bab 39 | kawan

27.6K 1.2K 40
                                    

Alhamdulillah. Semuanya sudah selamat. Cincin pun sudah disarung di jari manis Misya. Majlis yang dibuat secara sederhana ini nampak meriah. Masing-masing bersembang setelah menjamu selera dengan juadah ringkas yang disediakan kedua belah pihak. Sambil kuih yang terhidang di atas meja. Ariesya memandang wajah Misya yang sentiasa senyum. Yelah pengantin perlulah senyum.

Ariesya mendekati Misya yang memperbetulkan bajunya. Arman pula disamping Misya. Dari tadi berkepit je dengan Misya. Tak larilah bini dia tu.

"Oi babe!"

"Eh! Ariesya? Kau sorang je k?" Tanya Misya. Arman terus meleraikan pegangan tangan Misya.

"Ha ah. Aku sorang je" jawab Ariesya dengan ringkas.

"Misya, Areisya. Aku nak jumpa kawan sekejap." Kata Arman. Misya tersenyum lebar apabila Arman hilang dari pandangannya.

"Where's Mia and your husband?"

"Dia terjumpa dengan kawan sekolahnya. Airell pula jumpa dengan kawannya. Tinggallah aku seorang je. Kesiankan."

"Oh. Sian dia ye. Takpa takpa. Aku kan ada. Sentiasa teman kau babe!" Misya memeluk tubuh Ariesya. Dialah kawan selamanya.

Ariesya dengan Misya ni dikira paling rapat antara Mia. Dari tadika dulu mereka berkawan baik. Sampailah sekolah menengah sebelum datangnya Mia.

"Okay. Dah. Apa perasaan kau sekarang. Syok? Happy? Excited? Sad? Angry?" Soal Ariesya. Takut pulak Misya ni sedih. Sudahlah ada musuh yang merancang mereka berdua kahwin.

"Hmm entahlah. Tapi aku nak hidup time sebelum kahwinlah. Sekarang dah bersuami. Keluar pun nak minta izin. Camni perasaan sudah berkahwin." Ujar Misya.

Dia rindu akan masa sebelum kahwin. Belum puas lagi dia untuk enjoy. Tapi dia tak tahu sama ada Arman ni tegas ataupun tidak.

"Haa kann. Susah bersuami ni. Senang je kalau kau nak minta izin kalau Arman tu tak suruh. Kau perlu manja dengan dia ke. Goda ke? Camtulah baru kau dapat keluar."

Dengan cara itulah Ariesya dapat izin daripada Airell. Kalau tak buat macam tu, alamatnya tak dapatlah nak keluar.

Misya mengangkat alisnya. Okay. Dia akan cuba cara Ariesya itu. Walaupun memalukan.

"Hello Mrs Arman Iskandar!" Sapa Haikal.

Kan betul sangkaannya yang Misya akan ada title itu nanti. Termakbul juga doa dia.

"Hahaha mulut masin  betul ye kau ni." Kata Zul. Dia juga merupakan kawan mereka.

"Entah nya. Tapi baguslah aku ni malas nak cari calon. Thanks sangat dengan mulut masin kau tu" puji Arman. Dia malas nak menyusahkan diri untuk cari calon lagi. Kalau nak tahu jodoh pergi jumpa dengan Haikal.

"Eh siapa ni? Sebelah wife kau tu. Single ke?" Tanya Zikry pula. Dia first time bertemu dengan Ariesya.

"Perempuan tua ni ke? Ohh. Dia ni dah berpunya. Kau lambat sangat." Kata Misya. Wajah Ariesya merenung tajam ke arah Misya. Perempuan ni nak cari nahas ke.

"Apa kau ni Zikry. Dia ni bini Airell." Arman tersenyum sinis.

"Bertuahkan aku." Bangga Airell mendapat Ariesya.

"Ohh. Takpa. Kalau ada kawan perempuan yang cantik giteww. Beri no.phone ataupun no.phone korang berdua ke?" Kata Zikry. Sengaja je nak usik bini orang.

"Ha.ha.ha. lawaklah kau ni. Harap muka handsome tapi miang. Ada ke perempuan suka lelaki miang.Dahlah aku pergi ke tandas dulu. Bye buaya darat. Nanti kalau kau nak kahwin jemput aku ye." Sindir Areisya. Biarlah dia terasa. Ada dia kisah. Siapa suruh gatal sangat.

"Eleh. Berbisa betul mulut dia tu."

"Dia memang camtu. Janganlah hairan sangat. Anak bongsu memang puaka sikit mulut. Maaf ye" Ujar Misya. Aih kawan die sorang ni. Beri malu betullah.

