bab 33 | berubah

31.7K 1.2K 86
                                    

Ariesya terjaga  kerana bunyi notifications WhatsApp yang  masuk. Dia raba disebelahnya. Kosong. Ke mana perginya Airell? Habis madu sepah dibuang? Malas mahu berfikir. Ariesya capai phonenya. Ada berpuluh mesej. Cepat-cepat dia buka lock phone.

Group Famous boy + 3 meriah dengan pesanan WhatsApp. Apa pula yang mereka ni gosipkan. Dia gosok matanya. Bulat matanya melihat matanya terpapar skrin.

Airell sedang memasak di dapur. Siap ada video ikan masak 3 rasa yang sedang dimasak. Ariesya tersenyum sendiri sambil membaca mesej tertera.

Famous boy +  3

Arman
Woah! Rajinnya kau pagi-pagi ni. Tak ajak kitaorang ke?

Haikal
Hahahaha. Yalahkan. Berubah sudah kau ye Airell. Kitaorang ni lapar sangat. Tak sempat nak bangun awal.

Misya
Lelaki idaman! Taklah macam korang. Goyang kaki je. Buuu

Arman
Kau tu reti ke masak? Tak sampai seminit pun dah hancur. Blacklist terus jadi isteri.

Haikal
Hahaha. Tak baik kata macam tu. Kalaulah betul-betul jadi isteri kau. Haaa baru kau tahu.

Misya
Ek eleh. Kau tak pernah tengok aku masaklah. Duh.

Ariesya
Serious ah! Awalnya korang bangun.

Arman
Ehh. Baru bangun. Lewatnya.

Misya
Dia memang macam tu. Queen of sleep! Hahahah

Ariesya tersengih. Ada-ada jelah Misya ni. Ariesya meletakkan phone di meja sisi katil. Ariesya capai tuala yang tergantung di hujung katil.

Puan Sri Nadzirah pergi ke dapur. Dia terkejut melihat Airell ada di dapur. Dia tersenyum senang hati. Tak sangka anak sulung sudah berubah. Sebelum kahwin tak pernah masak mahupun memegang periuk.

"Rajinnya kamu! Tak sangka anak mama dah berubah" Airell menoleh ke arah Puan Sri Nadzirah. Puan Sri Nadzirah menghampiri Airell dan matanya melihat apa yang dimasak oleh Airell.

Puan Sri Nadzirah terus mengambil bekas kaca yang berisi ikan. Aroma ikan itu dapat dirasai di rongga hidung. Mata dipejam seketika.

"Sedap!"  Puan Sri Nadzirah memuji Airell. Airell tersengih. Sekali masak terus dipuji sedap. Siapa tak kembang hidung kan.

"Bau apa ni! Mama ke yang masak?" Tanya Farid.

"Taklah. Airell yang masak" jawab Puan Sri Nadzirah.

Reaksi wajah Farid seolah-olah terkejut. Biar betul ni abang dia. Sebelum dia tak pernah memasak. Never!

Airell melangkah keluar dari dapur dan menuju ke meja makan. Pinggan dan cawan tersusun rapi oleh Farid. Semua makanan sudah terhidang. Cuma tunggu orang lagi untuk duduk.

"Mana Ariesya?" Tanya Puan Sri Nadzirah. Sebenarnya mama dan Farid singgah dirumah kami dan tidur sekali.

Kedengaran bunyi seseorang menurun tangga. Airell terus menoleh ke arah tangga. Ariesya mengukirkan senyuman lebar.

"Sorry. Tadi Airell tak bangunkan saya sekali" ujar Ariesya. Airell mendekati Ariesya dan memeluk bahu Ariesya. Ariesya blur.

Mr Mafia & Mrs Mafia ✔Where stories live. Discover now