Ariesya's pov
Kenapa empuk sangat ni? Kan aku semalam tidur kat sofa ke. Aku terus membuka mata dengan perlahan. Aku toleh ke sebelah.
Airell. Bila masa pulak aku kat bilik dia? Ni mesti aku mengigau berjalan. Dari kecil sampai sekarang aku masih mengigau sambil berjalan. Aku bangun. Aku taknak Airell sedar.
Tangan aku ada seorang yang pegang dan tarik lalu aku berada bidang dada Airell dan tangannya memeluk pinggang aku. Dia ni sengaja ke? Aku cuba meleraikan pelukan itu. Tapi kuat sangat. Redha jelah.
Aku terasa dahi aku dikucup. Terus aku mendongak.
"Morning Pie" Airell memberi senyuman lebar. Cair terus wei.
"Morning. Lepaslah. Rimas"
Akhirnya Airell meleraikan pelukan itu. Aku terus berlari ke arah pintu.
"Macam budak kecil berlari macam tu. Tapi sebenarnya ketua mafia ish ish" Airell menggeleng. Macam manalah dia tu boleh jadi ketua mafia.
▊▊
Tangan Haikal bermain-main pen dihadapannya. Sambil itu dia membaca kertas yang baru saja diberi oleh Zikry. Zikry merupakan kawan sekolah menengah dia dulu. Boleh dikatakan bestfriend.
"Ni je ke" Tanya Haikal.
"Ada lagi. Kalau kau nak pergilah malam ni. Aku dengar isteri kau pregnant ke?"
Haikal angguk dan tersenyum lebar. Betapa gembira hatinya mendapat anak tak lama lagi. Lelaki atau perempuan dia tak kisah. Asalkan sihat.
"Ha ah. Happy giler aku. Macam ni rasanya dapat anak" ujar Haikal.
"Tapi isteri kau tahu ke yang kau ketua mafia?" Zikry mengecilkan matanya sambil memandang Haikal.
Haikal diam. Dia tidak tahu nak jawab apa.
"Belum lagi. Kalau aku beritahu yang aku ketua mafia. Aku rasa dia akan kecewa dengan aku kot. Tulah yang aku takut tu. Aku taknak kehilangan dia. Dia dah macam jantung aku. Kalau dia tak ada aku takkan hidup." Kata Haikal. Dia sangat cinta dengan isterinya. Kalau isterinya melarikan diri sebab tentang dirinya. Confirm dia akan merana.
"Aduh. Kenapa kau tak beritahu sebelum dia pregnant lagi?" Zikry menyoal.
"Malas. Tapi dia tu juga ketua mafia. Tulah aku taknak beritahu dia."
Wajah Zikry terkejut apabila Haikal mengatakan isteri dia pun ketua mafia.
"Okay. Ni dah parah. Aku tak tahu nak tolong kau. Kalau korang berdua ni dah tahu identity korang. Confirm berperang terus tambah lagi kalau dia tu musuh ketat kau" ujar Zikry.
"Hmm memang dia musuh ketat aku tapi...."
Bum!
Kedengaran bunyi barang terjatuh. Bergegas Haikal dan Zikry pergi ke tempat itu.
"Mia!"
Kelihatan Mia sedang mengambil barang terjatuh itu.
"Mia kau okay ke tak" Haikal menolong Mia.
"Okay. Sikit je. Aku nak keluar dulu. Bye"
Setelah Mia meletakkan barang ditempat asalnya lalu dia membuka langkah menuju ke pintu utama.
"Jomlah sembang lagi." Ajak Zikry. Haikal mengikut saja. Takkan lah Mia curi dengar kot.
▊▊
"Aku tak salah dengar"
Misya dan Ariesya tidak percaya apa yang dikatakan oleh Mia. Takkan Haikal tu tahu diorang ni ketua mafia.
"Betul"
"Kau ada bukti ke Haikal tahu semua tu. Kot kot kau salah dengar. Kau tu tengah pregnant. Maybe sebab tu." Ujar Ariesya. Biasalah perempuan pregnant. Perlukan banyak perhatian.
"Tak. Tapi aku dengar. Dia pun ketua mafia." Kata Mia.
Dia mahu kawannya percaya katanya. Apa lagi cara untuk kawannya percaya. Dia pun lupa nak record perbualan Haikal dan Zikry. Kalaulah boleh diputarkan masa. Dah lama Misya dan Ariesya akan percaya kata-katanya.
"Hmm. Takdalah kalau korang tak percaya"
Misya dan Ariesya serentak memandang sesama sendiri. Diorang bukannya tak mahu percaya tapi kalau dia dengar semua tu salah. Kan buang masa je.
"Nanti kita akan cari bukti ye. Aku percaya kata-kata kau tu tapi rasa was-was pulak." Ujar Misya. Perempuan pregnant ni cepat kecil hati. Emosi tidak teratur sangat. Kalau sedih sangat over pulak. Sabar jelah.
"Okay takpa. Yang penting aku nak makan kek cheese pulak." Terasa perut dia mahu makan kek cheese. Selama ini dia sangat anti sangat dengan kek cheese. Tapi ini tiba-tiba.
"Wow. Bila masa pulak kau suka kek cheese. Mahu jadi macam aku ke? Hantu cheese" kata Ariesya.
Ariesya sangat suka dengan kek cheese. Sedap sangat! Sebab tu Diorang gelar Ariesya hantu cheese.
"Hahaha.. ingat kau sorang je yang suka kek cheese. Aku pun. Tapi tak macam kau. Kalau seminggu tak makan. Terus kemurungan. Aih pelik betul" sindir Misya. Siapa tak kenal Ariesya.
"Dahlah kita nak shopping lagi pasni. Cepatlah habiskan air tu." Marah Mia.
"Okay mommy to be" serentak Ariesya dan Misya berkata begitu.
Tak sabar-sabar nak anak buah. Dah tua sudah diorang. Tak pa itu tak penting, yang penting sekali, muka diorang sentiasa muda.
Well done! Akhirnya sempat juak kamek polah tok. Dah keluar bahasa lain pulak. Okay bye.
Ringan²lah tekan simbol bintang tu and comment ye.
ANDA SEDANG MEMBACA
Mr Mafia & Mrs Mafia ✔
RomanceTengku Airell Zafran Dia seorang yang mempengaruhi, kaya , bekerja sebagai CEO yang terkenal,licik tetapi bijak,mempunyai wajah yang tampan yang boleh tergoda kalau gadis tengok wajahnya, sangat kejam apabila musuh ditangannya dan dia mempunyai kerj...
