bab 52 | tidak dijangka

31.8K 1.1K 142
                                    

Saya nak tanya ni. Boleh tak korang maafkan Mia tu?
sya akn habiskan story ni before sekolah ye.

🌹🌹🌹

Akhirnya sudah sampai ditanah kelahiran Misya dan Ariesya. Rindu sangat kat KL ni. 4 tahun tak pernah jejaki. Hanya kerana kisah yang pahit dan menguris hati. Jadi kenangan yang pahit saja. Tersemai dalam hati

"Mama! Nak air Starbucks. I really want it! Please." Rayu Azyan. Dia cuba mengajak Ariesya pergi ke Starbucks.

Oh ya. Diorang sudah sampai ke KLIA 2. Ramai sungguh orang kat sini. Biasalahkan dah nama pun KLIA 2. Mestilah ramai.

"Kejap eh. Tunggu Mommy Misya and Imran ye. Dapat tahan tak?" Tanya Ariesya lembut. Azyan ni memang pantang tengok Starbucks. Haish. Masa Ariesya kecil dulu mana tahu apa Starbucks. Boleh tahan juga budak zaman sekarang.

Misya menepuk bahu Ariesya. Ariesya menoleh belakang.

"Mehlah. Jap. Aku nak call driver aku dulu." Ujar Misya sambil tangannya scroll phone. Cari nombor contact. Biasalah Misya ni kan anak pemilik Audi di Malaysia. Bukan kaleng-kaleng. Hahahaha.

"Mommy. Boleh tak saya minum Starbucks dulu?" Tanya Azyan kepada Misya. Sempat lagi dia menarik-narik tangan Misya. Misya pun tersenyum lebar. Misya sudah menggangap Azyan anak buah sendiri. Yalah. Membesar bersama. Macam anak buah sendiri je.

"Boleh je. Jomlah." Ajak Misya. Imran dan Azyan memberi hi-five. Diorang memang merancang nak Starbucks. Kalau nak minta sesuatu mestilah minta kebenaran dari Misya dulu. Baru boleh.

Semasa mereka menuju ke Starbucks. Ada mata yang hanya memerhati mereka dari tadi. Seram pulak rasa. Entah-entah diaorang yang memerhati mereka tu musuh lama dulu. Haraplah itu dijauhikan. Selama 4 tahun tiada apa-apa yang berlaku. Aman rasa hidup.

"Azyan, Imran, mama and mommy nak order dulu. Korang berdua carikan tempat duduk ye." Arah Ariesya.

Azyan dan Imran sudah berdikari hal-hal macam ni. Tak perlulah dirisaukan. Dan juga diorang telah dilatih seni pertahankan diri.

Dah mak-mak diorang bekas ketua mafia. Mestilah diorang handal seni pertahankan diri.

Azyan angguk laju. Manakala mata Imran terarah meja yang kosong. Mereka terus pergi ke arah meja tersebut.

Tiba-tiba budak lelaki melanggar bahu Imran dengan tidak sengaja. Langkah budak lelaki itu terhenti.

"Maafkan saya. Saya tak sengaja."

Budak lelaki itu menghadap Imran dan meminta maaf. Menyusahkan orang betul. Time ni pun boleh berlari juga ke.

"Eh takpa. Saya okay je." Kata Imran lembut. Azyan pula malas nak menghiraukan Imran dan budak lelaki itu. Azyan ni perangai macam Airell. Malas nak masuk campur hal orang.

"Haziq!"

"Mom!"

"Kenapa ni?" Mia menghampiri Imran dan Azyan. Muda je perempuan tu. Sama umur dengan mak diorang ke.

"Tadi Haziq terlanggar dia ni. Haziq dah minta maaf tadi."

Mia mengukirkan senyuman lebar. Tak sia-sia dia mengajar Haziq. Haikal? Memang taklah. Selalu busy dengan syarikat dia tu.

Mr Mafia & Mrs Mafia ✔Where stories live. Discover now