Sudah 3 minggu berlalu, masih lagi belum dapat jumpa siapa yang telah membuat plan terhadap Arman dan Misya. Tiga hari juga Ariesya memendam rasa tidak puas di hati. Dia mesti jumpa siapakah orang itu.
Ariesya sedang mencari fail di almari yang terdapat sejarah The Fire. Ini mesti ada kaitan dengan peristiwa yang lalu. Dia mengambil fail berwarna merah. Senarai semua anak buahnya.
Dia membelek-belek isi fail itu.
"Winie, Alia dan Yanilda yang boleh tolong aku untuk cari bukti ni." Ujar Ariesya.
Tok! Tok!
Ada seorang yang mengetuk pintu. Pintu itu dibuka laju. Berpakaian hitam yang tidak menampakkan wajahnya. Dia menghampiri Ariesya.
Ariesya mendongak " Winie?" Dia memanggil nama tersebut.
Perempuan itu memcabut menutup mukanya dan tersenyum. Hebat sungguh Ariesya meneka dirinya.
"Ceh! Pandai kau ye" Winie tersenyum sinis sambil menghulurkan tablet kepada Ariesya.
Ariesya mengambil tablet yang diberi kepada Winie. Tablet itu dibuka dan menuju ke video. Video itu menunjukkan seorang lelaki meletakkan serbuk di air Misya. Nampak seperti lelaki itu macam pelayan. Terus lelaki itu membawa dulang menuju ke meja mereka. Air yang diletakkan serbuk itu telah diminum oleh Misya. Lelaki itu menghilang.
"Ini adalah rakaman CCTV di restoren yang kau makan dengan Misya tu. Dan aku pula mendapat rakaman CCTV restoren Airell dan Arman makan malam tu. Juga lelaki yang sama" terang Winie sambil melabuh punggungnya di kerusi berhadapan dengan Ariesya.
Wajah Ariesya seakan-akan bertenang. Tetapi dalam hati sudah mahu terbakar.
"Lelaki itu merupakan orang suruhan Alex" tambah lagi Winie.
"Ohh. Ni semua plan Si Alex tu ke? Mana lelaki tu? Sudah jumpa belum?" Tanya Ariesya bertalu-talu. Tangannya menutup tablet dan menyerahkan kembali kepada Winie.
"Ada. Baru je tangkap pagi ni. Sekarang berada ni markas. Orang-orang kita uruskan dia" ujar Winie sambil tersenyum.
Ariesya hanya mengangguk faham. Dia bangun dari kerusi.
"Petang ni kita kumpul dan beritahu Mia dan Misya pasal ni. Aku taknak lambat. Sekarang juga kau beritahu" ujar Ariesya sebelum dia beredar dari situ.
"Okay boss Ariesya!" Jawab Winie setelah Ariesya menghilang dari pandangannya.
Uish. Tegasnya. Bagus betul dia jadi ketua mafia. Even dia pun garang tapi tak segarang Ariesya. Seram! Lagi-lagi mata Ariesya memberi pandangan yang tajam ke arahnya. Terjatuh jantung.
▊▊
"Syira..."
"Yup!" Laju Syira menjawab. Berpaling sambil tersenyum manis. Mesti ada berita ni. Confirm!
Alex pula dari tadi tersengih. Senyum pun tak habis-habis.
"Plan kita berjaya!" Kata Alex sambil berlompat-lompat. Perangai dia macam budak rebena.
Syira mengaru kepala yang tidak gatal. Dah kenapa dengan si Alex ni? Apa yang buat dia happy macam tu?
"Kau ni gila eh!"
"Tak. Plan kita tentang Arman dan Misya tu. Diorang dah masuk perangkap. Aku dengar lagi diorang nak berkahwin. Tak sia-sia kau beli ubat tidur dan tak sedarkan diri tu." Ujar Alex. Sememang dia yang terfikir untuk membuat perangkap untuk Arman dan Misya. Akhirnya berjaya juga.
"Oh yaka! Baguslah. Inilah Syira Munirah. Perempuan yang terhebat di Asia." Bangga Syira berkata begitu.
Itu memang betul apa yang dikatakan itu. Dia pernah mendapat gelaran perempuan terhebat di Asia selepas kematian kakak kembarnya. Tapi dia ingin merampas gelaran ketua mafia yang terkejam yang kini diambil oleh Ariesya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Mr Mafia & Mrs Mafia ✔
RomanceTengku Airell Zafran Dia seorang yang mempengaruhi, kaya , bekerja sebagai CEO yang terkenal,licik tetapi bijak,mempunyai wajah yang tampan yang boleh tergoda kalau gadis tengok wajahnya, sangat kejam apabila musuh ditangannya dan dia mempunyai kerj...
