bab 35 | the worst thing

29K 1.2K 17
                                    

Hangat rasanya dapat memeluk bantal ni. Misya memeluk bantal dengan eratnya untuk melepaskan geram. Pelik. Bantal ni ada six pack pulak. Apa dia kisah. Janji empuk.

Kepalanya berdeyut dan pening. Bahagian leher dan dada dia terasa pedih. Macam sesuatu yang telah menggigitnya. Perasaan dia agaknya. Lebih-lebih lagi bermalam di rumah Ariesya. Dia bermalam di rumah Ariesya sebab semalam balik lewat sangat

Tiba-tiba bantal itu bergerak. Misya meleraikan pelukkan itu. Mata dia digosok. Rambutnya serabai. Dia dapat merasa yang ada manusia didalam bilik ni.

Mata Misya terbuka luas "Aurghhhh" jerit Misya. Dia baru perasan yang dirinya tiada utas benang hanya ada selimut yang menutupi tubuhnya.

"Jangan bising boleh tak? Orang nak tidur pun susah" marah lelaki itu. Muka lelaki itu tidak nampak sebab mukanya ditutup oleh bantal.

Terus lelaki itu bangun. Dia melihat Misya sambil menutup tubuh. Dia terus melihat dirinya juga.

"Misya!"

Pintu dibuka dengan kasar. Misya menunduk kepala. Kenapa berlaku pada dirinya. Air matanya bertakung. Cuma tahankan saja.

"Ya Allah, apa yang korang buat ni!?" Terkejut muka Ariesya. Misya terus berlari ke bilik air.

"Arman!? Apa yang telah terjadi?" Airell melihat Arman masih mendiamkan diri.

Setelah mereka berdua berkemas dirinya. Mereka terus turun dan duduk di ruang tamu.

"Apa yang telah terjadi dengan korang ni?" Soal Airell.

"Aku tak tahu. Aku tak perasan pun ada Misya dalam bilik tu." Ujar Arman. Dia memang tidak tahu pun adanya kehadiran Misya dalam bilik itu. Misya masih menunduk kepala. Air matanya masih tidak berhenti. Sungguh dia taknak perkara ini terjadi.

"Korang buat ke 'benda' tu?" Airell menyoal lagi. Airell melihat ke arah Misya. Terdapat kesan merah di leher Misya. Banyak lagi tu!
Arman menoleh juga. Dia juga terkejut melihat kesan merah di leher Misya.

"Hmm. Aku langsung tak ingat malam tu. Kau tahu kan malam tu aku tiba-tiba pening kepala" kata Arman.

Flashback

Selepas habis mereka makan malam di restoren. Perjalanan mereka menuju ke kereta. Suasana di kawasan kereta itu sungguh sunyi. Memang sunyi pun sudah pukul 10:30 pm.

Arman terasa kepalanya semakin berdeyut. Matanya semakin berat. Tapi dia masih kuat untuk berjalan. Tangannya memegang kepala. Airell memerhati Arman yang seakan-akan mahu pengsan. Airell memegang bahu Arman.

"Kau okey ke tak Arman? Tak pa kali ni aku yang drive"

Arman angguk lemah.

Semasa perjalanan pulang ke rumah Airell. Arman sudah tidur lena. Macam orang bekerja pagi sampai malam. Tapi tak juga. Hari ni cuti. Setengah jam, mereka sudah sampai di rumah Airell.
Airell cuba untuk bangunkan Arman tapi tidak ada tanda-tanda untuk bangun.

Arman buka matanya. Keadaannya masih mamai.

"Arman! Aku ingat kau dah mati. Kau ni pening kepala ni. Bahaya kalau kau pulang rumah kau. Baik kau tidur je rumah aku" ujar Airell. Risau pulak dengan Arman. Muka dia pun pucat semacam.

Airell memapah Arman pergi ke bilik tetamu. Arman terus membaringkan tubuhnya di katil. Dan dia tidak ingat apa yang telah berlaku selepas itu.

Mr Mafia & Mrs Mafia ✔Where stories live. Discover now