▊▊

Luas betullah rumah Misya ni. Antara kami bertiga Misya yang paling kaya. Tetapi dia tidak sombong pun.

Sebelum Ariesya masuk ke dalam tandas. Dia terdengar perbualan Mia dan kawannya.

"Apa kau ni. Mia! Kau masih berkawan dengan Ariesya dan Misya tu ke. Kau tahukan kita ni benci dengan diorang tu." Ujar Linda.

Linda ialah kawan baik kepada Mia. Dia sangat dengki dengan Ariesya dan Misya. Disebabkan dia tidak mahu mendekati Mia yang nerd dulu. Dia malu berkawan dengan Mia. Sebab tulah Ariesya dan Misya keputusan untuk memasukkan Mia dalam group mereka.

"Mulut kau tu! Kau tinggalkan aku time sekolah dulu. Kau ejek aku. Kau buli aku. Kau ingat aku takda perasaan ke? Disebabkan dioranglah aku cantik and kaya macamni. Fake friend kau ni. Aku ingat kau nak ikhlas kawan dengan aku walaupun aku ni nerd. Tapi semua adalah salah!" Air mata Mia sudah mula bertakung. Tapi hanya ditahan saja. Dia tak mahu bernangis didepan kawan sehidup sematinya dahulu. Semua talam dua muka.

"I'm sorry."

"Bye. Aku harap kau bahagia." Mia terus melangkah keluar dari situ.

Ariesya mengintai di sudut yang tersembunyi. Dia pun mula rasa bersalah terhadap Mia. Tak sangka Mia mempunyai kisah silam yang amat menyakitkan hatinya.

▊▊

Misya menanggalkan crown di atas kepalanya. Rimas. Dahlah berat. Mukanya agak pucat. Dia hairan kenapa Mia langsung tidak bertegur dengannya. Ariesya pulak hanya disamping Airell dan tidak juga bersama dengan Mia. Pelik betul.

"Hoi! Termenung jauh ke?" Tegur Arman. Dari tadi dia memerhati Misya yang tengah mengelamun. Entah apa yang dia fikirkan.

"Eee. Apa hal kau ni? Kepala aku tengah serabut ni. Ish." Marah Misya.

Misya pantang apabila seorang kejutkan dia apabila dia sedang berfikir. Tapi dia boleh pulak kalau terkejutkan orang.

"Aip... you can't use 'kau-aku' between us. Understand!"

"So what I should I call you?" Tanya Misya. Haa nak speaking sangat kan. Ambik kau!

"Hmm..I want to be like a real husband and wife. Ataupun kau panggil aku abang ke. Kan sweet tu" ujar Arman.

"Ehh taknak! Tu yang normal. Macam baby ke bebu ke babun ke babi ke...ops" Terus Misya menekup mulutnya menggunakan kedua belah tangan. Salah cakap pulak.

"Apa...yang terakhir tu. Eee bosan betullah kau ni. Takpalah." Malas Arman mahu melayan.

Arman duduk di birai katil. Wajahnya terus masam. Merajuk ke? Dia nak minta pujuklah tu.

Misya menghampiri Arman dan duduk disebelah dia.

"Merajuk ke? Janganlah merajuk" Misya memegang tangan Arman.

"Oh yes! Aku tahu!"

"Kenapa?"

"Aku nak panggil kau fluffy." Arman mengukirkan senyuman lebar dan membalas pegangan Misya.

"Fluffy? Kenapa pulak?"

"Sebab kau gebu, comel!" Puji Arman. Terus muka Misya merah. Kembang hidung.

"Aku pulak beri kau nama Tiger. Arghh!"

"Tiger?"

"Sebab kau ganas sangat. Hahahaha."

"Boleh juga. Sebab Tiger ni kalau jumpa dengan bininya terus terkam. Nak ke aku terkam kau." Sudah datang pulak miang lelaki ni. Arman mencuit hujung hidung Misya.

"Gurau je. Milky tu sesuai untuk kau. So tu jelah. Bye. Fluffy nak mandi dululah. Bye Milky." Misya berlari menuju ke arah tandas. Terjatuh kang. Tak sia-sia Arman dapat tayangan free. Baju ketat sangat.

Lagi sekali Arman tersenyum. Boleh tahan juga Misya ni. Kenapa time ni baru dia perasan yang Misya ada rupa paras yang menawan.



Well done! idea sekarang ni tengah banyak yang keluar. Byeeee!! Tq for support me. Terharu I.

Don't forget to vote and comment.

Mr Mafia & Mrs Mafia ✔Where stories live. Discover now