Bab 8

3.1K 113 23
                                    

(Ayreen POV)

Aku memandang keadaan sekeliling. Agak lengang memandangkan sekarang masih waktu pejabat. Pemandangan sini bukannya cantik sangat pun, aku tak berapa sangat nak bual dengan Amin hahaha malu.

Tapi aku suka dia hehe.

Mata aku tertancap pada seorang lelaki yang duduk berdekatan dengan bangku kami. Hm, jarak satu bangku je.

Wangian yang dikenakan lelaki itu familiar sangat.

          " Hm , Amsyar? ," soalku perlahan kepada Amin. Kini aku hanya memandang wajah Amin saja.

Amin mengangguk.

          " Ya, pasal Amsyar.. Kenapa awak boleh rapat dengan dia? ," Amin bertanya, nadanya mendatar.

          " Saya suka berkawan dengan dia, tu je "

Ya, secara jujurnya aku suka berkawan dengan Amsyar. Walaupun dia nakal, gedik semacam je tapi aku tahu dia baik. Cuma aku tak tahu kenapa dia baik sangat dengan aku ?

          " Ayreen, janganlah termenung. Saya nak tanya ni ," aku seperti tersedar dari lamunan apabila Amin meraih lembut tanganku kemudian digenggamnya.

Aku menarik spontan tanganku, bukan apa.. aku tak selesa.

         " Cakap je, tak perlu pegang ea? ," pintaku sopan.

Amin tersenyum nipis.

         " Maafkan saya, tapi macam mana dengan keputusan awak mengenai hal yang saya bagitahu dulu? ," soal Amin. Dia membuka kembali kisah di mall .

Err..

Aku sebenarnya terima.. Tapi dia dengan Tasha?

            " Saya dengan Tasha dah takde apa-apa hubungan. Cukup untuk awak tahu tu ," Amin seperti tahu apa yang bermain di fikiranku tika ini.

Hm, aku memang suka dengan Amin. Aku patut terima dia.

          " Kalau awak tak sedia lagi, saya bagi awak masa fikir balik ," ujar Amin tulus.

Aku mengangguk.

         " Saya terima awak "

Hanya dengan tiga patah perkataan itu dah mampu buat Amin tersenyum.

    
( Amsyar POV )

            " Hm, Amsyar? ," soalan Ayreen membuatkan aku tersentak.

Makk, aku terkantoi ke?

               " Ya, pasal Amsyar.. Kenapa awak boleh rapat dengan dia? ," Amin bertanya, nadanya mendatar.

Ehh? Ohh, dia tanya Amin ke? Aku fikirkan dia tahu aku yang duduk sini. Hahaha bodohnya kau Amsyar!

Aku mendengar segala perbualan mereka. Sehinggalah sebaris ayat yang cukup merentap hatiku. Kenapa? Apakah kerana aku ni pengecut sangat? Aku jahat sangat dengan kau?

           " Saya terima awak "

Ya, sebaris ayat itu. Rancangan aku sebenarnya nak beli phone untuk Ayreen lepas aku bawa dia pergi makan terus dilupakan begitu saja.

            " Janji dengan saya, awak takkan rapat dah dengan Amsyar? Setakat tegur tu boleh lagi ," aku mendengar kata-kata Amin.

Adakah ini permulaannya? Kau akan buang aku dari hidup kau?

Stay With Me? ✔Where stories live. Discover now