bab 45 | hati

27K 1.1K 109
                                    

Misya's pov

Nescafe panas aku pandang sekali lagi. Selera Arman nampaknya sudah berubah. Daripada Milo panas, kini Arman menggemari Nescafe panas. Perlahan aku ketuk pintu bilik kerjanya.

Arman bersuara dari dalam. Pasti dia tengah call dengan orang kali. Ataupun sebab kerja.

Daun pintu aku tolak perlahan-lahan. Kulihat Arman mengangkat muka. Aku mengukir senyum dan Arman tidak membalasnya dan kembali menunduk. Senyumku mati. Namun, aku perlu beranikan diri untuk bertanya.

Entah mengapa mood Arman sekarang ni tak stabil. Kadang-kadang sweet, caring pastu badmood. Pelik betullah. Langkah aku atur mendekati meja.

"Nescafe yang awak minta" aku membuka mulut.

Dia menoleh ke arah aku. Seram betul tengok muka dia tu. Dah nama pun mafia. Tapi aku pun mafia taklah seram macamtu. Lebih-lebih lagi sewaktu dia pulang dari kerja petang tadi, langsung tak bersuara dengan aku. Itupun minta buat air ni.

"Eh ingatkan kau belum tidur."

Acuh tak acuh sahaja kata-kata itu. Dalam payah, aku ukir senyum.

"Belum"

"Terima kasih." Ucapnya pendek. Cawan Nescafe dicapai lalu diteguk sedikit. Kemudian diletakkan di sudut meja.

"Sejak bila awak suka minum Nescafe ni? Dulu awak tak suka." Aku cuba beramah.

Arman mengangkat muka. Masih lagi tiada riak mesra di wajah itu. "Kenapa? Tak boleh ke?"

Aku menahan nafas. Aku tanya kau tanya balik. Eeee. Sabar jelah.

"Kenapa dengan awak ni? Badmood je." Aku terus straight to the point. Tak mahu berbasa-basi lagi. Aku tercegat memandang Arman yang leka meneliti kertas-kertas di tangan.

Perlahan Arman menggeleng.

"Dah tu. Macam taknak je nak bercakap dengan aku je?"

"Sekarang ni, bukan bercakap ke?"

Aku tunduk. Bermain dengan jemari sendiri. Bibir mata yang mula memberat, aku biarkan saja. Seketika setelah menenangkan perasaan sendiri, perlahan aku mengangkat muka.

"Okeylah. Aku taknak ganggu awak buat kerja lagi. Bye." Aku bersuara luruh. Perlahan membelakanginya. Mahu bergerak keluar. Buang masa je. Baik aku pergi memburu musuh je. Ada jugaklah hasil.

"Taknak cakap apa-apa dengan abang ke?"

Langkah aku mati seketika. Tanpa berpaling, aku cuma menggeleng perlahan. Malaslah. Mood aku dah taknak dah ni.

"Sayangg~~" meleret Arman memanggil aku. Dah startlah perangai dia ni. Tadi bukan main lagi dingin semacam pastu sweet pulak. Tak faham betullah.

Arman mendekati aku dan memeluk pinggang aku dari belakang. Kepalanya mendarat ke bahu aku.

"Sorry eh tadi. Abang tak ada mood je sebab kerja tu."

"Okey. Dan let me go"

"No I don't want. Saja je nak bermanja dengan isteri abang."

"Hahaha. Awak nak bermanja dengan saya. Kan awak gay ke?" Tanya aku. 1 Malaysia menganggap Arman itu ialah gay.

Wajah Arman terus masam. Lelaki ni pantang kalau ada orang mengatakan dia tu gay.

"Gay? Abang rasa taklah. Sayang ingat tak kejadian yang jodoh kita tu bersatu kerana hal tu. Time tukan sayang tahu yang abang ni lelaki sejati. Tak ingat eh?" Tanya Arman.

Memanglah aku ingat hal yang mencalar maruah aku. Sebelum kahwin dah takada dara. Sobsobsob.

"Ingat lagilah." Jawab aku laju. Dia ni memang suka tengok aku malu.

"Dah tu. Memang terbukti yang abang ni bukan gay."

"Tapi time tu saya tak sedarlah. Tak ada apa-apa. So tak da bukti lagilah encik abang ku sayang." Aku meleraikan pelukan itu.

Aku menjauh diri daripada Arman. Dia tu bukannya boleh percaya pun.

"Ohh..kau nak ke? Okay on je." Arman mendukung aku ke bilik tidur utama. Aku sedaya upaya mahu melepaskan diri daripada Arman.

Dia menghempas aku di atas katil.

"Sorry sangat. Aku tak sengaja ni, Arman. Lepaskan aku. Please" rayu aku. Wajah Arman sudah nampak miang tu.

"No way. You always turn me on." Bisik Arman dengan nada yang menggoda.

Aku tak boleh buat apa-apa lagi. Serah jelah diri dengan Arman. Lagipun halal dah. Nak berlawan pun dah tak dapat. Tenaga lelaki tak dapat lawan daripada perempuan.

"Tolonglah Airell."

"Aku taknak berapa kali aku nak cakap dengan kau ni huh!? Aku cintakan bini aku tupun kau tak faham bahasa ke." Marah Airell. Maria cuba memegang tangan Airell tapi Airell cepat-cepat mengalihkan tangannya.

Betapa sakitnya Airell telah berjumpa dengan cinta pertamanya dulu. Hampir setiap malam asyik memifirkan Maria tapi sekarang tidak lagi. Hanya tinggal kenangan.

"You cintakan I kan. I rela jadi bini kedua you ni" Maria merayu lagi sampai mengeluarkan air mata.

"Bini kedua? In your dream. Aku taknak jumpa kau lagi. So please forget me. Betapa susahnya aku melupakan kau. Bodoh."

"So kahwinlah dengan I"

"Kahwin? Hahaha. Jangan buat lawak bodoh Maria. Aku dah bosan dengan drama kau tu. Baik kau pergi ataupun aku tembak kau sampai mati. Pilih. Pergi dari hidup aku ke mati." Kata Airell sinis. Dia bukan yang dulu yang sungguh lemah dengan perempuan yang bernama Maria.

"Okay baiklah. I pergi"

Airell tak mahu bertentang mata dengan Maria. Perempuan tu hanya untuk mempergunakannya. Kerana Airell seorang yang kaya Maria mengambil kesempatan untuk mengkikis duit Airell. Dengan senyap Maria telah mempunyai suami. Sadis.



To be continued

Korang nak happy or sad ending?

Dont forget to vote and comment



Mr Mafia & Mrs Mafia ✔Where stories live. Discover now