ini.
—
The next day—
“ Eunha, aku ada berita hangat lagikan panas! ”
Jeritan daripada Chaerin membuatkan aku tersentak. Mana tidaknya dari jauh sudah kedengaran jeritan lantangnya.
“ apa dia? ” soalku dengan malas.
“ Eunsang, dia demam! ”
“what?! ”
“ boyfriend kau demam ”
Dengan kuat dia menekankan perkataan boyfriend.
“ but how? ”soalku dengan terkejut. Semalam Eunsang kelihatan sihat sahaja walaupun aku melihatnya daripada belakang.
“ orang kata... Dari petang semalam dia berdiri dekat rooftop. Walaupun hujan tapi dia still berdiri dekat sana tanpa memakai payung ”
Bersungguh sekali Chaerin bercerita.
Aku tersentak. Baru aku tersedar... Yang aku punca Eunsang demam.
“ dia dekat mana sekarang? ” soalku dengan tergesa-gesa. Tubuh badan Chaerin aku goncang dengan sekuat hati.
“ bilik rawatan. Pagi tadi cleaner jumpa dia dekat bumbung tak sedarkan diri ”
Penjelasan Chaerin membuatkan hati aku bertambah cemas dan risau. Mana tidaknya lelaki itu sakit kerana dirinya.
Aku berlari anak pergi ke bilik rawatan. Setibanya di sana, dapat aku lihat tubuh badan Eunsang yang sedang terbaring di atas katil.
Pakaiannya yang kering bermakna pakaiannya baru sahaja ditukar.
Aku segera duduk di kerusi tepi katil. Aku cuba meraih tangan Eunsang dan menggenggam tangannya yang terasa bahang dengan erat.
“ eunsang i am so sorry ”
Aku memohon ucapan maaf. Tersedar akan kesilapan yang telah dilakukan. Hiba sungguh hatiku apabila lelaki itu terbaring di atas katil disebabkan aku.
“ it's okay sweetie ”
Balasan mengejut daripada Eunsang membuatkan aku tersentak.
“ saya yang salah sebab tidak pedulikan awak ” sambungnya lagi dengan suara seraknya.
“ hadiah dan kad untuk awak ada dekat almari tu ”
Jarinya menunjukkan meja yang berada di tepi katil. Aku bingkas bangun dan mengeluarkan barang-barang yang disebutkan Eunsang.
Dapat aku lihat sekuntum bunga ros dan sekeping kad berada di situ.
Aku menoleh ke arah Eunsang yang sedang memandang ke arahku.
“ bacalah ” pintanya dengan lembut.
Dengan perlahan, aku membuka kad tersebut dan membacanya perlahan.
Hi Kim Eunha, my lovely girlfriend! Thanks sbb sudi jadi my girlfriend. Awak tak tahu betapa gembiranya saya apabila dapat memikat hati awak. Dulu saya sentiasa cemburu apabila awak dan hyung keluar dating. Sekarang tidak lagi, awak dah jadi milik saya. Saya akan ikat awak selamanya. Happy valentine day. Semoga awak happy apabila membaca kad pemberian saya. Maaf sekiranya hari ini saya sentiasa mengelak awak. I love you to the moon and back Kim Eunha 😘
Aku tersenyum apabila selesai membaca kad pemberian Eunsang. Kemudian, aku memandang ke arah Eunsang yang telah tertidur.
I love you too Lee Eunsang!
Ayat itu aku hanya mampu diucapkan di dalam hati.
______
the end of special chapters. Thanks sudi baca. Harap anda semua menyokong ff saya yang akan dtg. 💕
YOU ARE READING
[C] Trash | X1 Eunsang
Fanfiction❝ Men are trash! ❞ Kisah aku yang asyik ditinggalkan lelaki. •Lee Eunsang •Short Part Start: 03.08.19 End: 05.11.19