bab 44 | berbaik semula

28.4K 1.1K 41
                                    

Kesesakan lalu lintas tidak menghalang Ariesya untuk melangkah dengan lebih cepat menuju ke butik. Entah mengapa hari banyak sangat kereta hari ni. Selalunya taklah sesak macam ni. Misya sorang je dekat butik tu. Mia tidak lagi bekerja bersama kitaorng.

"Aduhh..dahlah bangun lewat."

Airell pun satu sengaja tak bangunkan dia. Airell tahu yang Ariesya bekerja hari ni. Tak guna punya lelaki.

Ariesya memerhati susuk badan yang amat di kenali. Macam Mia je. Tapi dia dengan siapa?

Pon!

Tanpa dia sedar kereta depannya sudah jauh darinya. Malunya kena hon.

Beberapa minit kemudian, Ariesya sudah sampai ke butik. Akhirnya dapat juga dia melepasi sesak yang sangat menyakitkan hati. Sempat jugak bermakeup didalam kereta.

Aku membuka pintu butik dan ada dua perempuan yang tengah duduk di kerusi dikhaskan untuk customer.

"Ariesya! Lambat ye kau!" Jerit Misya sambil anak matanya memberi isyarat kepada Ariesya. Ada yang tak kena ke dengan dua orang perempuan tu.

Ariesya menghampiri Misya yang dari berdiri tegak dihadapan dua orang perempuan itu. Aku memandang dua perempuan itu.

Perempuan itu senyum sinis.

"Ariesya. Lama tak jumpa ye. Sekarang dah jadi fashion designer. Tak sangka ye korang berdua ni nerd boleh jadi fashion designer yang ternama." Kata perempuan itu.

"This not your problem. Maria." Nada suara Ariesya meninggi. Linda pun ada sekali.

"Hahaha. Tapi tak apa. Yang penting kau bahagia hanya sekejap saja. Aku nak blah dulu" Maria melanggar bahu Ariesya dengan sengaja. Memang nak kena perempuan ni. Kalau ada pistol sudah pasti dia akan jadi arwah.

Maria dan Linda sudah hilang dari pandangan Ariesya dan Misya.

"Tadi bukan main dia sindir aku. Aku be like... dahlah pergi butik orang sukati pastu tak ada adab. Kalau aku tak hormat diorang tu dah lama sudah aku campak diorang kat luar. Biar padan muka dia tu" bebel Misya. Bernanah telinga dia apabila bersembang dengan dua ekor lembu tu.

Ariesya menggeleng kepalanya. Tanpa buang masa lagi, dia pergi ke bilik dia dan buat kerja yang sudah ditinggal.

Sudah masuk makan tengah hari. Perut pun sudah mahu nak buat konsert. Lapar sangat. Pagi bukannya dapat breakfast.

Tok!
Tok!

Misya mengetuk pintu Ariesya dan membukanya. Ariesya mendongak sambil jarinya bermain iphonenya.

"Riesya. Jom lunch. Aku lapar ni." Ajak Misya sambil memegang perutnya yang berbunyi.

Di restoren, Ariesya asyik termenung saja lepastu senyum sorang-sorang. Nampaknya kawannya dia sorang dah dilamun cinta. Misya mengerutkan mukanya.

"Kau ni dah kenapa? Senyum sorang-sorang. Gila eh?" Tegur Misya. Terangkat bahu Ariesya kerana terkejut. Tulah termenung lagi. Misya sudah rasa Ariesya ni macam patung. Selalunya dia yang paling banyak bercakap. Cerita itulah cerita inilah. Dengar jelah.

"Aku lupa! Aku nak beritahu yang satu rahsia ni."

Misya angguk laju. Badannya ditegakkan. Setia mendengar.

"Suami kita ialah....."

"Ketua The Dragon" sambung Misya. Mulut Ariesya terngaga luas. What the...Misya dah tahu sebelum. Ariesya. No wonderlah Misya tak terkejut sangat.

"Huu...jodohkan. Takkan kemana juga akhirnya. Aku ni dah redha apa yang berlaku. Kalau aku ajak bergaduh dengan Arman tu. Confirm dapat dosa free. Tulah yang aku tak mahu." Kata Misya.

"Kann...btw aku terjumpa Mia pagi tadi. Dia nampak tak happy je" kata Ariesya.

Rindu sangat dengan Mia tu. Macam tak complete je antara kitaorg.

"Ohhh yeke. Jap tu siapa perempuan tu. Kenapa dia menuju kat meja kita?"

