bab 40 | buku

26.3K 1.2K 22
                                    

Ariesya's pov

Hampir setengah jam aku setia menunggu Misya di cafe yang terletak di Alamanda Putrajaya. Lambat betullah Misya ni. Perangai dia tak pernah berubah. Walaupun sudah berkahwin. Mia pun sama. Tak datang lagi.

Mata aku melirik ke arah air yang saja baru aku order. Fikiran aku melayang seketika. Masih bermain-main dalam fikiran aku tentang Mia beritahu pada minggu lepas.

"Sorry. Tadi jalan jem tadi. Pastu Arman suruh teman dia makan pulak tadi. Sebab tulah aku lambat." Kerusi didepan aku ditarik oleh Misya dan  melabuhkan punggung. Sambil itu tangan dia membawa buku yang nipis yang baru saja aku inform di dalam group WhatsApp.

"It's okay. Aku faham. Amacam OK ke K.O jadi bini Arman. Sudah seminggu kau jadi bini dia." Aku saja ingin tahu tentang relationship diorang. Busybody kan aku ni.

Apa kurangnya aku. Dia pun sama busybody tentang relationship aku. Siap ketawakan aku lagi.

Misya mengukirkan senyuman senang hati.

"Aku rasa lebih okay selepas kahwin. Sebelum kahwin tu perangai dia kan tak suka kalau aku goda dia. Tapi sekarang dia makin manja dengan aku. Tadi pun dia taknak pisahkan aku tau."

"Wow. Tak sangka pulak kan. Tulah kau ketawakan aku lagi. Jap. Mana Mia?" Tanya aku. Baru aku ingat yang Mia tak datang lagi.

"Baru aku tahu. Tadi pun dia seen je WhatsApp tadi. Aku tak tahu kenapa perangai dia pelik semenjak dia jumpa dengan kawan lamanya. Markas dia tak datang. Maybe Haikal tak suruh dia keluar lagi kot. Kan dia pregnant sekarang" kata Misya. Positive jelah.

Misya bangun dan pergi ke kaunter. Dia order air kot. Aku mengambil buku nipis lalu buka buku itu.

Aku membaca dari muka surat hadapan.

"Tekun betul ye kau baca tu." Celah Misya.

"Wait. Tengok ni. Ni semua pasal The Dragon kan." Tanya aku. Sepatutnya pasal group kitaorang. Dah ni kenapa pulak boleh jadi The Dragon? Buku ni ada magic ke apa.

Pantas tangan Misya merampas buku dari tangan aku. Reaksi dia terkejut. Dia terus memandang aku.

"Wei. Ni semua buku pasal The Dragon. Tapi...aku ambil dari atas meja ruang tamu tadi. Takkanlah aku terlupa ataupun aku salah ambil." Ujar Misya.

Wajah aku berkerut. "Kalau kau salah buku dari mana kau dapat ni. Macam mana buku ni ada di rumah kau? Itulah persoalannya."

"Arman? Dia yang ada dirumah tu. Tapi mana dia dapat" Tanya Misya lagi.

Aku pulak merampas buku dari tangan Misya. Aku buka buku itu dan aku terjumpa nama ketua The Dragon sekarang.

"Nilah. Bolehlah kita tahu tentang The Dragon" Tangan aku menunjuk nama ketua The Dragon. Tapi bukan nama penuh tapi nama singkatan.

"TAZ, HS dan AI. Okay ni apa ni. Tak fahamlah aku. Cubalah tulis betul-betul. Licik betullah diorang ni" Misya melepaskan nafasnya.

"Tapi sekurang-kurangnya kita dapat tahu rahsia diorang. Kita akan cari nanti ye. Biar aku bawa buku ni" aku tersenyum sinis. Biar aku siasat buku ni.

▊▊


"Apa!"

Airell dan Haikal terkejut apabila Arman beritahu yang buku dia hilang. Tapi yang dia ambil ialah rahsia buku The Fire.

"Aku terambil pulak. Tapi aku rasa diorang yang ambil" ujar Arman. Dia yakin yang Misya tersalah ambil buku.

"Ceh! Buku tu hanya kita je yang faham. Apa perlu nak ditakut. Lagipun kita pun tahu diorang tu ketua mafia juga kan." Kata Haikal dengan senang hati.

Airell memandang tajam ke arah Haikal. Sedap sangat Haikal berkata macam tu.

"Confident sangat lah kau ni. Entah-entah Mia tahu yang ketua mafia pastu dia tinggalkan kau. Baru kau tahu" hanya itulah fikiran Airell sekarang. Bagaimana kalau Ariesya tahu identity dia sebenarnya. Dia tak dapat hidup kalau Ariesya meninggalkan dirinya.

Arman mengaru kepalanya yang tidak gatal. So ini salahnya. Confirm dia akan dipersalahkan jika bini diorang tahu identity sebenarnya.

▊▊


Ariesya meneliti buku tentang The Dragon. Mewah sangat buku ni. Limited edition. Ni mesti sangat berharga bagi diorang. Menarik.

"Pie?"

Ariesya cepat-cepat sorokkan buku itu tepi paha. Ariesya mendongak ke arah Airell.

"Apa yang Pie sorokkan itu?" Tanya Airell.

Dalam hati Ariesya sudah kerisauan. Macam mana dia nak jawab soalan Airell? Dia buntu.

"Pie?" Tanya Airell lagi. Pelik betullah perangai isterinya. Wajahnya berkerut semacam.

"Oh tadi Pie fikir tentang anak kita...eh"

Cepat-cepat kedua belah tangan menekup mulutnya. Aduh. Tersalah cakap pulak.

Airell mengangkat alisnya dan tersenyum sinis.

"Pie pregnant eh?" Tanya Airell dengan gembira.

"Tak. Just terfikir tentang itu pulak"

Airell melabuhkan punggung di sebelah Ariesya. Tangannya memeluk pinggang Ariesya. Terus melemparkan buku itu di bawah meja.

Buk!

Airell terkejut dan memandang kiri kanan.

"Bunyi ap..."

Tiba-tiba Ariesya memeluk Airell dengan erat. Airell terus diam dan membalas pelukan itu. Untuk memastikan Airell tidak syak apa-apa.

"Bie" meleret Ariesya memanggil Airell.

"Kenapa"

"Rindulah"

Tangan Airell mengusap-usap ubun-ubun Ariesya. Airell meleraikan pelukan itu. Kini mata mereka memandang satu sama lain.

"Pie. Bie nak beritahu dengan Pie ni"

"Apa"

"But will you believe me?" Tanya Airell. Tangannya kini mengusap pipi Ariesya.

Kenapa dengan perangai Airell ni? Lain pulak jadi. Tapi kenapa aku rasa lain macam je, getus hati Ariesya.

"If I say I love you to you. Do you believe me? If you know everything about me?" Tanya Airell. Wajahnya serious. Dia menunggu jawapan dari Ariesya.

"Urmm... I don't know what to say. But if you love me. I will love you too. "

Wahai hati janganlah kau berdegup kencang kuat sangat. Nanti terkeluar.

"Saya cintakan awak. Ariesya Medina."









Done! Ni pun last minute aku buat ni. Idea pun semakin sikit. Perlu diperah lagi otak ni.

Don't forget to vote and comment.












Mr Mafia & Mrs Mafia ✔Where stories live. Discover now