bab 49 | hospital

31.1K 1.1K 122
                                    

Sorryy😭😭😭 bukannya saya taknak double update hari khamis tu. Hari tu tiba-tiba je saya sakit, sakit perut yang teramat!!! Pastu muntah lgi. Sya langsung tak on phone. Saya ni memang teruk😭 hari ni tak dpt nak double update. Tu pun saya perlu ada semangat ni demi korang semua. Esok saya akn update lagi.

💐💐💐💐

Misya membuka matanya perlahan. Tubuh badannya berasa lemah. Dia hanya memandang siling berwarna putih. Tangan belah kirinya rasa macam dicucuk untuk memasukkan air ke anggota badan. Kepalanya sangat pening. 

Apa yang sedang berlaku dengan dirinya?

"Kau dah sedar!?"

Misya menoleh ke sebelah yang mengatakan dirinya sudah sedar. Siapa lelaki itu? Handsome.

"Misya kau okay ke tak?" Tanya lelaki itu. Dia tersenyum manis lalu meramas rambut yang terurai di dahi. Nampak kekacakkan dia.

Misya membalas senyuman itu. Bangun je dah tengok lelaki handsome. Heaven ye rasa. Ke dia mimpi?

"Misya! Aku tanya kau ni. Kau okay ke tak? Tersengih je kerja kau." Tanya lelaki itu lagi.

Misya terus tersedar dari lamunannya. Dia dah lupa yang dia sudah bersuami.

"Okay je. Just pening sikit. Siapa kau?" Misya menyoalnya dengan dingin. Tadi bukan main tersengih macam orang tak betul.

"Aku Farid." Dia memperkenalkan dirinya.

"Siapa eh? Sorry aku tak berapa kenal sangat. Kenapa aku ada kat sini eh?" Misya tanya kepada Farid. Doktor kata Misya separuh hilang ingatan perkara yang tak penting dalam hidupnya.

"Kau dan Ariesya kan diseksa oleh Maria tu." Celah Zakwan. Kini dia berada disebelah Farid.

Misya baru teringat dia dan Ariesya hampir dibunuh oleh Maria si gila tu.

"Mana Ariesya? Kau abang dia kan. Tak salah aku." Tanya Misya dalam suara serak. Risau sungguh dia memifirkan pasal Ariesya. Pada masa itu Ariesya memang sudah hilang banyak darah. Kemungkinan besar Ariesya masihkah mampu hidup didunia ni?

Wajah Zakwan terus berubah menjadi masam.

"Kau nak pergi tengok dia ke? Dia kat bilik sebelah." Kata Farid.

"Who are you?" Soal Misya. Sebiji macam muka Airell. Adik kot.

"Adik bongsu Airell. Sorry bagi pihak abang aku."

Misya angguk saja. Kemaafan itu sangatlah senang. Tapi dalam hati memang payah untuk dilupai.

Misya cuba membangunkan dirinya. Seorang nurse memapah dia menuju ke bilik Ariesya.

Sayu hati melihat Ariesya masih belum sedarkan diri. Mahu saja dia menangis sekuat hati. Bilalah nak sedar ni.

"Ariesya," kata Misya dengan nada sedih.

Zakwan dan Farid hanya memerhati Misya yang menitis air mata.

Misya memegang tangan Ariesya. Dia taknak kehilangan kawan dia. Sepatutnya dia harus berada ditempat Ariesya. Betapa sakitnya hati.

"Ariesya. Janganlah tinggalkan aku. Aku ada kau sorang je. Aku ni takda adik beradik. Aku dah anggap kau seorang ahli keluarga aku tau. Huhuhu. Janganlah pergi awal sangat. I really need you. Tanpa kau aku tak dapat hidup lagi. Ariesya. Jangan mati dulu."

Teresak-esak Misya menangis. Zakwan dan Farid hanya membisu dari tadi.

Bayangkan seorang kawan meninggalkan dia. Tak ada semangat lagi nak teruskan hidup.

Mr Mafia & Mrs Mafia ✔Where stories live. Discover now