bab 8 | rumah

38.8K 1.3K 87
                                    

Ariesya membuka matanya perlahan-lahan. Tangannya mencapai iphone miliknya dan on. Terus terbuka besar mata dia. Dah pukul 10 pagi.

Dia ada hal lagi pasni. Mama ni pun satu. Kenapa tak bangun dia? Setiap pagi mama akan membebel sebelum pukul 8 pagi.

"Oh shit! Aku dah benar-benar lambat kali ni." Bergegas dia berlari menuju ke tandas.

Selepas dia sudah berkemas dia terus pergi ke ruang tamu. Kakinya pergi ke arah tangga dan turun dengan perlahan-lahan sambil matanya mencari kelibat mamanya . Datin Mariam memandang anaknya sambil mengangkat pinggan.

" Dah bangun sudah pengantin perempuan ni. Dah tak reti bangun awal. Kamu tu dah bersuami. Bukan anak dara selalu bangun lewat. Mama taknak kamu bangun lewat camni. Ingat!"  Datin Mariam memberi pandangan tajam kepada Ariesya. Ariesya hanya angguk dan menundukkan kepalanya. Lalu Datin Mariam pergi ke dapur.

Ariesya hanya tergaman! Apa kes ni pagi-pagi dah memekik. Peninglah dia macamni.

Wait what!?

Dia dah ada suami. Aduh, boleh lupa pulak. So, semalam dia tidur bersama dengan Airell.

Airell hanya senyum jahat kepada Ariesya. Ariesya perasan yang Airell sengaja tak bangunkannya dan memberi semyuman jahat.

Zakwan hanya tergelak terbahak-bahak. Sukalah tu tengok Ariesya kena marah oleh Datin Mariam.
" Zakwan, jangan ketawa dengan adik tu. Kang papa cari calon isteri kamu baru tahu."  kata Dato Fadillah yang berdiam diri dari tadi.

Zakwan terus berubah muka.

Ariesya tergelak kecil. Padan muka. Datin Mariam mengangkat bekas kaca yang mengisi mee goreng. Ariesya terus mengambil mee goreng menggunakan senduk di dalam bekas kaca lalu meletakkan di pinggan milik nya lalu makan.

"Ya Allah, Ariesya! Mama dah ajar dahulukan suami dulu." Bidas Datin Mariam. Entah mengapa hari ni Datin Mariam selalu bebel kat dia. Period kot.

Ariesya memuncungkan mulutnya sambil menyenduk mee untuk Airell.

"Thanks baby." kata Airell dengan suara teramat manja dan mengukir senyuman kepada Ariesya.

Lol, what's wrong with him. So weird, getus hati Ariesya.

Ariesya rasa tidak selesa dibahagian leher lalu memegang leher jinjang. Datin Mariam perasan yang leher Ariesya ada sesuatu iaitu Lovebites!

Datin Mariam hanya tersenyum saja. Nakal sungguh menantu dia.

"Tak lama lagi, mama akan dapat cucu. Happy."  ujar Datin Mariam dengan gembira. Semua orang dimeja menoleh ke arah Datin Mariam dengan muka blur.

"Cucu? Siapa yang mengandung ni?"  Tanya Zakwan pelik. Datin Mariam lalu mata Datin Mariam memberi isyarat kepada Zakwan dan mata Datin Mariam menuju ke arah Ariesya. 

Airell perasan lalu tersengih. Dia tahu apa yang dimaksudkan oleh mak mertua dan Zakwan.

"Yang korang ni tersengih tak tentu pasal ni pahal? " Tanya Ariesya dengan mulut yang penuh dengan makanan.

Airell menarik nafas. Mukanya kembali serious. "Mama, papa, tengahari ni kami nak pindah rumah sendiri. Lebih senang kami nak dapat cucu."

Ariesya terbatuk. Pindah?

Apa ni!? Tak guna punya jantan!? Tak bincang dengan aku, bisik hati Ariesya.

Ariesya mengetap bibir seraya tangannya mencubit paha Airell. Airell menepis tangan dia. Bibir Airell tersenyum sinis.

Mr Mafia & Mrs Mafia ✔Where stories live. Discover now