Ariesya pov
Aku menarik muka masam. Aku meletakkan makanan kucing di atas meja. Telefon segera dicampaknya ke sofa. Aku terasa ada benda yang agak fluffy tergesel-gesel di badan ku.
Oh kucing. Aku terkedu! Kenapa ada kucing ni. 2 ekor. Sebelum ni mana ada kucing. Satu pun tak ada. Aku terus mengambil kucing itu dan meletakkan di riba aku.
"Comel ye!"
Kucing itu semakin manja dengan aku. Ala! Comel!
"Ehem" Airell berdehem sambil memeluk kucing di tangannya.
Ariesya diam. Ni mesti Airell. Siapa lagi kalau bukan Airell.
"Lambat balik. Dah lupa ke diri tu. Status kau sebagai isteri, so kau sepatutnya menyediakan makan malam untuk aku. Bukannya makan Maggi" ujar Airell. Kucing ditangannya dilepaskan.
"Eh. Aku pulak. Kau tu. Jarang balik rumah. Macam mana aku nak masak makan malam. Selalu membazir tau." Jawab aku balik. Well, nikan Ariesya. Takkan mengalah.
Airell menarik nafasnya. Mukanya kelihatan geram. Sabar jelah oi.
"Oky. Memang salah aku. Lepas ni aku nak kau masak untuk aku. Tak Kira kau lelah ke apa ke. Tu bukan hal aku. Jangan lupa esok aku balik petang. Aku nak kau balik awal daripada aku. Ingat tu!" Ujar Airell lagi sekali. Anak mata Airell memandang kesan lebam di lengan aku.Airell terus meninggalkan aku di ruang tamu.
Macam mana nak bahagia kalau macam ni. Dua-dua ego tinggi.
▊▊
Mia melangkah laju menuju ke butik. Dah terlambat. Ni mesti semalam tidur lewat. Matanya yang lebam. Mukanya yang tidak tercelit apa-apa foundation. Pucat!
Mia menolak pintu butik dengan kasar. Nafasnya naik turun.
"Hantu!" Jerit Ariesya.
"Wei. Aku Damia lah. Muka aku pelik ke?" Tanya Mia tercungap-cungap, dia duduk sebentar melepaskan lelah nya yang belum reda.
"Lain wei. Ingatkan hantu. Apsal kau tak datang malam tadi? Atleast ada message kat kitaorang" ujar Ariesya sambil meletakkan manik dibaju kahwin. Walaupun kerja ni susah. Tapi dia tak pernah give up.
Alamak! Patut ke aku beritahu kat dia ni. Better aku rahsia jelah. Nanti aku yang kena bahan hari ni , omel hati Mia.
"Aku...aku..aku teman kakak aku pergi shopping sebab tulah. Yang aku tak message kau phone aku habis battery" bohong Mia. Ariesya mengangkat alisnya.
"Mana Misya?" Tanya Mia.
"Oh. Dia tak ada hari ni. Dia ambil cuti. Dia demam." Kata Ariesya. Alone sentiasa. Nasib ada Mia. Huu.
Mia meletakkan begnya di kaunter selepas itu, mengambil baju di rak dan iron. Nanti costumer datang, mestilah cantik-cantik. Tak berkedut nanti. Dah tak cantik.
Kedengaran bunyi pintu ditolak. Pemuda itu melihat kiri kanan.
"Ehem" pemuda itu berdehem.
"Ye. Baju apa yang awak tempah?" Tanya Ariesya dan toleh ke belakang. What!? Airell and friends. Apa buat dia kat sini.
Mata Haikal meliar mencari sesuatu benda. Mereka kelihatan tampan. Rambut yang kemas. Lain! Ni mesti habis meeting.
"Saja. Lagi kitaorg baru habis meeting. Meeting di area sini je. Tak jauh pun" kata Arman sambil menampakkan gigi putihnya.
Ariesya masih terdiam.
"Ohh. Patutlah." Balas Ariesya.
"Kau sorang je ke?" Tanya Haikal. Matanya tidak berhenti mencari benda itu.
"Oh. tak. Dengan Mia je" jawab Ariesya.
"Boleh tak aku nak ajak Mia lunch?" Tanya Haikal tanpa ragu-ragu. Airell menjeling arah Haikal. Dah start sudah playboy ni
"Tanya punya badan dululah." Kata Ariesya.
"Ok. Aku on je" balas Mia. Ariesya terkejut! Entah dari mana dia ni datang. Silap hari bulan Ariesya terkena penyakit jantung. Selalu terkejut.
Haikal dan Mia terus pergi keluar dari butik.
"Oky. Aku nak pergi pejabat aku dulu bye" Arman membuka langkah nya sambil melambai-lambai mereka.
Airell dan Ariesya diam. Malas nak bersembang dengan orang ego tinggi.
"Oi. Kau ok ke tak sorang-sorang ni. Aku nak masuk balik pejabat aku ni. Takpakan. Take care."
Ariesya mengangguk dan menyalami tangan Airell. Tinggallah aku sorang.
▊▊Lebar senyuman Mia apabila Haikal dihadapannya. Ya. Memang Mia mahu mengajak Haikal lunch.
"Puas ke tak? Kau?" Mia tersenyum sinis.
"Puas?" Tanya Haikal.
"Yalah. Kau tak ingat ke semalam. Petang ni mak kau datang ke rumah aku untuk melamar. Haaa. Kenapa ni Haikal? Kenapa mesti aku juga yang kau pilih? Lagipun ramai lagi perempuan yang lebih baik daripada aku. And now. Perlu ke aku terima lamaran itu?" Kata Mia dengan sayu . Suara seakan-akan mahu menangis. Air matanya ditahan. Dia perlu kuat didepan lelaki ini.
"Oh. Yes aku puas! Aku nak pilih kau jadi sebahagian hidup aku. Sebab kau limited edition. Sebab tulah aku tertarik. Bulan depan kita kahwin.Kau perlu terima lamaran aku. Kalau tak, hidup kau akan merana!" Bentak Haikal. Entah mengapa dia rasa menyesal kahwin perempuan ini. Tapi apa boleh buat. Tanpa berlengah masa lagi. Haikal terus beredar. Makanan langsung tidak diusik.
Air mata Mia menitis. Kenapa mesti aku yang dia pilih. Takpa. Aku akan buat kau menyesal apabila kau kahwin dengan aku. Aku mengelap air mata aku yang dibasahi pipi. Aku tersenyum sinis. Itu janji aku.
Hai! Readers² yang kusayang. Tak sangka korang nak baca story saya ni. Terharu I!💗😂🙌 Lagi satu saya akan update story ni everyday! Hahaha
Ringan²lah tangan tu tekan simbol bintang dan comment ye
YOU ARE READING
Mr Mafia & Mrs Mafia ✔
RomanceTengku Airell Zafran Dia seorang yang mempengaruhi, kaya , bekerja sebagai CEO yang terkenal,licik tetapi bijak,mempunyai wajah yang tampan yang boleh tergoda kalau gadis tengok wajahnya, sangat kejam apabila musuh ditangannya dan dia mempunyai kerj...