bab 6 | kahwin

44.7K 1.5K 79
                                    

Di butik.

Ariesya masuk kedalam butik itu dengan muka masam. Misya hanya melihat saja kawannya yang badmood and terus menegurnya.

"Hey Sya! You dah kenapa muka masam semacam je? Ada something wrong ke? " Tanya Misya melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan Ariesya. Ariesya melepaskan keluhan. Baru tadi dia berjumpa dengan Airell.

"Lelaki tu pelik. Dia kata aku ni future wife. Annoying gila aku dengan dia." jawab Ariesya. Matanya mencari kelibat Damia. Mana perempuan tu? Hilang. Time ni selalunya dia ada.

"Oh patutlah monyok je. ujar Misya

"Entahlah tiba-tiba je mood swings pulak."

Misya tersenyum manis. Dia tahu mengapa Ariesya jadi macam ni. Macam manalah Ariesya menghadapi semua ni. Kalau dia pun nak batal saja perkahwinan tu.

Walaupun Ariesya seorang yang garang tetap juga dia tidak memantah kata-kata ibubapanya.

Datin Mariam menolong Hana a.k.a PA Datin Mariam. Baru saja Hana bekerja bersama dengan Datin Mariam. Datin mariam meletakkan pingan diatas meja yang dipenuhi makanan. Pelbagai jenis makanan yang disediakan. Hana dan Datin Mariam yang memasak semua ni. Ada anak perempuan tapi busy selalu.

"Yalah Datin, tak payah nak tolong Hana. Hana okay je buat semua ni."

Hana mendampingi lengan Datin Mariam menunju ke meja makan. Sejuk hati Datin Mariam dibuat Hana.

"Terima kasih Hana, susah-susah je buat sediakan cantik-cantik. Suka saya dengan kamu ni." Puji Datin Mariam.

Kembang hidung Hana apabila Datin Mariam memuji dirinya. Dahlah Datin pulak tu. Huhuhu. First time.

Tok! Tok!

Bunyi ketukkan dari pintu utama. Pintu dibuka kasar. Ariesya meninggalkan kasutnya lalu diletakkan rak disebelah pintu.

"Aslm, mama." Lalu Ariesya mencium pipi Datin Mariam. Hana hanya melihat anak beranak ni. Ariesya terus memandang tajam ke arah Hana. Tak pernah pun jumpa perempuan ni.

"Siapa tu mama?" Tanya Ariesya. Matanya tajam memerhati Hana bawah sampai atas. Scan benar dia kat Hana. Kot-kot musuh ke apa.

"Ni Hana, new PA mama. Baik-baiklah dengan dia." Kata Datin Mariam. Ariesya angguk faham. Oh PA. Cantik. Bukan calang-calang juga Datin Mariam cari PA.

"Amboi, berbual pasal apa tu? Tak ajak eh. Join boleh tak?" Celah Zakwan datang entah ke mana. Sibuk je.

"Busybody. Ni hal perempuan. bukan lelaki." Ariesya menjelir lidahnya kepada Zakwan. Zakwan mencebik. Baru dia perasan Hana ada kat situ. Cantik dari mata dia. Boleh usha ni.

Beberapa minit kemudian, suasana dimeja sangat diam tiada sepatah perkataan keluar daripada mulut mereka. Datin memandang Ariesya dan menegur Ariesya dengan nada yang serious.

"Ariesya, mama nak tanya something." Tanya Datin Mariam dingin.

Semua orang di meja itu memandang Datin Mariam. Seram sejuk.

"Boleh je mama."

"Mama dah setuju bagi pihak lelaki."

Dahi Ariesya berkerut apabila mama mengatakan 'bagi pihak lelaki' apa tuu jangan pulak mama buat kerja gila. Okay ni mimpi ke apa. Takut pulak. Tak pernah dia merasa perasaan macam ni.

"Apa mama maksudkan ni? Ariesya tak faham pun." Soal Ariesya.

"Mama nak kamu kahwin dengan pilihan mama. So tak boleh dibatalkan." Tegas Datin Mariam.
Dato Fadillah dan Zakwan menbisukan diri. Malas nak masuk campur. Hal perempuan hal lelaki.

Mr Mafia & Mrs Mafia ✔Where stories live. Discover now