Misya hanya memerhati saja perempuan yang berpakaian hitam yang tidak menampakkan wajahnya.

Ariesya menoleh ke arah perempuan itu. Perempuan itu semakin menghampiri meja diorang.

"Ni mesti musuh ni." Bisik Ariesya. Perempuan betul-betul berada di meja diorang.

Perempuan itu membuka mask dan cermin matanya. Ariesya dan Misya terus memandang sesama sendiri. Alangkah terkejut melihat Mia dihadapannya.

"Mia?"

"Ye aku. Dah tak ingat ke? Sorry ye aku dah left dari The Fire. Walaupun aku left tapi aku still boleh berkawan kitaorang. Boleh aku join sekali?" Tanya Mia dengan dingin.

Ni Mia ke? Kenapa dingin sangat? Maybe twin dia kot. Tapi itu lagilah tak mungkin dan takkan berlaku.

"Boleh duduklah" jemput Misya sambil mengukirkan senyuman. Senyuman itu tidak dibalas oleh Mia. Ariesya dan Misya masih memerhati Mia. Mia menjeling ke arah mereka.

"Kenapa? Tengok muka kau mcam tu. Peliklah. Aku dikira okey tau nak melayan korang yang fake friends ni." Kata Mia dengan selamba.

Ariesya mengangkat alis kanannya. Fake friends?

"Ehem. Apa yang kau cakap tu? Fake friends?" Tanya Ariesya dengan sengaja. Saja je nak tanya lagi sekali. Sebenarnya dengar je.

Misya angguk saja. Biar Mia dan Ariesya berbicara dulu.

"Ha ah. Fake friends. Korang lah tu. Tak sedar eh? Menyesal tau aku kawan ngn korang berdua ni. Cam kuno pulak. Bila difikir balik ada guna juga aku kawan ngn korang ni. Yalah Ariesya ni anak Boss kepada Chanel tu. So bolehlah aku guna beg free je dari Ariesya dan Misya pulak ni anak Boss kepada Audi Motors tu boleh juga aku tumpang sekaki pakai kereta tu. Tulah sebabnya aku nak berkawan dengan korang berdua. Semua anak orang kaya." Kata Mia sambil membuat flip hair. Dia tahu dia anak orang biasa saja tak sekaya Ariesya dan Misya.

Kata-kata yang keluar dari mulut Mia sangat menyakitkan hati Ariesya dan Misya. Sebelum lagi tak pernah menyakitkan hati macam tu. Pernah tu pernahlah tapi tak adalah keluar perkataan 'Fake Friends'.

"Kau nak jumpa dengan kitaorg ni nak cari pasal ke? Kalau nak cari pasal. So selama ni kau kawan ngn kitaorg sebab harta. Macam tu. Dipersilakan pergi dari sini" halau Misya.

"Yes! You're right girl"

"Aku sangka pulak kau macam ni. Kawan kerana harta. Bagus sangat tu." Ariesya bertepuk-tepuk tangan. Bangga ada orang nak berkawan dia kerana harta.

Mia tergelak kecil.

"Hahahaha. Sentap ke aku cakap tadi. Sorry eh. Aku tadi nak berlakon je tadi. Janganlah kecil hati." Ujar Mia.

"Agak-agaklah nak gurau macam tu. Sakit tau hati aku." Tangan Misya memegang bahagian dadanya.

Ariesya menggeleng kepala "Tak lawak. Bagus kau jadi pelakon antarabangsa. Dah tu kenapa kau keluar dari The Fire?" Soal Ariesya.

Walaupun itu hanyalah berlakon tapi tak perlulah nak left apa semua tu. Buat risau je.

"Hehehe. Add aku baliklah. Aku tahu suami kita ketua The Dragon. Haaa aku takut. Manalah tahu diorang tu plan tak bagus ke, nak mempergunakan kita jeke. Pastu cerai." Ujar Mia.

Biasalah hati manusia bila-bila masa je boleh berubah. Tu perlu berhati-hati.

"Yalah kan. Takut juga aku."

Tangan Misya bersilang ke dada. Ariesya memuncungkan mulutnya. Kalaulah perkara itu berlaku, Mia tu macam mana? Sudahlah dia mengandung. Doa yang terbaik sajalah.


Well done! Dapat juak aku buat double update ni.hu.

Don't forget to vote and comment


Mr Mafia & Mrs Mafia ✔Where stories live. Discover now