bab 7 | bilik

40.6K 1.4K 109
                                    

Selepas habis saja upacara majlis akad nikah, Ariesya berasa sungguh lelah dan tidak bermaya. Dia terus pergi ke arah Datin Mariam.

"Mama, boleh tak Ariesya pergi naik atas? Nak rehatkan badan kejap." Ariesya bertanya dengan Datin Mariam.

Puan Sri Nadzirah hanya memandang Ariesya dengan penuh simpati. Kesian dengan menantu dia. Seharian senyum lepas tu bergambar pulak.

"Tak apa, biar mama dan mummy yang uruskan semua ni ye." Puan Sri Nadzirah mengusap-usap kepala Ariesya. Ariesya tersipu malu. Of course, mak mertua sangat baik dengannya. Beruntung betul dirinya. Tapi bagaimana dengan anaknya pula? Sama dengan maknya.

"Ye, you can go." Kata Datin Mariam lembut.

"Thanks mama ku dua orang. Hehehe." Guman Ariesya. Laju dia pergi ke anak tangga. Tak kisah dah pasal tetamu lagi. Yang penting dia nak pergi bilik. Nak katil.

Pada masa yang sama, Airell mencari kelibat Ariesya. Manalah budak ni pergi aduhh. Menyusahkan orang betul. Belum sampai sehari nak menyusahkan dia.

"Tengku Airell Zafran." Sapa lelaki yang menyentuh bahu Airell dari belakang. Airell menoleh kebelakang. Sapalah yang sukati sentuh dia ni.

Airell diam lima saat. Nak cam muka lelaki itu. "Zakwan?" Tanya Airell untuk kepastian.

Zakwan angguk laju. Wei, tak sangka jumpa kawan lama di bangku sekolah dulu. Rasa macam mimpi. Hakikatnya bukan mimpi.

"Akulah. Lama dah tak jumpa kau, Airell. Apa khabar kau sekarang? Eh jap, kau ke ketua The Dragon tu?"

"Yes! Baik je sekarang. Kau buat apa kat sini? Tahu jugak ye kau hari akad nikah aku." Kata Airell tenang. Perlu jaga identiti sebagai ketua The Dragon.

Zakwan masamkan muka. Tak guna punya adik ipar. Abang bini sendiri pun tak kenal. Kang kena ketuk guna periuk mak.

"Abang ipar sendiri pun kau tak kenal? Suami jenis apa kau ni eh?" Geram Zakwan dibuatnya.

Airell terkejut. Kawan waktu sekolah dulu yang sama umur dah jadi abang iparnya. OhOHo. Dunia ni kecil sangat.

"Seriously wei kau ni abang ipar aku...hahaha btw aku nak pergi bilik dulu nak tidur. Malam pertama ni. Terlepas aku nanti." Airell menepuk-nepuk bahu Zakwan. Bibir Zakwan dah tersenyum sinis. Ceh. Dah nama pun lelaki.

"Kau jangan kasar sangat dengan adik aku. Dia tu still virgin." Bisik Zakwan.

Airell tergelak. Still virgin dia ye. Memang pandai jaga diri.

Ariesya melihat sekeliling biliknya yang dihiasan bunga-bunga yang berwarna putih. Kakinya terus melangkah ke meja solek miliknya dan melabuhkan punggungnya di kerusi solek.

"Mamat pelik tu jadi suami aku. Habis aku kali. Susahlah nak keluar malam." Mengeluh Ariesya. Dia terus mengambil tuala di sudut bilik. Melekit satu badan. Tak selesa.

Beberapa minit kemudian,Airell memasuk kedalam bilik. Matanya terus mencari kelibat tubuh isterinya.

"Mana pulak minah tu pergi? Mandi kot." iPhone yang berada ditangan Airell terus di on kan. Airell lalai bermain phone. Main ML semestinya sudah serasi dengan hidupnya.

Ariesya melangkah ke arah pintu  tandas.

Krek!

Ariesya memakai tuala yang menampakkan paha putih, dada yang gebu dan leher jinjangnya. Dia berdiri di depan cermin. Dia tersengih sendiri. Cantik badan dia. Bertahun-tahun jaga makan.

Airell hanya memandang dari jauh tanpa sedari Ariesya.

"Sejuk er.." matanya terus melihat kelibat Airell. Airell pergi mendekati kearah Ariesya. Mata Airell meliar melihat dada gebu Ariesya. Hey perempuan ni. Dia lelaki tulen. Kang terkam.

