bab 30 | cedera

30K 1.2K 39
                                    

The Cool gegirl

Misya
Oi! Kenapa sunyi ni? Mentang-mentanglah korang ni ada husband. Sampai hati korang buat aku macamni😥

Melihat ada mesej masuk ke laman sembang WhatsApp yang sudah Ariesya tetapkan di dalam iPhonenya, segera Ariesya mencapai iPhonenya di atas katil.

Ariesya
Hahaha, mana ada. Aku sekarang menonton TV ni. Bosanlah duduk hotel ni. Airell tu selalu menghadap laptopnya saja.

Misya
Aku tahu! Apa kata kita berdua keluar. Bukan selalu kita pergi Perlis kan. Esok kan dah balik KL. So time nilah kita luangkan masa kita.

Mia
Sorry korang. Aku ni busy time ni. So tak dapat aku keluar dengan korang.

Ariesya
Aku on je. Pukul 7 malam. Jumpa kat lobi. Takpa Mia kau kan pengantin baru so busylah kan.

Misya
Okay. Jumpa nanti. Pengantin baru kan mahu berkepit dengan Husband dia eh eh.

Ariesya tersengih. Airell menutup laptopnya dan melihat Ariesya yang tengah tersengih.

"Apasal kau ni? Macam orang gila je aku tengok dah kau ni. Chat dengan boyfriend ke?" Tanya Airell yang berada disebelah Ariesya.

Ariesya mendongak. iPhonenya diletak di tepinya.

"Taklah. Airell. Boleh tak aku keluar dengan kawan." Tanya Ariesya. Harap-haraplah dia boleh izinkan. Susah betullah kalau sudah ada husband mesti minta izin dulu. Kalau single keluar sukati pun boleh.

Airell mengangkat alisnya " lelaki? Aku tak izinkan."

"Yes. Dengan Arman"

"Apa! Aku tak izinkan. Arman tu bukan suami kau. Kenapa kau tak ajak aku?" Bebel Airell. Sakit telinga Ariesya.

"Aku gurau je. Aku keluar dengan MISYA" Sengaja Ariesya menekan nama Misya. Biar tahu aku keluar dengan siapa.

Airell terus diam. Airell bangun dan mengambil iPhonenya di tapi laptopnya. Dia duduk di sisi katil.

Ariesya mengambil tuala yang berada di kerusi dan masuk ke dalam tandas.

"Ariesya, Ariesya." Airell menggeleng kepalanya.

▊▊

Ariesya menunggu Misya yang tidak sampai-sampai lagi. Janji pukul 7 tapi 7:30. Ni aku tak suka kalau keluar dengan Misya ni. Kalau lambat memang tak sah.

"Hahaha! Kesian ye dia. Tadi bukan main lagi terburu-buru tapi masih tunggu kawan" Airell tergelak. Arman pun begitu.

"Oh yake. Hahaha. Laju lagi kita berdua ni. Jomlah nanti lambat pulak"

"Bye baby. Love you" Airell mengenyit mata ke arah Ariesya

Ariesya membuat mata rolling eyes. Mahu termuntah dengar ni.

"Hoi!"

"Tembak kang!" Jerit Ariesya. Misya tersengih.

"Alolo kesian ye dia. Sorry tadi aku ada hal tadi" Misya meminta maaf.

Ariesya bangun dan keluar dari hotel. Malaslah nak melayan perempuan tu.
Misya mengikut Ariesya dari belakang sambil itu menunggu grab car datang.

Mr Mafia & Mrs Mafia ✔Where stories live. Discover now