bab 28 | airport

30.2K 1.9K 71
                                    

3 minggu kemudian, dua hari lagi Mia akan menamatkan masa bujangnya. Sekejap saja masa berlalu. Nervous pun ada, Sedih pun ada. excited? Entahlah.

"Tak lama lagi aku nak kahwin. Ariesya, macam mana perasaan kau time akad nikah tu?" Tanya Mia. Mestilah dia tahu sebab pernah dia laluinya.

iPhone Ariesya diletakkan ke tepi meja. Air bandung dihirup dengan perlahan.

"Hmm...nervous ke Puan Damia Adelia? Time tu aku rasa nervous gilerr rasa nak menjerit tau. Pastu jantung kau akan berdegup kencang!" Ujar Ariesya. Mukanya memberi reaction seolah-olah nak keluar jantung.

Misya tekun membaca novel yang baru dibelinya. Malas nak masuk campur orang nak dah berumah tangga. Aku? Entah. Sampai bila-bila pun takkan naik pelamin punya. Siapa nak dengan aku ni? Aku sendiri pun malas nak cari lelaki.

Ariesya mengambil semula iPhone aku di tepi meja. Aku tahu yang kau takut.

Mia terus diam saja. Semenjak dia nak kahwin dia diam je. Risau pulak.

"Alah. Tak payah lah nak serious sangatlah. Sekejap je. Btw aku dan Misya sponsor baju kahwin kau. Hadiah? Kasi surprise" Ariesya cuba untuk menceriakan suasana yang tegang.

Mia hanya tersenyum. Misya menutupkan novelnya dan meletakkan di atas meja.

"Tak payah nervous. Kitaorg kan ada" Misya memberi kata-kata semangat.

"Esok aku dgn Ariesya flight. Kau malam ni kan?" Misya bersuara lagi.

"Ha ah. Semua barang aku dah sediakan." Balas Mia.

Mia kahwin di Perlis sebab Ibubapa Haikal mahu anaknya kahwin di negeri asalnya. Haikal ni orang Perlis tulen. Tapi disebabkan ibubapa bekerja di Selangor. mereka terpaksa berpindah di Selangor waktu Haikal berumur 7 tahun.

▊▊

Di KLIA 2

Ariesya pov

Aku melihat jam tangan di tangan kanan. Sudah pukul 10:00 pagi. Check in lagi pukul 10:30.

Misya selalu lambat antara kami bertiga. Tapi dia yang paling rajin.

"Riesya, duduklah dulu. Nanti lelah kang. Aku taknak dukung kau yang berat mengalahkan gajah tu" Tangan Airell bersilang ke dada. Nanti aku juga yang susah if kau tu lelah.

Aku menjeling ke arah Airell yang sedang duduk bersama Arman. Arman tersenyum ketat. Aku melabuhkan punggung di sebelah Airell.

"Bagus. Macamnilah" puji Airell dan tergelak.

Kenapa dengan lelaki ni. Salah makan ubat ke?

"Mana pulak si Misya ni. Geram pulak aku!" Bebel aku.

Aku memandang ke kiri yang duduk disebelahku. Aku kenal sangat orang tu. Aku menjeling.

Rupa-rupanya Firash. Eh. Kenapalah kau ada kat sini?

Firash berpaling ke arah aku.

"Eh Ariesya kan?" Sapa Firash. Firash mengukirkan senyuman ke arah aku. Uish. Still handsome juga ye. Gatal betul aku ni.

"Ha ah. Sorang je ke. Where's your lovely girlfriend. How annoying" ujar aku dengan selamba. Aku ni malas nak jaga hati orang yang telah mengecewakan kawan baik aku. Peduli

Mr Mafia & Mrs Mafia ✔Where stories live. Discover now