"Tahniah"
Doktor itu mengucapkan tahniah kepada Ariesya dan Misya. Mia masih belum sedarkan diri. Keadaannya masih stabil.
Terpinga-pinga wajah Misya. Kenapa tahniah? Kenapa tak takziah? Eh teruknya. Misya menggeleng. Apa yang dia merepek ni.
"Mia pregnant 5 minggu" tambah lagi. Doktor senyum dan pergi dari situ. Doktor itu tahu yang mereka bertiga ialah ketua mafia. Dia tidak mahu berlama-lama kat situ. Dengan muka dingin mereka lagi. Seram.
"Oh. Baguslah. Kita dapat anak!" Gembira sungguh Misya. Macam dia pulak yang dapat anak.
Ariesya yang dingin berubah menjadi perempuan yang murahkan senyuman. Tak sangka Mia akan ada anak.
"Yeay!! Tak sabarnya ada anak" Ariesya bersuara.
Tanpa mereka sedari ada orang yang sedang memerhati mereka dari jauh.
"Ehem" lelaki itu berdehem. Ariesya toleh ke lelaki yang berdehem tadi.
"Pie pregnant ke?" Tanya Airell dengan nada terkejut.
"Ehh.tak. Pie tak pregnant Bie ni salah dengarlah" ujar Ariesya. Dia perasan wajah Airell berubah. Kecewa agaknya. Hmm.
Airell tersenyum. Dia tahu rezeki dia belum tiba masanya.Rindu dengan isterinya. Dalam sehari dia tak jumpa Ariesya. Rindu yang payah diubati.
"Habis tu. Siapa yang pregnant?"
"Mia" jawab Misya. Dia melihat kiri kanan. Airell seorang je. Mana pulak dua orang tu?
Airell angguk. Lalu dia duduk di kerusi yang berdekatan dekat situ. Manakala Ariesya dan Misya turut duduk sekali. Lelah juga rasa kaki. Dari tadi berdiri. Takut ada apa-apa yang terjadi pada Mia. Tak senang duduk.
"Bie sorang je ke?" Tanya Ariesya. Dia menoleh wajah Airell yang sedang leka bermain iPhone.
"Yep! Sebab Bie rindu dengan Pie. Kalau Bie tak jumpa Pie dalam sehari, Bie akan merana tau" Ujar Airell. Dia memberi senyuman yang manis. Entah mengapa dia rasa dia telah jatuh cinta dengan Ariesya.
"Ada-ada jelah Bie ni." Tersipu malu Ariesya mendengarnya. Sudahlah Misya disebelahnya. Confirm kena bahan pasni.
Misya tergelak kecil. Dia ni memang pantang kawan baiknya bersweet. Dia pasti akan ketawa.
Ariesya mencubit paha Misya. Rasakan cubitan ketam suri Ariesya. Hot and spicy!
Misya mengosok bahagian cubitan tadi.
"Sorry bro. Lambat" Arman duduk disebelah Airell secara tiba-tiba. Entah datang dari mana pun tak tahu. Suka sangat mengejutkan Airell. Tapi Airell tidak terkejut pun. Ini Airell ofclah.
"Mana Mia?" Tanya Haikal yang nada yang risau. Takut perkara buruk yang terjadi. Minta jauhkanlah saja.
"Dalam bilik. Dia pregnant and belum sedarkan diri. Doktor belum suruh masuk lagi" kata Misya.
Mereka melihat bahagian tangan Misya berdarah. Tetapi Misya tidak berasa apa-apa. Dia tidak kisah pun tentang tangan dia. Maybe kena something yang tajam ketika bawa Mia ke klinik.
"Oh my goodness! Tangan kau!" Ariesya baru perasan. Dia hairan kenapa mereka bertiga melihat Misya dengan tajam. Tanpa dia sedari, baju dia dan Misya dipenuhi darah. Patutlah bau darah terlampau kuat dan tak pernah hilang.
Habis! Apa nak beri diorang jawapan ni? Takkanlah baru pulang dari beli ayam. Ataupun bunuh orang. Ish ish ish. Tak boleh. Tak boleh.
Wajah mereka ingin menanti jawapan dari kitaorang.
YOU ARE READING
Mr Mafia & Mrs Mafia ✔
RomanceTengku Airell Zafran Dia seorang yang mempengaruhi, kaya , bekerja sebagai CEO yang terkenal,licik tetapi bijak,mempunyai wajah yang tampan yang boleh tergoda kalau gadis tengok wajahnya, sangat kejam apabila musuh ditangannya dan dia mempunyai kerj...