bab 10 | kenal?

35.2K 1.2K 57
                                    

Krek!

Ariesya menolak pintu itu perlahan-lahan dan matanya mencari kelibat Airell. Belum pulang lagi. Lama juga dia keluar. Hey, ingat diri tu bujang ke huh? Bini ada dirumah ni sorang-sorang

"Airell dah pulang ke? Ni masih awal ni baru 11:32 pm." kaki dia melangkah perlahan-lahan menuju ke anak tangga.

Tiba-tiba ada bunyi pintu yang sedang dibuka oleh seseorang. Lalu Ariesya menoleh ke belakang dan melihat Airell yang dibelakangnya. Dengan mukanya yang dingin itu menambah ketakutan pada diri Ariesya. Kot hantu ke. Mana tahu kan?

"Oh kau dah pulang ke?" Tanya Ariesya. Airell hanya diam dan menjeling Ariesya lalu dia terus jalan tanpa hiraukan soalan Ariesya.

"Ceh! Berlagak punya mamat! Nasiblah kau tu husband aku kalau tak. Ish susah nak cakap.whateverlah." dia kembali menaiki tangga. Bilik. Bilik tempat yang paling orang suka. Bukan dia je kat dunia yang suka bilik apabila pulang dari kerja.

Setelah Ariesya masuk ke dalam biliknya. Dia meletakkan begnya di meja solek lalu memhempas tubuh badannya di katil bersaiz queen. Empuk!

Dalam beberapa minit, Ariesya telah di buai mimpi. Malas nak fikirkan hal masa ni. Yang penting, tidur.

Ariesya menyiapkan makanan untuk bersarapan. Pinggan dan cawan disusun kemas di atas meja. Pelbagai makanan tersedia dan air milo di atas meja. Bersemangat buatkan sarapan. First time dia bangun awal pastu buat sarapan. Masa dulu memang tak ah nak bangun awal apatah lagi buat sarapan.

Airell menurun tangga dan melihat Ariesya menyiapkan sarapan. Siap berapron lagi.

"Aih ada pulak barang, bila dia beli tu?" Bisik dalam hati. Lalu Airell duduk di kerusi makan. Makanan yang terhidang didepan menaikkan seleranya.

"Morning! Ni breakfast yang aku buat pagi tadi, makanlah." jemput Ariesya sambil menuang air milo di dalam cawan lalu Ariesya beri kepada Airell.

Dia duduk sambil memerhati Airell makan. Peduli apa dia. Dia nak respons dari Airell pasal makanan dia. Buat penat dia bertarung di dapur. Habis berselerak.

"Mana kau dapat makanan ni? Kan rumah ni tak da makanan langsung." soal Airell sambil mengunyah makanan. Dia menunduk. Langsung pun dia tak perasan Ariesya asyik memerhati dia semat-mata nak minta respons.

"Oh malam tadi, macam mana makanan aku tu, sedap tak?" Tanya Ariesya inginkan kepastian.

"Hmm not bad." Puji Airell .

Tapi sebenarnya dalam hati, bukan main puji sedap. Biarkan saja puji itu tidak terluah hanya dalam hati.

Ariesya hanya mengukirkan senyuman manis kepada Airell. Airell sudah perasan yang Ariesya tengah memerhati dia sedang makan. Gila apa perempuan ni? Memerhati dia macam tu. Tak duduk senang dia dibuat Ariesya.

"Ish, kenapa kau memerhati aku je? Ha, pasni terus pergi ke rumah mak aku. Aku ni tak suka lambat-lambat , kalau kau lambat seminit aku. Tinggal." Airell memberi warning kepada Ariesya. Ariesya berhenti memerhati Airell. Jelas sekali muka Airell berubah menjadi dingin. Seram!

Setengah jam kemudian, Airell tengah menunggu Ariesya di luar rumah. Nilah dia tak suka bawa perempuan keluar. Lambat berkemas. Kang tinggal baru tahu. Just pergi rumah mak mentua je pun nak cantik.

"Ee minah ni, kan aku dah cakap jangan lambat." bebel Airell sendiri. Tiba-tiba seseorang menyentuh bahu kanan dia. Dia menoleh ke belakang. Dia terus terpegun dengan kejelitaan Ariesya. Lain daripada yang lain.

Mr Mafia & Mrs Mafia ✔Where stories live. Discover now