SPECIAL CHAPTER

32K 1K 71
                                    

Memandangkan ramai readers yang nak aku buat special chapter..Aku akn buatkan dengan korang ye dengan penuh kasih sayang. Pastu aku akan published my new story . Take note.

💕💕💕💕

Ariesya's pov

Fikiran aku masih lagi bermain-main luahan isi hati Airell pada bulan lepas. Setelah Airell meluahkan isi hatinya kat aku. Aku dilayan macam puteri walaupun sebelum adanya Azyan, Airell pernah luahkan isi hati. Tapi bulan lepas macam lagi special.

"Mama, what are you thinking about?" Tanya Azyan entah dari mana datangnya.

Aku terserentak.

"Nothing. Mana Papa?" Tanya aku balik. Tadi Azyan baru je bermain dengan jiran sebelah bersama dengan Airell. Hampir setiap petang Azyan bermain dengan jiran sebelah. Bagaikan adik beradik.

"Sayang, berkemas sekarang boleh tak? Kita nak pergi dinner dengan manusia. Kalau lambat. Tinggal." Awal-awal lagi Airell sudah remind aku. Aku ni kalau bermakeup ambil masa juga eh. But bukannya sampai 2 jam pun 1 jam je. Tu pun masih ada yang tak kena.

Aku angguk faham. Azyan dan Airell masuk ke dalam bilik air. Diorang berdua memang rapat semenjak aku dan Azyan tinggal serumah dengan Airell. Betul-betul Airell sudah berubah. Solat pun dah tak tinggal macam dulu. Menjadi ketua The Dragon masih lagi tetapi membunuh tidak ada lagi dia buat.

"Manusia? Apa tu?" Sengaja aku tanya balik. Manusia? Siapa tu? Binatang ke? Banyak sangat persoalan aku dalam otak ni. Airell pun satu dia taknak layan aku terus dia masuk dalam bilik air.

Tanpa berlengah lagi, aku nak iron baju dulu. Takut kena tinggal suami pula kan.

Ops lupa, Airell takkan tinggal aku. Setia hanya seorang. Cewah bangga dapat suami macam tu.

Suasana sepi di dalam kereta. Airell sedang focus dalam memandu. Manakala Azyan pula tengah minum susu. Azyan ni tak dapat dipisahkan susu dengan dirinya.

Aku malas nak bercakap dengan Airell. Tak ada mood. Tengah period pain. Sakit sangat tau.

"Sayang? Asal diam ni? Sakit eh?" Airell menyoal aku prihatin sambil itu dia memegang tangan aku.

"Yelah. Sakit sangat ni. But it's okay. Tak lama pun." Jawab aku.

Beberapa minit kemudian suasana kembali sepi. Aku hanya termenung kat tingkap. Sudah sejam lebih kitaorang kat dalam kereta. Jauh benar.

Aku terpegun melihat pandangan di luar tingkap. Cantik. Lautan yang luas dan biru.

"Kita nak pergi mana ni? Cantik betul pandangan kat sini. Tenang ni je."

"Ni kita pergi ke Pantai Morib. Saja je nak luangkan masa dengan family aku ni. Selalunya aku busy je memanjang je." Ujar Airell.

Jangan pelik eh yang aku dengan Airell ni menggunakan panggilan 'kau-aku'. Tapi dia panggil aku sayang, Pie or baby. Sweet tak. Eheks.

"Even me too."

Kitaorg sudah sampai tempat yang dituju. Akhirnya. Sakit punggung duduk lama sangat. Duduk pun lelah.

"Wow. It's really great!" Kata Azyan gembira. Lalu dia berlari tak jauh dari aku. Airell pula mengambil barang di bonet kereta.

"Ariesya! Kau dah sampai. Lambat betul." Laung Mia dari jauh. Aku menoleh ke arahnya dan tersenyum girang.

"Eh korang semua pun ada kat sini? Apa ni? Tak bagitahu aku pun pasal ni? Kejam betul eh korang ni."

"Sorry baby. Aku nak bagi kau surprise je." Celah Airell.

Dia ni suka masuk campur percakapan aku dengan sesiapa pun. Lantaklah dengan kawan ke apa. Mesti dia penyibuk. Katanya jealous.

"Jomlah makanan dah ready  tu. Nak tunggu korang lagi ni."

Aku mengukirkan senyuman lagi sekali. Murah betul senyuman aku time ni.

Setelah kitaorg menjamu selera. Misya kata ada sesuatu dia nak bagitahu.

"Misya, apa yang kau nak bagitahu?" Tanya Mia.

Misya tersengih menampakkan gigi putihnya.

"Aku pregnant."

Aku menekup mulut aku menggunakan dua belah tangan. Kawan aku lagi sorang ni ada anak kedua. Happy ye.

"Baguslah. Tambah lagi family korang ye, Misya, Arman. Nampaknya Imran ada adiklah pasni." Kata Haikal.

Misya dan Arman tersipu malu. Suka sangat kitaorg menyakat pasangan itu.


"Sakit badan aku."

Kitaorg menempah resort berdekatan dekat pantai. Malas nak drive jauh. Dahlah malam lagi tu.

"Ala tak bolehlah nak buat projek ni kalau sayang sakit badan." Mengeluh Airell sedang tidurkan Azyan.

Aku berpaling. Aku kerutkan muka. Projek apa pulak ni?

"Projek?"

"Yelah. Projek. Projek menambahkan ahli keluarga kita. Lebih senang lagi nak tambahkan adik-adik Azyan." Kata Airell sambil senyum miang. Dah mula dah miang dia ni.

Aku membaling bantal ke muka Airell. Padan muka.

"Maaf ye suami ku tercinta. Kita tak dapat buat ehem ehem tu. Hari ni sayang period. Anda faham?"

Baru tadi dia tanya pasal period tadi. Memang pelupa betul suami aku ni.

"Please. Kali ni je. Tak sayang ke dengan suami sayang ni yang nak dibelai isterinya." Dah dia buat perangai.

"Eeee! Yelah yelah. Sekejap je. Tutup lampu."

"Yes!"

Amboi gembira sangat dia ni. Melompat-lompat lagi tu.

Macam tu je cerita kehidupan aku dan Airell. Bosankan? Hidup aku dan Airell hanya satu saja. Iaitu kepercayaan terhadap satu sama lain. Barulah kukuh istana aku dan Airell.

Tamat

Okay nilah SPECIAL CHAPTER tu.
Bosan kan.

Raisha Munirah sudah dipublish dah. Baca and vote ye. Bye











Mr Mafia & Mrs Mafia ✔Where stories live. Discover now