bab 17 | perjalanan

29.1K 1.4K 20
                                    

Semasa perjalanan ke Seremban. Ariesya duduk di hadapan. Tengku Airell tengah memandu. Tengku Hamirul sedang memain phone manakala Tengku Farid sedang mendengar lagu dari earphonenya. Ariesya pulak hanya merenung ke luar pandangan sambil mendengar lagu dari radio.

Tak bersosial langsung. Hump. Ni tak diam je sepanjang dalam kereta. Aku ni tak biasa sangat rapat dengan lelaki ni. Tiba-tiba tekak aku terasa dahaga.

Ariesya mengambil beg di bawah kaki aku lalu aku memeriksa beg itu. Mana pulak botol ni. Takkanlah terlupa pulak. Ariesya berpaling kepada wajah Tengku Airell.

"Airell..awak ada air tak? Saya dahaga ni" Soal Ariesya dengan lembut. First time ber 'awak' 'saya' dengan Airell. Terpaksa berlakon depan diorang. Nanti kang tak hormat suami lah. Gedikss and manja lah pulak.

"Aih? Belum sejam dah dahaga. Mana botol kau ha? Macam budak kecik" Ujar Airell. Farid dan Hamirul hanya memerhati saja kami berdua tu.

"Lol. Botol aku lupa. Kau yang tergesa-gesa sangat nak jalan. Mentang-mentanglah lelaki cepat berkemas. Aku ni perempuan perlu berkemas lama. nak makeup lagi" Kata Ariesya. Dah keluar ber'aku kau. Malas nak berlembut kalau lelaki macam ni. Buang masa.

"Do I care? Tak payah makeup. Senang. Walaupun bermakeup ke tak tetap juga buruk"

"Sukatilah. Kalau muka aku buruk tak payah pandang. Aku bukan nak bermakeup bagi kau tengok pun" semakin menjadi bergaduh mereka. Hamirul dan Farid memandang sesama sendiri.

"Lain betullah perangai kau dengan Maria.Maria lagi bagus daripada kau. Kalau ada Maria, aku langsung tak pandang kaulah. Kau ingat keluarga aku suka ke kau ni. Taklah. Kau tu je yang perasan. Dasar perempuan tak sedar diri." kata Airell. Ariesya mendiam diri saja. Malas melayan walaupun hati sedih jugalah. Aku pun ada hati juga tau. Siapa Maria?

Hamirul dan Farid tidak berani berkata apa-apa. Siapa berani dengan sulung kalau tengah badmood. Malas nak masuk campur dengan rumahtangga orang.

2 jam telah pun berlalu.

Kami menyinggah di restoren. Lapar pulak perut kami ni.

▊ ▊

Ariesya hanya berdiam diri saja. Farid asyik memandang Ariesya. Pelik. Perempuan nilah paling banyak cakap.

"Kenapa mama papa pergi awal eh?" Soal Farid yang cuba meriahkan suasana yang tegang. Bosan!

"Maybe ada kerja kot." Kata Hamirul

"Rindu ke Farid? Kesian pulak aku tengok adik bongsu aku ni" pujuk Airell.

"Hahaha. Masih budak lagi ye kau ni kan. Airell kenapa kau tak bawa botol susu for Farid. Nanti nangis pulak" ujar Hamirul sambil menepuk bahu Farid.

"Agak-agaklah. Aku ni dah besarlah. Dah boleh kahwin kot. Betulkan Ariesya?" Saja nak suruh Ariesya nak bawa berborak. Tapi Ariesya mengangguk. Maybe sebab tadi kot.

"Kenapa ni Ariesya? Ada benda yang tak kena ke?" Tanya Farid. Risau pulak aku tengok Ariesya ni. Hamirul memandang Ariesya.

"Taklah. Saya okay je"

"Kalau awak sakit ke beritahu saya ye" kata Farid.

"Kenapa kau pulak? Kau tu bukannya husband dia tu. Yang kau ni yang lebih-lebih ni kenapa?" Ujar Hamirul.

"Kalau kau nak isteri. Carilah. Kau kan banyak perempuan nak dengan kau" kata Airell.

Semakin rancak adik beradik tu berborak. Dan Ariesya? Jadi tunggol?

Ariesya mengangkat diri lalu menuju ke tandas.

"Well. What happened to your wife?" Tanya Hamirul.

"Entah. Malas nak take care sangat pun"

"Maybe yang kau cakap pasal tu kot Airell. Agak-agaklah kau ni. Dia tu perempuan. Dia ada perasaan kot. Kejam ye kau. Mentang-mentanglah ketua mafia. Jangan pulak samakan wife kau tu musuh. Ingat tu" kata Farid menceramahkan abangnya.
Airell pulak masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Ariesya datang ke meja makan dan mengambil begnya. Muka Ariesya semakin pucat. Seram pulak. Lol. Mereka bertiga tak berani nak menegur. Makanan pun sudah datang. Mereka semua makan makanan yang telah terhidang.

Tbc



Mr Mafia & Mrs Mafia ✔Where stories live. Discover now