epilog

36.9K 1.5K 150
                                    

Ariesya's pov

Semenjak aku memakai tudung. Misya dan Mia juga ikut pakai tudung. Semua dah insaf. Insaflah konon tapi masih lagi bersikap kejam dengan orang yang cari pasal dengannya. Sikap kejam memang takkan tersemai dalam hati.

Sejak itulah sikap Airell berubah. Selalu sibukkan diri. Aku ada dirumah dia tak ada. Dia ada aku tak ada. Pelikkan. Dah 1 minggu dia bersikap macam tu. Tak siapalah yang tak risaukan suami tak mahu berjumpa dengan kita.

Aku pun salah juga. Sebab dingin sangat dengan dia tu. Ha dah kena, baru nak mengeluhlah apa. Tak ada gunanya juga.

"Wei, aku serabut ni!" Kata aku tiba-tiba. Phone aku dicampak begitu saja di atas meja. Pecah? Takkan pun. Phone aku kan mahal. Hahaha poyo.

Misya dan Mia yang tekun bermain game dalam phone terserentak. Dah mula dah dia ni. Diorang dah faham perangai aku semenjak seminggu ni. Jerit tak tentu pasal.

Anak? Ha diorang dihantar rumah parents masing-masing. Kata rindu cucu.

"Asal kau ni eh? Gila ke? Jerit macam orang lari laki." Marah Mia. Geram juga. Orang tengah focus nak menang dia pula boleh jerit tiba-tiba.

"Aku serabut ni. Airell tu. Aku chat dia seen je. Oh my god. Dia tu nak cari pasal ke."

Bibir Misya mengukirkan senyum sinis. Sebab Airell. Tulah ego. Padan muka.

"Padan muka kau! Kot-kot dia ada perempuan lain. Tulah kau dingin lagi kat dia tu. Tengok cam aku ni tak dingin pun dengan Arman. Sebab aku cintakan Arman tau. Kau tu?" Sindir Misya. Memang dia sengaja sakitkan hati aku. Argh. Peduli.

"Hmm btw malam ni kau pergi berkemas tau malam ni. Ada party. So korang perlu datang. Wajid ni." Kata Mia sambil mengenyit mata ke arah Misya.

Misya terlupa tentang plan diorang. "Oh ya. Malam ni ye. Petang ni kau berkemas cantik."

Aku mengeluh malas. Party? Mood macam ni nak pergi party. Memang tak ah. Orang tengah badmood diorang pula yang ajak pergi party pastu berkemas cantik.

"Malaslah. Siapa yang jaga Azyan ni? Malam pula tu. Memang taklah." Bantah aku. Aku sengaja cari alasan pun. Aku guna alasan nak jaga Azyan je.

"Tak boleh! Azyan you no need to worry. Ada orang yang akan jaga Azyan. Jomlah Ariesya. Please!" Misya merayu pada aku. Dengan muka dia tu buat-buat comel. Buruk adalah.

Ariesya mengambil phone yang dicampak aku tadi. Makin lama aku duduk dengan diorang makin tulah diorang nak ajak aku pergi party.

Mia menarik tangan aku. Aku berpaling malas.

"Kau tak sayang kat kitaorang ke? Kitaorang buat party untuk kau. Special sangat. Tolong. Kali ni je." Sekarang giliran Mia lagu merayu. Aku takkan termakan rayuan korang.

"Aku kata taknak. Taknaklah. Berapa kali aku kata. Sejuta." Aku menarik tangan aku kasar kembali. Apabila aku nak langkah sekaki. Aku berasa bersalah. Aku taknak kehilangan kawan lagi. Cukuplah hanya sekali.

Aku memusing badanku "okay aku ikutlah pergi party."

Misya dan Mia memberi senyuman manis. Gembiralah tu.


Mr Mafia & Mrs Mafia ✔Where stories live. Discover now