"Kau ni dah kenapa? Tak pernah tengok perempuan lepas mandi." Ariesya melihat anak mata Airell dari tadi melihat bahagian dadanya.

Mata Ariesya membulat. Eww. Kenja betul mamat pelik ni.

"You're jerk!" Ariesya mahu menolak Airell ke tepi. Pantas Airell menolak badan ke dinding. Sakit.

Ariesya menggigil. Apa mamat ni nak buat kat dia? Mama tolong!!

"Apa kau nak buat ni mamat pelik!?" Bergetar-getar suara Ariesya. Dia tak berani bertentang mata dengan Airell.

"So what, you're my wife. I can do anything with you. Kau takut?" Airell membisik lembut di telinga Ariesya. Meremang bulu roma.

Tangan Airell menyentuh bibir Ariesya. Pink. Cantik. Airell mendekati mukanya ke muka Ariesya.
Ariesya tak payah tanya lagi muka dah pucat macam hilang darah.

"Hahaha, kau ingat aku nak cium kau. Jangan harap. Muka pucat. You're not my taste. " Kata Airell masih lagi ketawa. Dia menjauh diri daripada Ariesya. Terus dia masuk ke dalam tandas.

"Stupid boy!"  Jerit Ariesya lalu pergi ke almari tangannya mencari baju tidurnya.

Ariesya terus mengambil sepucuk pistol yang berada dibawah laci meja soleknya dan mengambil tisu basah lalu terus mencuci pistol kesayanganya. Dalam beberapa minit kemudian, dia ternampak sepucuk pistol dan pisau disebelah iPhone Airell.

Dia terpikat akan pistol itu lalu mendekati tempat tersebut. Dia mengambilkan dan melihat dengan teliti.

"Oh damn, ni pistol jenis mahal. Limited edition. Mana mamat pelik ni dapat?" Ariesya meneliti pistol itu. Design yang menarik perhatian dia.

"Ehem!" Kepala Ariesya menoleh ke belakang apabila orang berdehem.

"Mamat pelik.." Pistol yang berada ditangan Ariesya itu terus meletak ke tempat asalnya.

"Kenapa kacau barang aku? Huh! Nak mati awal eh?" Tanya Airell yang berubah jadi dingin. Seram!

"Taklah, just tengok-tengok je." mata Ariesya memandang ke bawah tengok kaki Airell ke badan yang mempunyai six pack dan rambut yang basah. Perghhh!! Handsome.

"Aku tahulah aku ni handsome janganlah pandang aku macam tu." tengking Airell. Dia tahu yang Ariesya memandang dari bawah ke atas. Merah membahang muka Ariesya.

"Eh tak, langsung tak. Aku tengok benda lain je." Cover Ariesya. Hakikat memang kacak pun dia ni. Uhuk.

"Eleh. Cover malulah tu. Macamlah aku tak tengok mata kau tu. Siap mulut terngaga lagi. Perempuan, perempuan." Kata Airell. Dia sekali mendekati Ariesya. Best kacau Ariesya. Dia meramas rambutnya yang basah. Bibirnya digigit.

Ariesya terpaku seketika.

"No way! Aku takkan tergoda dengan kau. Tepi. Aku rimas." Ariesya sedaya supaya mahu melepaskan dirinya daripada berhadapan Airell tetapi tak dapat. Apakah daya dia menolak seorang lelaki.

"Alaa cute yer. Suka I kalau I buat macam ni kat you. Seksi. " Hembusan nafas Airell dapat dirasai di telinga Ariesya. Meremang bulu roma Ariesya sekali lagi. Hai bulu roma malam ni berdiri je kerja korang.

"Shut up! Aku mengantuk ni. Tepilah." Rayu Ariesya.

Mata Airell tak lepas memandang leher jinjang Ariesya. Kepala dia semakin mendekatke leher Ariesya lalu dia membuat love bite dileher Ariesya.

"Auchhhh sakitlah" Jerit Ariesya sambil menolak Airell dengan kasar. Kaki Ariesya melangkah ke Katil dan membaringkan tubuh. First night yang paling best. Puih.

"Hmm sweet girl very interesting." menolog dalam hati Airell.

To be continued

Lama saya tak update dah busy sangat btw Selamat Hari Raya Haji💞💃







Mr Mafia & Mrs Mafia ✔Where stories live. Discover now